.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

14 Mei 2011

KARAMAH GHAWTHUL A'ZHAM SHEIKH MUHYIDDIN ABDUL QADIR AL-JILANI رضي الله عه TERSEBAR DI SELURUH ALAM...!!!

KARAMAH GHAWTHUL A'ZHAM SHEIKH MUHYIDDIN ABDUL QADIR

AL-JILANI رضي الله عه TERSEBAR DI SELURUH ALAM...!!!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani.

Solawat dan Salam atas Junjungan Besar Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Ahli Bayyit Baginda yang suci, Sahabat Baginda yang mulia serta sekalian Aulia' Allah sehingga akhir zaman.

Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.......Ahlan Wa Sahlan!

Saudara2 Muslimin Muslimat yang diRahmati Allah. Semoga Rahmat dan Kasih Allah berpanjangan atas kita sehingga nafas kita yang terakhir.


Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat:


Pada suatu hari, di dalam tahun 537 Hijrah,seorang lelaki dari kota Baghdad (dikatakan oleh setengah perawi bahawa lelaki itu bernama Abu Sa‘id ‘Abdullah ibn Ahmad ibn ‘Ali ibn Muhammad al-Baghdadi) telah datang bertemu dengan SHEIKH MUHYIDDIN ABDUL QADIR AL-JILANI رضي الله عهi, berkata bahwa dia mempunyai seorang anak dara cantik berumur enam belas tahun bernama Fatimah. Anak daranya itu telah diculik (diterbangkan) dari atas anjung rumahnya oleh seorang jin.

Maka SHEIKH MUHYIDDIN ABDUL QADIR AL-JILANI رضي الله عه pun menyuruh lelaki itu pergi pada malam hari itu, ke suatu tempat bekas rumah roboh, di satu kawasan lama di kota Baghdad bernama al-Karkh.

“Carilah bonggol yang kelima, dan duduklah di situ. Kemudian, gariskan satu bulatan sekelilingmu di atas tanah. Kala engkau membuat garisan, ucapkanlah “Bismillah, dan di atas niat SHEIKH MUHYIDDIN ABDUL QADIR AL-JILANI رضي الله عه ” Apabila malam telah gelap, engkau akan didatangi oleh beberapa kumpulan jin, dengan berbagai-bagai rupa dan bentuk.


Janganlah engkau takut. Apabila waktu hampir terbit fajar, akan datang pula Raja Jin dengan segala angkatannya yang besar. Dia akan bertanya hajatmu. Katakan kepadanya yang AKU [SHEIKH MUHYIDDIN ABDUL QADIR AL-JILANI رضي الله عه] telah menyuruh engkau datang bertemu dengannya. Kemudian ceritakanlah kepadanya tentang kejadian yang telah menimpa anak perempuanmu itu.”

Lelaki itu pun pergi ke tempat itu dan melaksanakan arahan SHEIKH MUHYIDDIN ABDUL QADIR AL-JILANI رضي الله عه itu. Beberapa waktu kemudian, datanglah jin-jin yang cuba menakut-nakutkan lelaki itu, tetapi jin-jin itu tidak berkuasa untuk melintasi garis bulatan itu. Jin-jin itu telah datang bergilir-gilir, yakni satu kumpulan selepas satu kumpulan. Dan akhirnya, Datanglah raja jin yang sedang menunggang seekor kuda dan telah disertai oleh satu angkatan yang besar dan hebat rupanya.

Raja Jin itu telah memberhentikan kudanya di luar garis bulatan itu dan telah bertanya kepada lelaki itu, “Wahai manusia, apakah hajatmu?”Lelaki itu telah menjawab, “Aku telah disuruh oleh SHEIKH MUHYIDDIN ABDUL QADIR AL-JILANI رضي الله عه untuk bertemu denganmu.”

Begitu mendengar nama SHEIKH MUHYIDDIN ABDUL QADIR AL-JILANI رضي الله عه diucapkan oleh lelaki itu, Raja Jin itu telah turun dari kudanya dan terus mengucup bumi. Kemudian Raja Jin itu telah duduk di atas bumi, disertai dengan seluruh anggota rombongannya. Sesudah itu, Raja Jin itu telah bertanyakan masalah lelaki itu. Lelaki itu pun menceritakan kisah anak daranya yang telah diculik oleh seorang jin. Setelah mendengar cerita lelaki itu, Raja Jin itu pun memerintahkan agar dicari si jin yang bersalah itu.

Beberapa waktu kemudian, telah dibawa ke hadapan raja jin itu, seorang jin lelaki dari negara Cina bersama-sama dengan anak dara manusia yang telah diculiknya.Raja jin itu telah bertanya, “Kenapakah engkau sambar anak dara manusia ini? Tidakkah engkau tahu yang dia ini berada di bawah naungan Al-Quthb [SHEIKH MUHYIDDIN ABDUL QADIR AL-JILANI رضي الله عه]?”

Jin lelaki dari negara Cina itu telah mengatakan yang dia telah jatuh berahi dengan anak dara manusia itu. Raja jin itu pula telah memerintahkan agar dipulangkan perawan itu kepada bapanya, dan jin dari negara Cina itu pula telah dikenakan hukuman pancung kepala. Lelaki itu pun mengatakan rasa takjubnya dengan segala perbuatan raja jin itu, yang sangat patuh kepada SHEIKH MUHYIDDIN ABDUL QADIR AL-JILANI رضي الله عه.

Raja jin itu berkata pula, “Sudah tentu, karena SHEIKH MUHYIDDIN ABDUL QADIR AL-JILANI رضي الله عه boleh melihat dari rumahnya semua kelakuan jin-jin yang jahat.

Dan mereka semua sedang berada di sejauh-jauh tempat di atas bumi, karena telah lari dari sebab kehebatannya. Allah Ta’ala telah menjadikan SHEIKH MUHYIDDIN ABDUL QADIR AL-JILANI رضي الله عه bukan saja Al-Qutb bagi umat manusia, bahkan juga ke atas seluruh bangsa Jin.”

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.