.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

27 Ogos 2013

|AKU, NIQAB & MAHKAMAH TINGGI SYARIAH |



~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


|AKU, NIQAB & MAHKAMAH TINGGI SYARIAH |


" Aku " - Siapa aku?? Aku adalah Ustazah Kejayaan.. A.k.a Fasihatun Najah Mhd Bakri.. Model safi rania.. hahaha.. 

" Niqab " - Tak kan nak tanya niqab tu apa? niqab tu macam purdah.. yg tutup muka tu.. 

" Mahkamah Tinggi Syariah " - Apa tu?? Mahkamah tu tempat aku ikut boss aku TuanZuri Zabuddin Budiman ke sana untuk dengar beliau bicarakan kes.. 
Kes yang aku pernah ceritakan tentang Hadhanah Anak Angkat.. 
__________________________________________________________

Pernah suatu ketika dahulu semasa program LANCER - Lawyer One Stop Center diadakan di Jordan, timbul persoalan dibenakku.. "Bagaimana ya jika mereka yg berniqab ingin menjadi peguam?? Ada ke peguam wanita yang berniqab??"

Persoalan ini aku ajukan kepada adik usrahku.. secara tidak langsung persoalan ini menimbukan tanda tanya buat mereka.. Aku ingin bangkit dan bertanyakan soalan, tetapi sayang sekali, pasti aku tidak berkesempatan.. Aku cuba beranikan diri bertanya kepada peguam yang lain secara privet tetapi jawapannya agak hambar.. Pada ketika itu aku mula tidak berkeyakinan.. harapanku seolah-olah hancur.. 3 tahun amik undang-undang.. Takkan nak biarkan macam tu je.. Aku ada cita-cita jugak.. 

Aku mendiamkan diri seketika.. 

Aku berfikir dan terus berfikir.. Aku yakin pasti ada jalan keluarnya.. Lalu ku beranikan diri untuk bertanya dengan Tuan Zainul Rijal Abu Bakar.. Dalam hatiku berkata : "Apa salahnya tanya.. Lagipun Tuan seorang yang ku lihat agak positif, caranya agak menarik minatku..Tanya sajalah! Pasti jawapan yang ku terima positif walaupun ada kemungkinan agak pahit untuk ditelan.." 

Pada ketika itu aku katakan padanya bahawa ada kawanku berminat untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang undang-undang tetapi dia berniqab..Sedangkan orang itu adalah aku.. Aku malu.. Aku berbohong padanya kerana aku takut jawapan yang diterima hambar.. Tetapi jawapan yang sebaliknya aku terima dari Tuan Zainul.. 

"boleh sahaja berniqab tp di luar mahkamah tp di dalam mahkamah kena buka.. mmg ada beberapa sister yg berniqab di luar mahkkamah ada yg jd pendakwa syarie lagi.. Di KL ada.."

Boleh bayangkan bagaimana perasaan aku ketika itu?? tersenyum-senyum seorang diri dihadapan laptop.. Sehingga terbawak-bawak di dalam mimpi.. Mulai saat itu aku secara rasminya menyertai Kelab Peguam Muda Jordan.. Walaupun pada awalnya aku pernah kuburkan hasrat itu untuk menjadi ahli rasmi.. tetapi setelah memperolehi jawapan yang positif dari Tuan Zainul, aku sertai mereka.. 

TAPI....... 

Aku tertanya-tanya, jika benar ada yang berniqab menjadi peguam syarie, bagaimana perasaan mereka ya? Apa yang mereka rasa? Bagaimana mereka lakukannya? Bagaimana mereka bertemu dengan client ? Apakah tahap kepercayaan mereka pada peguam syarie yang berniqab? Masyarakat boleh terima ke? 

Persoalan demi persoalan timbul.. Semuanya menjadi tanda tanyaku.. bagaimana harus aku mendapatkan jawapan dari semua persoalan itu?? Cukupkah sekadar bertanya?? 

TIDAK! 

Aku kena merasainya sendiri.. Tapi bagaimana?? Oh ya!! SPC- Summer Pre Chambering! ini kan direct dibawah Persatuan Peguam Muslim Malaysia.. Aku kena join! 

[ Bersambung.... ]

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.