PENGHAYATAN RAMADHAN MEMBINA INSAN RABBANI
أعوذ
بالله من الشيطان الرجيم
يأيها
الذين أمنوا كتب عليكم الصيام كما
كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
صدق
الله العظيم
Maksudnya:
" Wahai orang-orang yang beriman, telah
diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan
kamu bertaqwa. "
Al-Baqarah : 183
Sahabat-sahabat yang disayangi..
Dalam kita tidak sedar, kita semakin hampir kepada bulan
Ramadhan dimana semua umat islam diwajibkan untuk berpuasa pada bulan itu.
Hadirnya ramadhan ini sememangnya memjanjikan seribu rahmat buat kita semua.
Terdapat pelbagai keistimewaan, hikmah dan rahmat yang diberikan kepada kita
sebagai umat islam, tetapi adakah kita semua berusaha untuk mendapatkan
keistimewaan dan rahmat yang diberikan itu? Sama-sama kita koreksi diri kita.
“Penghayatan Ramadhan Membina Insan Rabbani” Apa yang kita faham
mengenainya? Adakah rabbani itu bermaksud kumpulan nasyid rabbani? atau Adakah
semata-mata insan yang bernama Rabbani? Tidak sahabat-sahabat sekalian. Untuk
menjadi insan yang rabbani ianya sangat menuntut seribu satu pengorbanan
daripada kita sendiri. Kefahaman kita dalam menghayati bulan ramadhan itu
sangat diperlukan bagi menjadi insan yang rabbani. Penghayatan itu membuatkan
kita lebih bersungguh-sungguh dalam mengejar keistimewaan di bulan ramadhan.