.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

29 Ogos 2013

[AKU BAHAN KAJIAN HOSPITAL]




~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


[AKU BAHAN KAJIAN HOSPITAL]

debukkkk!! 

Kak Asilah : “Jah!! Kenapa ni? Macam mana boleh jatuh tiba-tiba ni.. Tadi ok je..”
Sy : “Tah, tiba-tiba je nak jatuh..”


Sy bangun semula setelah terjatuh.. Sy dan kak asilah ketawa.. Mungkin sy tersilap langkah ketika itu.. tapi dalam ketawa itu timbul keraguan dan sedikit pelik melihat keadaan sy terjatuh ketika itu.. Tapi sy abaikan. Sy ingatkan sy sahaja berfikiran begitu, rupanya Kak Asilah juga berfikiran yang sama. Kami terus bergerak ke kuliah.. Pulang sahaja dari kuliah sy terasa sedikit sakit di kaki dan tulang belakang.. Sy cuba melihat keadaan kaki sy.. 

“Pelik..” itu sahaja yang mampu sy katakan ketika itu. 


Sy jatuh dalam keadaan kedua-dua kaki sy dalam kedudukan yang sama dan kedua lutut yang menyembah bumi dahulu. Tetapi mengapa bengkak kelihatan di peha dan timbul lebam-lebam ditempat lain.. 

Keadaan ini berlarutan sehingga dua minggu sebelum yang berjumpa doktor.. Jatuh tidak sampai 5saat tapi sakitnya berminggu-minggu . Setelah sy berjumpa doctor di klinik panel KUIS, beliau menyiapkan surat rujukan ke Pakar. 

Sampai sahaja di Hopspital Pakar mereka meminta sy melakukan Xray.. Setelah selesai, doctor melihat imbasan xray. Dalam keadaan terkejut dia memanggil sy.. Sy yang ketika itu mahu menyedapkan hati, sy ketawa dan senyum dihadapannya.. Pada waktu itu abang sy hadir sekali. Tujuannya untuk menjadi wakil ibu bapa bagi pembedahan yang akan dijalankan. Tiba-tiba belum sempat keputusan untuk menjalani pembedahan diputuskan, timbul perkara lain dan keputusan itu ditangguhkan lagi sekali. 

Doctor sedikit ragu melihat imbasan xray itu.. “Bagaimana semua ini boleh terjadi.. sejak bila awak merasa kesakitan itu? Sy rasa ini bukan disebabkan tangan awak.. Awk pernah xcident ke?”

Sy tunduk dan berfikir.. Sy rasa sakit sebenarnya bermula setahun yang lalu selepas kejadian di Parcel 9 KUIS.. Ketika itu berlaku hysteria dan saka menyerang dua orang pelajar. Pulang dari kejadian malam itu sy mula sakit. Sy fikir ianya tidaklah terlalu serius kerana menyangka ianya sakit-sakit biasa. 

Sy memberitahu doctor bahawa sy dicampak seseorang sehingga tulang belakang sy terhentak di tombol pintu apartment. 

Doktor kelihatan marah “Kenapa awak datang selepas setahun awak sakit? Awak tahu tak semua ni merbahaya.!”

Sy hanya mampu tersenyum.. Abang sy ada bersama kita itu juga sangat terkejut “Ko tak pernah bagi tahu abg pun yg ko sakit sampai teruk macam ni.. ”

Hanya senyuman yang mampu yang berikan dan sy menjawab “kan aku pun baru tahu.. doctor bru ckp td kan..”

Setelah itu, sy dibawa rujuk ke pakar yang lebih tinggi. Pagi itu semua doctor pakar otopedik berkumpul, dan masuk seorang doctor pakar dari singapura. Sy agak sedikit gementar melihat hampir 50 orang doctor dihadapan sy. 

Kelihatan doctor-doctor sedang membuka fail dan dokumen dihadapan mereka. Setelah perbincangan dan kajian dilakukan, sy melihat mereka sedikit kebingungan. Doctor tua dari singapura itu sahaja yang sy lihat sangat berkeyakinan. 

“Sy akan bawa balik fail awak ini untuk kajian terlebih dahulu. Macam yang sy beritahu tadi kami tidak berani untuk jalani pembedahan keatas awk kerana harapannya 50% sahaja. Awak pelajar undang-undang kan? Awk mesti nak jadi peguam kn? Awk balik dahulu dan selesaikan diploma awk, setelah itu datang kembali berjumpa sy.. Kita lihat keadaan awak selepas itu. Sebelum kita berpisah sy ada hadiah untuk awak.. Walaupun sy bukan muslim tapi sy pasti ini akan mengembirakan awak.."

Sy membuka sampul itu.. Eh..Duit raya RM50.. "Doktor ! bukan rasuah kan??"

Dia berlalu dengan senyuman.. 

Selama 14 tahun ini sahaja, sy menjadi bahan kajian hospital. Kadang-kadang letih, putus asa pun ada, berhabis duit pun ada.. Tapi kadang-kadang seronok jugak..Sebab dari situ sy dapat belajar macam-macam.. Mana tidaknya, dari kepala sy yang berlekuk-lekuk, tangan yang bengkok dan pendek sebelah, siku yang tersembul keluar, tulang belakang yang melekuk ke dalam dan bercantum dengan tulang pinggul, lutut yang sedikit terlebih kebelakang, tapak kaki yang tidak normal dan jari kaki yang membengkok ke dalam.. Siapa yang tidak dapat menenangkan dirinya pasti sudah menyalahkan takdir. 

Paling tidak, sy belajar untuk bersyukur walaupun menjadi bahan kajian.. Orang lain tak ada kaki, tak ada tangan. Sy masih ada semuanya dan masih kelihatan seperti normal cuma itulah sedikit sakit.. 

[Belajarlah untuk bersyukur dan sebelum kita menyalahkan takdir atas ujian yang menimpa diri kita. Lihatlah ke kanan, ke kiri, ke depan , ke belakang, ke atas dan ke bawah. Baru kita akan tahu apa itu ERTI SYUKUR yang sebenar..]

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.