Aisyah Salsabila merupakan Mahasiswi Tahun Akhir Jurusan
Undang-undang di Kolej Universiti terkemuka di Ibu Kota. Aisyah seorang yang aktif berpersatuan, mudah mempercayai orang
lain dan seorang yang sangat ceria. Aisyah sering kali melibatkan diri sebagai
fasilatator dalam kem-kem motivasi, kem pengawas sekolah dan sebagainya.
Suatu hari tersebarnya satu fitnah yang melibatkan dirinya dan
Persatuan Mahasiswa Islam. Fitnah itu membuatkan Aisyah berubah. Aisyah yang
dahulunya ceria menjadi seorang yang pendendam dan adakalanya Aisyah suka
menyindiri. Kerana ingin melupakan segala dendamnya, Aisyah membuat keputusan
untuk pergi membawa diri ke luar Negara.
………