.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

19 April 2011

.: Redha :.

Redha..

itulah jawapan yang perlu aku terima buat masa ini.. mungkin istikharah itu perlu dalam aku membuat keputusan.. kadang kala ianya sungguh pahit untuk diterima.. tetapi takdir tuhan mungkin.. ada yang lebih baik agaknya..

Buntu.. binggung.. dilema..

inilah perasaan yang aku rasa sewaktu aku mengisi borang pencalonan menjadi Majlis Perwakilan Mahasiswa.. perasaan ini juga turut aku rasakan sekali lagi apabila aku ingin mengisi borang untuk melanjutkan pelajaran... ia merpuakan suatu keputusan yang sangat berat utk aku ambil... berbolak balik hati.. berdebar.. tapi aku tidak tahu mengapa..

Resah..

kadang kala keresahan membuatkan aku berhenti untuk melakukan sesuatu.. selalunya aku berkeyakinan untuk melakukan sesuatu.. apabila aku menerima sesuatu bererti aku bersedia untuk menanggung risikonya.. tetapi tidak untuk kali ini... aku takut untuk menanggung risiko.. sesuatu yang amat pelik berlaku pada diriku...hanya kerana resah dan berdebar, aku berhenti melakukan segalanya...

Ya Allah..

Sesungguhnya engkau yang maha mengetahui akan sesuatu kejadian dan asbab yang berlaku.. kau tunjukalah aku sebaik-baik jalan yang perlu aku lalui.. Sekiranya baik untuk ku maka kau tunjukkanlah... Sekiranya tidak kau balikkanlah hati utk tidak meneruskannya... Sesungguhnya jalan untuk mencintai Mu amat sukar untuk aku lalui.. Bantulah aku untuk mencari cinta yang agung dariMU... Amin Ya Rabbal'alamin....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.