.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

08 Jun 2012

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT


 


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Solawat dan Salam atas Junjungan Besar Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Ahli Bayyit Baginda yang Suci, Sahabat Baginda yang mulia serta sekalian Aulia' Allah sehingga Akhir Zaman.

Abu Umamah Radhiallahu 'Anhu berkata : "Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam telah menganjurkan supaya
kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam
memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.

Telah bersabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di
akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang
sangat memerlukannya."Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya,
" Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :"Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan
juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu
Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala.



Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya
bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami
tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Wallahu A'lam


Disediakan oleh
Ahmad Fadzli Syed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.