.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

04 November 2012

.: Hikmah Sabar :.







~ HIKMAH BERSABAR ~

Hari ini 4 November 2012, jam 11:30 pagi

Ketika saya di klinik tadi saya diketawakan oleh orang-orang arab hanya kerana nama saya "Fasihatun Najah.." Saya diketawakan banyak orang.. Tidak kira Makcik, Nenek, dan Pelajar sekolah.. Ketika itu saya hanya berdiam diri.. Mereka terus mempermainkan saya.. Apa yang mampu saya buat ketika itu hanyalah berdiam diri dan memandang tepat ke mata mereka.. Mereka terus senyap.. Mungkin memahami maksud tersirat disebalik tenungan saya.. 

Keluar sahaja dari klinik saya terus berjalan keseorangan di BALAD dengan lagak berjalan seperti mahu melanggar semua orang..  Sedangkan jika saya disepak, boleh melayang tah kemana..

Saya singgah di Arabiat untuk membeli sedikit barang keperluan dan beras.. Ketika itu saya berkira-kira duit ditangan.. Entah cukup @tidak untuk saya ke JUST HEALTH CENTER esok..

Setelah berfikir-fikir, akhirnya saya ambil keputusan untuk terus membeli.. Apa yang difikirkan "Rezeki datangnya dari Allah.. InsyAllah Kheir.."

18 Oktober 2012

Suatu Ketika Dahalu : Aku , Exam Dan Ujian Allah.

 

~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~


السلام عليكم


Teringat saya suatu ketika dahulu sewaktu Fasal Thani di Universiti al-Bayt , Mafraq, Jordan.

Peristiwa ini berlaku pada hari peperiksaan akhir bagi madah Lughah Asbaniyyah (bahasa sepanyol).  Ketika itu saya diserang penyakit yang dah lama tidak datang menjenguk saya. Pada hari tersebut, saya muntah-muntah, terbaring di katil, tulang belakang saya sakit semula, dan satu badan saya tidak mampu untuk digerakkan.

Pelbagai ubat telah ditelan dan akhirnya keluar semula. Saya muntah sekali lagi, dan kali ini mengejutkan jiran-jiran bilik saya. Lagi mengejutkan mereka apabila muntah itu keluar dari hidung saya. Ketika itu saya hampir pitam. Mereka terus membawa saya ke bilik.

Apa yang ada difikiran saya ketika itu hanyalah "PEPERIKSAAN AKHIR LUGHAH ASBANIYYAH". Saya beritahu rakan sebilik saya ketika itu "Saya nk exam, saya tak nk tangguh.." walaupun pada hakikatnya kepala saya berdenyut tidak henti. Mereka memicit-micit kaki dan badan saya. Mereka berkata "xpayah la exam, nnt kita minta doc buat hari lain.."

26 September 2012

Kenapa perlu untuk kita berpecah belah??


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

 


Terkadang itu aku rasa bagai dihimpit.. keadaan persekitaran yang dilihatkan bagaikan langit dengan bumi.. yang disini membawa haluan ke sana, yang disitu membawa haluan ke tempat lain.. tiadanya yang ingin bersatu..


“Saya join diorang sebab naqib saya dulu tak mainkan peranan dia sebagai naqib."

"Salah diaoranglah ! Kenapa biarkan kami terkapai!”


Naqib tidak mainkan peranan menjadi salah satu puncanya.. Persatuan terlalu banyak yang menguruskan hal-hal dunia sehingga tarbiyyah ditinggalkan.. Begitukah?? 

Kalian tahu @ tidak, segala teknikal yang diuruskan seperti yang presiden MPMMJ ust Kailani sebutkan dalam statusnya itu, kalaulah tiada yang menguruskannya adakah kalian bisa meneruskan pembelajaran kalian disinidengan mudah? Kalian sedar atau tidak,seawal-awalnya kalian hadir ke jordan ini, kalian sering kali berkata 

"apalah, kotor!"

"Mana kemudahan untuk kami?!"

"Mana iqamah kami?"

"Kenapa lambat daftar madah kami?"

"Mana rumah sewa yang murah untuk kami? kami ini pelajar baru? tapi bagi rumah macam ini? macam mana kami nak selesa belajar??"









 status yang ditulis oleh Presiden MPMMJ



Anak Kecil Merindui Kami


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

Baru td aku membuat panggilan ke rumah.. Menelefon kakak ku.. Setelah berbual lama, kakak memberitahu bahawa anak saudaraku sakit.. Menunggu panggilan dari doktor sama ada perlu di operaction @ tidak..   

 

  syahmi, abg cik, syakir, taufiq.. 

 



 naqib


Aku terkejut menerima berita itu.. Seorang demi seorang anak saudaraku sakit.. Bermula dari Taufiq, seterusnya Syahmi, Syakir, Syauqi dan sekarang syafiq (abg cik..) .. Mungkin ini adalah ujian buat mereka.. Walaupun di lihat sangat kecil tetapi mereka sangat kuat.. Merekalah sumber inspirasiku untuk aku terus kuat disini..
 
Habis berbual bersama kakak, aku minta telefon dipaskan kepada anak-anak saudaraku ..

Anak saudara : Hai bibik.. eh..
Sy : Assalamualaikum.. mane salamnye ni?? Ni Siapa?? Taufiq ke Syafiq (Abg Cik)
Anak Saudara : ni Abg cik bibik.. ni bibik najah ke??
Sy : ye ni bibik najah..  Abg cik ye.. abg cik sihat ??
Anak saudara : (diam tidak menjawab..)
Sy : Abg cik tak rindu kt bibik ke??
Anak saudara : (masih lagi senyap seperti td )


tiba-tiba kedengaran suara ibunya dibelakang..
 

25 September 2012

Berlemah Lembutlah dalam Dakwah Kita.


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

 

 


Seorang mendatangi Ma'mun dan Ma'mun adalah seorang khalifah yang cerdas dan paling cerdik pada zamannya, akan tetapi dia mengatakan Al-Qur'an adalah makhluk, dan Allah akan menghitungnya.

    Orang tersebut berkata: "Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya aku ingin memberi nasihat, akan tetapi aku akan bersikap keras kepadamu! Ma'mun menjawab: "Demi Allah, aku tidak akan mendengar mu, demi Allah aku tidak akan mendengar mu, demi Allah aku tidak akan mendengar mu." Orang itu berkata lagi, "Mengapa?" Khalifah menjawab: "Allah telah mengirimkan orang yang lebih baik dari mu kepada orang yang lebih buruk dari ku."

    Allah s.w.t berfirman: "Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." (Thaha: 44)


Saya sungguh kagum kepada sahabat-sahabat yang cukup bersemangat dalam islah dan dakwah yang mereka lakukan. Tidak lain dan tidak bukan, ia adalah kerana kesedaran sahabat-sahabat untuk memastikan tiada setiap inci bumi yang sunyi daripada dakwah kepada agama ALLAH ini. Ada sesetengahnya yang berdakwah secara lemah lembut dan ada juga yang berdakwah dengan tangan itu lebih cepat daripada kata-kata.

Dakwah adalah satu seni yang memerlukan kita menggunakan apa sahaja di sekeliling kita lalu dicorak penyampaian agar dapat membantu dalam menyentuh hati manusia-manusia yang kita dakwah. Seni dakwah setiap orang cukup berbeza. Namun pada pandangan saya yang sebaik-baiknya apabila kita memulakan dakwah kita kepada seseorang maka lemah-lembut adalah kaedah yang terbaik. Yang mana kita mendekati orang yang kita ingin dakwahkan dengan senyuman yang cukup manis.

Saya tertarik dengan satu kata-kata "Senyuman adalah sihir",

10 wasiat imam hassan albanna


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


10 wasiat imam hassan albanna

1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.

2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

15 Julai 2012

Penghayatan Ramadhan Membina Insan Rabbani


PENGHAYATAN RAMADHAN MEMBINA INSAN RABBANI

 
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
يأيها الذين أمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
صدق الله العظيم
Maksudnya: 
"  Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana  telah diwajibkan ke atas  orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa. "
Al-Baqarah : 183

Sahabat-sahabat yang disayangi..

Dalam kita tidak sedar, kita semakin hampir kepada bulan Ramadhan dimana semua umat islam diwajibkan untuk berpuasa pada bulan itu. Hadirnya ramadhan ini sememangnya memjanjikan seribu rahmat buat kita semua. Terdapat pelbagai keistimewaan, hikmah dan rahmat yang diberikan kepada kita sebagai umat islam, tetapi adakah kita semua berusaha untuk mendapatkan keistimewaan dan rahmat yang diberikan itu? Sama-sama kita koreksi diri kita.

“Penghayatan Ramadhan Membina Insan Rabbani” Apa yang kita faham mengenainya? Adakah rabbani itu bermaksud kumpulan nasyid rabbani? atau Adakah semata-mata insan yang bernama Rabbani? Tidak sahabat-sahabat sekalian. Untuk menjadi insan yang rabbani ianya sangat menuntut seribu satu pengorbanan daripada kita sendiri. Kefahaman kita dalam menghayati bulan ramadhan itu sangat diperlukan bagi menjadi insan yang rabbani. Penghayatan itu membuatkan kita lebih bersungguh-sungguh dalam mengejar keistimewaan di bulan ramadhan.

08 Jun 2012

Aku Ingin Bebas

Aku Ingin Bebas





~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~


السلام عليكم




Aku ingin hidup bebas
Bagai burung yang terbang dilangit
Terbang bebas bernyanyi-nyanyi..
Berkicau-kicauan..

Aku inigin sekali bebas..
Seperti angin yang bertiupan...
Bebasnya ia kemana-mana sahaja...
Dia berhembus bagaikan dunia ini dia milik dia..

Aku ingin hidup bebas..
Kau tahu bebas dari apa??
Bebas daripda sangkaan-sangkaan manusia..
Dari fitnah-fitnah mereka..

Aku ingin hidup bebas..
Bebas bagaimana??
Adakah bebas tanpa Syariat?
Tidak! Tidak!
Aku ingin bebas...
bebas tanpa mereka yang suka mengatur kehidupan ku..
Suka merencana tentang diriku..

Allah yang mengatur??
Itu aku suka..
Kerana Aturan DIA sebaik-baik aturan...

KISAH ASHABUL UKHDUD

 




~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


Pada masa dahulu raja-raja bergantung kepada ahli sihir untuk mengukuhkan lagi takhta kerajaan mereka .Sihir digunakan oleh pemerintah untuk menipu orang ramai yang menyebabkan mereka menjadikan raja sebagai tuhan selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah memberitahu bahawa ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir yang sudah lanjut usianya. Tukang sihir ini merasa takut akan kehilangan ilmunya dan meminta agar raja tersebut mencari seorang budak yang bijak dan menonjol pada masa itu untuk mewarisi ilmu dan kesesatanya. Raja itu menunaikan hajat tujang sihir tadi.

         Pada suatu hari ketika budak itu berulang alik dari istana, dia telah melalui satu tempat yang merupakan tempat tinggal seorang rahib (ahli agama ) yang mana dia begitu  tertarik kepadanya dan mendengar segala nasihat daripada rahib tadi. Setelah budak itu mengadu kepada rahib tersebut mengenai  tindakan ahli sihir yang akan dikenakan  jika dia terlewat kerana belajar dengan rahib. Lalu rahib itu memberi cadangan iaitu jika tukang sihir itu bertanya tentang kelewatannya maka katakanlah bahawa keluarganya telah menyekatnya dan jika ditanya oleh keluargamu maka katakanlah bahawa tukang sihir telah menahannya yang menyebabkan dia kelewatan.

| Kisah Si ALIM Bertarung Dengan IBLIS |


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


 | Kisah Si ALIM Bertarung Dengan IBLIS |


Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang takwa dan tawakal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.

Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan ia melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Ia mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

“Ini syirik,” fikir lelaki yang alim tadi. “Ini harus di banteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah.” Maka pulanglah dia terburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang di asahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai sebagi manusia.

“Hai, mahu ke mana kamu?” tanya si iblis.

BERKHADAM SELAMA 4 TAHUN KERANA SEBIJI EPAL!


 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Kisah berikut adalah kisah benar yang berlaku kepada seorang hamba Allah yang soleh, Abu Saleh Jangi Dost dinegeri Jilan, Iraq.  Banyak pengajaran didalam kisah yang boleh dijadikan panduan. Moga mendapat manfaat.


Pemuda taqwa

Al-kisah..........
Abu Salih Jangi Dost, seorang pemuda yang sangat kuat taqwanya sedang duduk ditebing sungai, apabila dilihatnya sebiji buah epal terapung dipermukaan sungai. Beliau mencapai buah epal itu lalu memakannya. Selesai makan beliau tersedar dan berkata dalam hati, "Kemungkinan buah epal ini ada tuannya. Aku telah memakannya tanpa izin pemiliknya. Aku kena cari pemiliknya dan minta halal daripadanya"

Beliau mudik kehulu sungai...... Setelah lama berjalan kelihatan sebuah rumah dengan kebun buah epal ditepi sungai. kelihatan sabatang pokok epal condong ke arah sungai. Hatinya berbisik, "Kemungkinan buah epal yang aku makan tadi adalah dari pokok ini". Lalu beliau berjumpa tuan punya kebun. Tuan punya kebun itu adalah Shaikh Abdullah Sawma'I. Setelah memberi salam....

Habil & Qabil, Pembunuhan Pertama Dalam Sejarah Manusia

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani.
Solawat dan Salam atas Junjungan Besar Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Ahli Bayyit Baginda yang suci, Sahabat Baginda yang mulia serta sekalian Aulia' Allah sehingga Akhir Zaman.

Kehidupan suami isteri Nabi Adam 'Alaihi Salam dan Siti Hawa di bumi mulai tertib dan sempurna tatkala Siti Hawa bersedia untuk melahirkan anak-anaknya yang akan menjadi benih pertama bagi umat manusia di dunia ini.

Siti Hawa melahirkan dua pasang kembar. Pertama, pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama 'Iqlima', kemudian disusuli pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama 'Lubuda'.

Nabi Adam 'Alaihi Salam dan Siti Hawa, menerima kelahiran putera & puterinya itu dengan senang hati dan gembira, walaupun Siti Hawa telah menderita apa yang lumrahnya dideritai oleh setiap ibu yang melahirkan bayinya. Mereka mengharapkan dari keempat anak mereka akan menurunkan anak cucu yang akan berkembang biak untuk mengisi bumi Allah dan menguasai sesuai dengan amanat yang telah dibebankan ke atas bahunya.

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT


 


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Solawat dan Salam atas Junjungan Besar Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Ahli Bayyit Baginda yang Suci, Sahabat Baginda yang mulia serta sekalian Aulia' Allah sehingga Akhir Zaman.

Abu Umamah Radhiallahu 'Anhu berkata : "Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam telah menganjurkan supaya
kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam
memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.

Telah bersabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di
akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang
sangat memerlukannya."Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya,
" Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :"Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan
juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu
Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

01 Jun 2012

Pesanan Imam Syafie






Saudara dan saudariku yang dikasihi Allah
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

2: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

3: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

4: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT...
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

5 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

6: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

7 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

8: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

9: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.

10: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Saudaradan saudariku sebagai penutup renungkanlah pesan Imam Syafi'i :
"Aku mencintai orang-orang soleh, meskipun aku belum termasuk golongan mereka. Aku harap semoga aku mendapat syafaat dari mereka. Aku membenci orang-orang durhaka, meskipun sebenarnya, mungkin aku termasuk golongan mereka."

SELAMAT BERAMAL SEMOGA DENGAN WASIAT INI BERMANFAAT BUAT SEMUA AAMIIN

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
 
Al-Fadhil Tuan Guru Nik Abdul Aziz Hafizahullah membaca dan menterjemahkan beberapa rangkap syair

Semasa orang lain semuanya tidur nyenyak..
Ya Allah, aku bangun ketuk pintuMu bawa unggun harapan.
Aku merayu padaMu sepanjang malam,
Bagaimana pedihnya penderitaan yang aku pikul.

Aku bermadah, wahai Tuhan, kerana Kamu adalah tumpuanku,
Bila saja bala menimpa.
Bahawasanya Kamu sajalah tempat aku berpaut,
Aku mengadu padaMu aneka penderitaan.
Kamu tentu tahu sepenuh-penuhnya.

Kesabaran aku sudah mulai luntur,
Daya tenagaku sudah mulai lemah lesu,
Oleh itu padaMu Ya Allah aku menadah tangan dengan cukup hina,
Kerana Kamu Zat yang memang layak sepenuhnya untuk ditadah.
Tolonglah Ya Rabbi, jangan biarkan tadahanku tidak berisi.
Limpah kurniaMu seluas lautan, akan memuaskan siapa saja yang menghirupnya.

 
Darul Aman, Jumaat, 10 Rejab 1433h.

01 Mei 2012

.: Fahamilah Apabila Tuhan Berbicara Denganmu :.




~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم



~Hidup tidak selalunya indah..
Langit tak selalu cerah..
Suram malam tak berbintang..
Itulah lukisan alam..~

Sungguh indah bait-bait dalam lagu Hijjaz ini..
Ya.. benar apa yang dikatakan..
"Hidup tidak selalunya indah.." 
terkadang kita berada diatas.. terkadang itu juga kita berada dibawah.. Alaminya Putaran rota sememangnya begitu.. Cantiknya putaran roda itu bagaikan putaran ujian kepada kita..
Sering kali kita dengar.. Ujian itu datangnya silih berganti.. sekejap diujinya kita kesenangan.. sekejap diujinya kita kesusahan.. Baru tadi juga aku diuji dengan kesakitan... Menahan peritnya sakit, Hanya Dia pemberi ujian yang tahu bagaimana rasanya...

Ujian yang datang itu bukan semata-mata datang bagaikan Angin yang lalu.. Setelah berhembus ianya berlalu dan terus berlalu...
Tidak...
Ujian itu datangnya hanya kerana satu.. Ingin diuji sejauh mana teguhnya iman kita.. Ingin menguji sejauh mana ikhlasnya kita menerima ujian daripadanya...

10 Februari 2012

Class Kau PCM.. Masuk Dalam Blog!




~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم





Kabarea AB PCM kito?? Arekney waras2 yo.. kiki

Disini sy ada sedikit yg ingin dikongsikn buat semua AB PCM kita..

Hari ini kita ada program yg dianjurkan oleh KALAM AKADEMIK yang mana pengarahnya adlh Hasibullah Roslan .. tahniah ye.. Disebalik program "Sirim Pulang Ke Ganggang" ini ada sesuatu yg kami perolehi.. ye idak Izzy Sabki & Bint Thani Jainudin?? sy kira amat baiklah utk dikongsikan buat AB PCM kita, nak2 PCM baru ditubuhkan.. mesti kita perlukan sokongan dan dokongan dari semua..

28 Januari 2012

ERTI SEBUAH KEHIDUPAN


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم



ERTI SEBUAH KEHIDUPAN

Kadang kala hati ini keresahan
ku tertanya-tanya persoalannya
Kadang kala diriku dilanda permasalahan
daku mencari jawapannya

Kadang kala jiwa ini kekeliruan
Allah anugerahkan jalan penyelesaian
Kadang kala perasaanku tidak ketahuan
Allah suluhkan cahaya keimanan beserta jawapan

Kadang kala hatiku berasa duka atas segala dugaan
Allah tunjukkan hikmah disebalik sebuah kejadian
Kadang kala perbuatanku tersilap jalan
Allah berikan petunjuk dan hidayah buatku untuk dijadikan panduan

Tika ku memohon keampunan dan kemaafan
Allah sentiasa mendengar rintihan dan luahan
Tika ku keseorangan Allah ada sebagai peneman

Tika dalam apa jua keadaan...
sebenarnya daku bukan keseorangan..
kerana MU ya Allah setia tetap disampingku dalam apa jua keadaan
susah dan senang
suka dan duka

Ya Allah teguh dan tetapkan hati ini
supaya sentiasa berada bersamamu dalam apa jua keadaan
setiap waktu dan ketika
setiap minit dan saat.

-daripada HambaMu Ya Allah-

26 Januari 2012

Kembaraku 1001 Kenangan ~ Jaulah Jordan Bersama Anak Melaka














~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


20 Januari 2012

Bermula saat itu aku mengambil keputusan untuk menyertai jaulah jordan dibawah badan kebajikan anak melaka.. Entah bilanya aku jadi anak melaka.. Jemputan last minute dan offer ini membuatkan aku berfikir dua kali.. Walaupun kakiku bengkak dan sakit tetapku gagahkan kaki ini untuk pergi.. Semuanya gara-gara hati yang sedang luka.. Luka yang membengkak dan membengkak.. Ku gagahkan jua untuk membawa diri..

Selepas berakhirnya program Pembacaan dan Pengijazahan Kitab Syamail Muhammadi aku terus pulang untuk bersiap ke jaulah. Semangat punya pasal sampai tak boleh tidur.. Mula-mula aku menyangka aku tidak dapat menyertai jaulah gara-gara kakiku membengkak semula tetapi aku tidak hiraukan semua itu.. dengan kaki yang bengkak tu aku melangkah.. Heret pun heret la.. yang penting aku keluar dari mafraq..

berlari-lari aku mencari iqamah, semuanya menjadi mangsaku.. Ku ketuk setiap pintu bilik.. dan akhirnya jumpa jua.. Alhamdulillah.. mujur dapat.. Kalau tak, jaulah mafraq la aku jawabnya..

Tepat jam 8.00 pagi ak terpacak diluar.. tetapi apakan daya.. janji melayu punya pasal pukul 9.30pagi baru bertolak.. keras aku menunggu diluar.. sejuk~ Sampai sahaja bus dihadapan sakan,kami segera menaikinya dan bertolak ke mafraq untuk mengambil pelajar-pelajar di Irbid..

Pejam celik, pejam celik sampai kami di Ummu Qais.. Hati ku melonjak girang.. Kali pertama aku berjaulah disekitar jordan.. Menghayati pemandangan di sana.. Menghirup udara segar.. Segala masalah yang ada aku buang sejauh yang mungkin.. ku campakkan segalanya dari Ummu Qais ke bawah curam.. ku timbus semuanya di dalam lubang-lubang yang ada.. Innalillah..

Semua ni pemandangan disekitar Ummu Qais.. pakai tangkap je..


ANTARA RAJAK (HARAPAN) DAN KHAUF (KEBIMBANGAN)






~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


Konsep Rajak dikaitkan dengan harapan manusia akan kurniaan Allah sama ada di
dunia mahupun akhirat. Sangkaan baik bahawa Allah akan memasukkan mereka ke
dalam syurga kerana Allah bersifat dengan Maha Pengasih dan Maha Pengampun.
Konsep Khauf pula dikaitkan dengan perasaan takut dan bimbang akan azab Allah
dan malapetaka yang diturunkan sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.
Manusia tidak dapat dipisahkan dari 2 keadaan ini sama ada rajak atau khauf. Ada
yang terlalu berharap (sangka baik) terhadap kurnia Allah sehingga mereka lupa
untuk beribadat kepada Allah. Mereka lalai dan relaks dari tanggungjawab sebagai
hamba Allah namun masih menaruh harapan tinggi Allah akan mengampunkannya.
Mereka lupa bahawa azab Allah amat pedih.
Satu golongan lagi terlalu takut terhadap azab Allah sehingga sebahagian besar
masanya beribadat tanpa ada ruang untuk hal-hal selain dari urusan akhirat. Mereka
lupa untuk menguruskan keduniaan mereka.

15 Januari 2012

.: Etika Pemakanan Islam :.



~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


Senario manusia makan menggunakan ‘mata’ bukannya mulut menunjukkan aspek kualiti dan kesihatan mendapat tempat utama dalam pemilihan makanan di alaf baru. Persembahan sesuatu makanan ternyata memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pilihan pengguna. Keperihatinan pengguna ini meningkat berikutan daripada pelbagai penyakit yang berpunca dari makanan yang mempunyai aspek kualiti dan kesihatan yang rendah. Justeru sikap keperihatinan manusia yang semakin tinggi ini, pelbagai amalan, kawalan dan logo kepiawaian mutu makanan diwujudkan bukan sahaja untuk memastikan makanan yang baik dihasilkan bahkan untuk menghadapi daya saing yang lebih sengit di peringkat global. Persaingan dari aspek kesihatan dan mutu telah dilihat mendapat pemberat yang sama atau mungkin berlebihan berbanding aspek citarasa makanan sahaja.[1]

Imam Al-Ghazali berpesan dalam soal penjagaan makanan anak-anak dengan katanya :

“Hendaklah dijaga makan dan minum yang sesuai untuk dimakan dan diminum. Tidak mengapa jika makanan itu kurang enak asalkan halal.”

Seseorang individu yang makan dengan niat untuk memperolehi kekuatan bagi menuntut ilmu, beramal, serta bertaqwa kepada Allah s.w.t., sudah tentu tidak akan membiarkan dirinya serta ahli keluarganya tersia-sia dan lepas bebas dikuasai oleh pemakanan yang jauh menyimpang daripada hukum syarak.

Penyediaan makanan halal untuk anak-anak merupakan salah satu daripada tanggungjawab ibubapa. Ibubapa mestilah memastikan makanan tersebut halal daripada sudut sumber dan cara penyediaannya. Penjagaan ini mestilah dimulakan sejak bayi itu berada dalam kandungan lagi. Ibu-ibu yang sedang mengandung dan juga kaum bapa mestilah menjaga pemakanan mereka kerana setiap apa yang dimakan oleh ibubapa akan memberi kesan kepada pembentukan peribadi anak-anak.

Ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri dalam hadith yang bermaksud :

“ Setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

Kesucian makanan sangat penting kerana ia memberi implikasi di dunia dan akhirat. Pembinaan diri individu itu sendiri dipengaruhi oleh faktor kesucian makanan yang diambil. Individu yang jasadnya terbina daripada sumber yang halal dapat dilihat peribadi atau psikologinya adalah baik. Bagi seseorang yang telah biasa dengan makanan yang haram pula, maka pelbagai maksiat yang lain juga sanggup dilakukannya. (Majalah I : Bil 6, April 2003). Oleh itu persoalan halal dan haram adalah perkara yang tidak boleh diambil mudah.

Persoalan yang berkaitan dengan halal dan haram merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Persoalan sebeginilah yang akan menentukan sama ada amalannya diterima oleh Allah S.W.T. Sekiranya halal dan sah disisi agama maka ianya akan diterima dan sekiranya haram akan ditolak kerana ianya bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh syarak. Banyak faktor lain yang mempengaruhi kehidupan Muslim. Kita perlu beringat bahawa apa sahaja yang berkait rapat dengan halal dan haram, kita perlu pertimbangkannya. Janganlah sewenang-wenangnya kita mengambil sesuatu perkara ini dengan mudah.

Pada tahun 2009, kita telah dikejutkan dengan pelbagai konflik yang melibatkan penggunaan logo halal terutamanya di kopitiam. Segelintir daripada kita ada yang mengambil tahu mengenai isu ini tetapi apa yang dapat dilihat kebanyakkan daripada kita mengambil endah tidak endah mengenai isu ini. Apabila ditanya adakah mereka mengetahui apa yang dimaksudkan mengenai kopitiam? Mereka menjawab tidak. Mereka yang ditanya itu kebanyakkan daripada orang awam, ibu bapa, pelajar IPTA/IPTS dan juga pensyarah.

Mari kita selidiki sebentar, apa yang dimaksudkan dengan kopitiam. Kopitiam atau kopi tiam adalah kedai kopi dan sarapan tradisional yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Perkataan "kopitiam" merupakan gabungan perkataan "kopi" dari bahasa Melayu dengan perkataan bahasa Hokkien bagi kedai (; POJ: tiàm). Dalam erti kata lain, "kopitiam" bermaksud "kedai kopi".[2] Sajian kopitiam biasanya terdiri daripada satu tawaran yang ringkas, beraneka pilihan makanan yang mengandungi telur, roti bakar dan kaya, serta minuman seperti kopi, teh, dan Milo.

Apabila kopitiam ini mendapat tarikan dari segenap lapisan masyarakat, munculnya sejenis "kopitiam baharu". Keunikkan kopitiam bergaya lama telah minat masyarakat terhadap tema nostalgia serta kenaikan dalam pendapatan, mencetuskan kebangkitan jenis pseudo-kopitiam ini. "Kopitiam baharu" ini merupakan kedai makanan segera yang menampilkan gaya kopitiam lama dari segi hiasannya, tetapi lazimnya dibina dalam latar yang lebih moden dan bersih seperti pusat membeli-belah dan bukannya rumah kedai. Apa yang dapat kita lihat ialah trend “kopitiam baharu” juga dicetuskan setelah terhasilnya fenomena "budaya kopi" oleh rangkaian kedai kopi seperti Starbucks dan The Coffee Bean & Tea Leaf.

Kopitiam baharu ini kebanyakannya menawarkan perisa kopi tempatan yang tulen, roti bakar kayu arang yang disajikan bersama mentega dan kaya dan telur rebus. Ada yang menawarkan lebih kepelbagaian makanan yang mana sajian khas sarapan, makan tengahari dan makan malam disediakan. Bermula daripada sinilah timbul keraguan dimana terdapat banyak makanan yang disediakan diragui status halalnya. Semuanya dilihat melalui bahan-bahan penyediaan, tempat memasak, daging yang tidak diketahui status sembelihannya, bahan-bahan tambahan yang mengandungi barangan terlarang, tukang masak bukan islam, pencampuran bahan dengan arak dan sebagainya.

Disebabkan perkara seperti ini, timbulnya isu dimana terdapat banyak kopitiam yang diragui status halalnya dan dalam masa yang sama kebanyakkan kopitiam disahkan menggunakan logo halal palsu. Apa yang diketahui peneraju kopitiam baharu di Malaysia merupakan syarikat berjenama Uncle Lim. Kebanyakan jenama lain mengikuti konsep ini, maka sehingga hari ini, terdapat tidak kurang daripada 100 jenama kopitiam baharu yang beroperasi di merata Negara termasuk dimalaysia. Daripada berpuluh-puluh kopitiam inilah, kita dapati hanya dua sahaja yang disahkan halal.

Apa yang jelas, kita dapat lihat bagaimana penggunaan logo halal ini sewenang-wenangnya disalahgunakan. Permasalahan yang sering kali timbul di kalangan pengguna atau masyarakat amnya ialah mereka merasa was-was apabila melihat kopitiam yang tidak berlabelkan logo halal daripada JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri tetapi berlabelkan logo halal yang berlainan jenis. Hal ini sedikit sebanyak telah menimbulkan persoalan kepada masyarakat sama ada Unit Penyelidikan Dan Pembangunan JAKIM telus dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Adakah pengeluaran logo halal ini terlalu mudah untuk didapati sehinggakan berpuluh-puluh kopitiam boleh menggunakan logo halal yang tidak diikhtiraf dan dalam masa yang sama mengapa Akta Halal tidak diperluaskan. Acap kali kita dengar Akta Halal ini diperbahaskan diparlimen mulai tahun 1990 untuk ditetapkan dalam satu rang undang-undang dan akan dikuatkuasakan tetapi mengapa sehingga kini masih tidak kedengaran. Tepuk akal tanya minda. Kita cari tahu, kita selidik.

Kita selaku umat Islam yang tinggal di sebuah Negara Islam dan mempunyai pemikiran yang maju seharusnya tidak boleh mengabaikan konsep halal dan haram di dalam pemakanan. Meskipun kita mungkin melihat isu ini agak remeh untuk difikirkan, namun apa yang membimbangkan ialah kesan serta natijahnya kepada diri dan kerukunan bangsa kita pada masa akan datang. Memang diketahui umum bahawa iman merupakan teras pembentukan jiwa dan peribadi diri yang suci lagi murni. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita menjaga diri dari sudut pemakanan yang mampu menjana pembikinan muslim yang hakiki dan sempurna dari semua segi keperibadian manusia.

Makanan yang bersumberkan dari bahan-bahan yang tidak halal akan membentuk peribadi seseorang terjerumus ke arah keburukan dan sekaligus akan meruntuhkan akhlak dan moral manusia. Dalam masa yang sama makanan yang bersumberkan bahan-bahan yang tidak halal ini akan menyebabkan otak kita menjadi lembab. Malangnya, umat Islam di Negara ini masih keliru dengan kebanyakan perkara yang berkaitan halal dan haram.[3] Seperti yang telah diketahui umum, makanan yang diambil akan menjadi darah daging kita. Jika yang baik masuk ke perut maka baiklah penyudahnya dan begitu jugalah sebaliknya.

Kebanyakan umat Islam begitu mudah untuk meletakkan soal halal dan haram yang mana sumber tersebut menjadi darah daging kita. Allah S.W.T. telah menerangkan hal-hal berkaitan halal haram ini sendiri di dalam al-quran dimana umat Islam dikehendaki memilih makanan yang baik lagi halal.

Firman Allah S.W.T:

$ygƒr'¯»tƒ â¨$¨Z9$# (#qè=ä. $£JÏB Îû ÇÚöF{$# Wx»n=ym $Y7ÍhsÛ Ÿwur (#qãèÎ6®Ks? ÏNºuqäÜäz Ç`»sÜø¤±9$# 4 ¼çm¯RÎ) öNä3s9 Arßtã îûüÎ7B ÇÊÏÑÈ

( Surah Al-Baqarah : 168 )[4]

Disini kita dapat lihat kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun yang lampau sekaligus menunjukkan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna. Malah mengikut ayat 88 surah al-Maidah, Allah S.W.T menegaskan bahawa makanan dan minuman adalah tanda keimanan seseorang.


Jadi kita sebagai umat Islam haruslah berhati-hati dan meneliti setiap apa yang ada di hadapan kita. Janganlah kita sewenang-wenangnya mengambilnya mengikut selera kita. Andai kita tahu setiap yang kita ambil itu memberi kesan pada kerohanian kita dan menutup jalan-jalan untuk mencintai Allah s.w.t sudah tentu kita akan berhati-hati dalam memilihnya.


Tepuk Akal Tanya Minda, Kita Cari Tahu Kita Selidiki.


[1] Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Ali Mohd Noor ,Hairunnizam Wahid, Hj. Abd. Razak .Strategi Ke Arah Peningkatan Daya Saing Produk Makanan Halal Di Malaysia.hlm 2

[3] Mohd Khuzairi Ismail. 2010. Halal Bukan Perkara Main-Main. Utusan Melayu. Mac

[4] Maksudnya : “ Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”.- Sumber Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran, terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.