.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

30 Julai 2010

MEMBACA DAN MEMBELEK AL-QURAN KETIKA SOLAT


Seseorang yang sedang solat boleh memegang dan membelek al-Quran dan seterusnya membaca al-Quran di dalam solat, ketika menjadi imam.

ان ذكوان أبا عمرو وكتن عبدا لعائشة زوج النبي صلى الله عليه وسلم فأعاقاه عن دبر منها كتن يقوم يقرأ لها في رمضان

Maksudnya :
"Zakwan Abu amru adalah hamba kepada A'isyah r.a isteri Nabi s.a.w. A'isyah memerdekakan beliau. Pada masa masih menjadi hamba, beliau pernah menjadi imam kepada A'isyah r.a dengan membaca Al-Quran daripada mushaf pada bulan Ramadhan."(Malik, al-Muwatta', Bab Ma Ja'a Fi Qiyam Ramadhan hadis nomb0r 236)

Al-Imam Bukhari memperuntukkan satu bab yang sahih di dalam sahihnya denganya tajuk : bab hamba menjadi imam. A'isyah r.a diimamkan oleh hambanya Zakwan dengan membaca al-Quran daripada mushaf.

Ketika mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi menjelaskan :

Jika seseorang membaca al-Quran dengan mushaf, tidak batal solatnya samaada mnghafaz Al-Quran atau tidak, bahkan wajib membacanya dengan mushaf, jika tidak menghafaznya. Jika seseorang membelek lembaran al-Quran sekali sekali di dalam solatnya, solatnya tidak batal. begitu juga melihat buku kepada buku yang bukan al-Quran dan mengulangi apa yang terdapat di dalam buku itu di dalam hatinya, juga tidak membatalkan solat sekalipun lama. Cuma hukumnya adalah makhruh menurut al-Syafie di dalam al-Imla'... Membaca Al-Quran daripada mushaf ketika solat tidak membatalkan solat, adalah mazhab kita (al-Syafie), Maliki, Abu Yusuf Muhammad bin Ahmad. (al-Nawawi Majmu' jil. 4, hlm. 95)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.