.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

26 Januari 2012

Kembaraku 1001 Kenangan ~ Jaulah Jordan Bersama Anak Melaka














~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


20 Januari 2012

Bermula saat itu aku mengambil keputusan untuk menyertai jaulah jordan dibawah badan kebajikan anak melaka.. Entah bilanya aku jadi anak melaka.. Jemputan last minute dan offer ini membuatkan aku berfikir dua kali.. Walaupun kakiku bengkak dan sakit tetapku gagahkan kaki ini untuk pergi.. Semuanya gara-gara hati yang sedang luka.. Luka yang membengkak dan membengkak.. Ku gagahkan jua untuk membawa diri..

Selepas berakhirnya program Pembacaan dan Pengijazahan Kitab Syamail Muhammadi aku terus pulang untuk bersiap ke jaulah. Semangat punya pasal sampai tak boleh tidur.. Mula-mula aku menyangka aku tidak dapat menyertai jaulah gara-gara kakiku membengkak semula tetapi aku tidak hiraukan semua itu.. dengan kaki yang bengkak tu aku melangkah.. Heret pun heret la.. yang penting aku keluar dari mafraq..

berlari-lari aku mencari iqamah, semuanya menjadi mangsaku.. Ku ketuk setiap pintu bilik.. dan akhirnya jumpa jua.. Alhamdulillah.. mujur dapat.. Kalau tak, jaulah mafraq la aku jawabnya..

Tepat jam 8.00 pagi ak terpacak diluar.. tetapi apakan daya.. janji melayu punya pasal pukul 9.30pagi baru bertolak.. keras aku menunggu diluar.. sejuk~ Sampai sahaja bus dihadapan sakan,kami segera menaikinya dan bertolak ke mafraq untuk mengambil pelajar-pelajar di Irbid..

Pejam celik, pejam celik sampai kami di Ummu Qais.. Hati ku melonjak girang.. Kali pertama aku berjaulah disekitar jordan.. Menghayati pemandangan di sana.. Menghirup udara segar.. Segala masalah yang ada aku buang sejauh yang mungkin.. ku campakkan segalanya dari Ummu Qais ke bawah curam.. ku timbus semuanya di dalam lubang-lubang yang ada.. Innalillah..

Semua ni pemandangan disekitar Ummu Qais.. pakai tangkap je..
























Selepas melawat kawasan Ummu Qais kami bergerak melawat makam-makam sahabat di sekitar jordan..























Selepas menziarahi makam-makam sahabat, kami bertolak ke laut mati.. gelap sangat.. xada apa yang dapat ditangkap.. kami sampai di laut mati dalam jam 6.00 petang.. agak lewat.. tapi kami sempat ber BBQ.. seronok.. wlpn bukan kami yang bakar ayam tu, tapi kat situ ukhwah tu kami rasa.. mula berkenal-kenalan an sebagainya.. Sempat jugak la aku kaut satu garam laut mati.. saje simpan, buat kenangan..

Selepas selesai ber BBQ kami bergerak ke mu'tah.. keesokannya dapat kami bermain salji.. Apa orang kata "Salji Cap Ayam".. Ayam pun ayam la.. at least dapat jugak main dari orang lain..





Aqabah


















sampai sini je gambar yang dapat diambil.. lepas tu bateri pun ikut innalillah..

sampai di aqabah ni macam-macam yang aku buat.. Melencong ke sana, ke sini.. ikut suka je.. orang suruh balik hotel pukul 10 malam, aku balik pukul 12.30 malam.. Entah apa yang ada dalam kepala time tu.. ikut suka je.. yang aku tahu, orang makan,aku ikut makan, orang beli aku pun ikut membeli... walaupun aku tahu, duit time tu tak berapa nak ada, tapi gara-gara nak puaskn hati sendiri, aku main beli je.. yang paling best aku dapat kaut satu sweater putih.. mmg smart la.. and then JAKET.. ni lagi smart.. harga pun smart jugak la.. dah lama aku cari jaket tu.. duduk kt mafraq xdpt nk beli.. tapi biasa la.. aku mmg degil sikit.. Aku cekau jugak satu.. Agak la nk berebut dengan orang lain.. semuanya nak beli yang sama.. Ya Ampun.. tapi aku tak kesah pun.. yang penting aku dapat..

Habis dari menyoopping aku pun balik semula ke hotel.. ingtkan nak terus tidur.. rupanya berjalan lagi.. makan2.. orang dok excited nak makan sotong dengan udang, tapi aku releks je.. makan macam tak ada perasaan.. nape tah.. merajuknya xsudah2..

Keesokan harinya kami bertolak ke Petra.. ni yang aku xtahan.. boleh pulak kena tipu.. aku punya la semangat berjalan smpai keatas.. ingtkan semua orang berjalan smpai ke atas rupa-rupanya aku je dengan beberapa orang yang lain.. dah tu tengah berjalan naik tangga, aku rehat la sekejap.. lapar.. Aku pun makan la syawarma yang dibelikan untuk sarapan pagi tu.. sekali tengah makan, turun anjing dari atas.. aku dok releks je makan lagi.. tiba2 anjing tu berhenti depan aku.. pe lagi kecut perut la.. semua ayat quran keluar.. dok hebus2 kt anjing tu, tetep jugak xgerak2.. boleh anjing tu usha2 lagi.. makin lama makin dekat.. seinci je dari aku... dalam hati tu tuhan je yang tahu... debornya Ya Rabb.. dalam 10 minit aku keras kt situ datang la orang putih ni.. aku yang tengah keras-keras tu cakap "UNCLE, PLEASE HELP ME.." uncle tu senyum je.. die pun tolong, tapi malangnya anjing tu xgerak2.. makin laju jantung aku... aku pun memberanikan diri untuk bangun, dan terus campakkan kertas yang konon-kononnya berbau ayam.. hehe.. anjing tu pn terus kejar.. aku pn lega la.. kononnya.. sekali toleh balik, anjing tu kt belakang aku lagi.. Glurrpp.. telan air liur aku... adoi.... kembara PETRA ku bersama anjing... haha...

bila aku patah balik ke bus, ingtkan aku la orang pertama yang sampai.. rupa-rupanya.. semua dah ada dalam bus... tinggal beberapa orang lagi je yang blm sampai.. malu btl... haha.. macam2... tapi pe2 pn aku enjoy dengan jaulah melaka ni.. terharu pn ada... mereka layan macam kami ni ahli2 melaka jugak,, padahal selangor je..


Dalam jaulah ni aku dapat mengambil banyak perkara.. mula aku berfikir.. mencari jawapan dari segala kekusutan yang melanda.. dan akhirnya beberapa keputusan telah ku ambil.. aku tahu ramai yang menanti apa yang aku ingin katakan disebalik semua ini.. Apa yang boleh aku katakan, tunggu dan lihat... Semua orang akan tahu tak lama lagi... Aku adalah aku.. Sesiapa yang tidak mengenali aku dari hati ke hati, tak akan dapat mengenali siapa sebenarnya aku...

Wallahualam...


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.