PENGHAYATAN RAMADHAN MEMBINA INSAN RABBANI
أعوذ
بالله من الشيطان الرجيم
يأيها
الذين أمنوا كتب عليكم الصيام كما
كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
صدق
الله العظيم
Maksudnya:
" Wahai orang-orang yang beriman, telah
diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan
kamu bertaqwa. "
Al-Baqarah : 183
Sahabat-sahabat yang disayangi..
Dalam kita tidak sedar, kita semakin hampir kepada bulan
Ramadhan dimana semua umat islam diwajibkan untuk berpuasa pada bulan itu.
Hadirnya ramadhan ini sememangnya memjanjikan seribu rahmat buat kita semua.
Terdapat pelbagai keistimewaan, hikmah dan rahmat yang diberikan kepada kita
sebagai umat islam, tetapi adakah kita semua berusaha untuk mendapatkan
keistimewaan dan rahmat yang diberikan itu? Sama-sama kita koreksi diri kita.
“Penghayatan Ramadhan Membina Insan Rabbani” Apa yang kita faham
mengenainya? Adakah rabbani itu bermaksud kumpulan nasyid rabbani? atau Adakah
semata-mata insan yang bernama Rabbani? Tidak sahabat-sahabat sekalian. Untuk
menjadi insan yang rabbani ianya sangat menuntut seribu satu pengorbanan
daripada kita sendiri. Kefahaman kita dalam menghayati bulan ramadhan itu
sangat diperlukan bagi menjadi insan yang rabbani. Penghayatan itu membuatkan
kita lebih bersungguh-sungguh dalam mengejar keistimewaan di bulan ramadhan.
Mari kita perbaiki segala kekurangan dan kelalaian akhlak
kita sebagai tetamu Allah kerana tidak mustahil Ramadhan tahun ini merupakan
Ramadhan terakhir yang akan kita jalani dalam kehidupan kita. Bulan Ramadhan
ini perlu menjadi wasilah bagi kita untuk meningkatkan kualiti diri.
Pengertian Puasa ( الصيام )
Dari segi bahasa;
menahan diri daripada melakukan
sesuatu.
Dari segi syara'; menahan diri daripada melakukan perkara
yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Seorang ulama' salaf berkata :
" Seringan-ringan puasa itu ialah
meninggalkan makan dan minum, maka jika kamu puasa, hendaklah pendengaran, penglihatan, dan lidahmu
terpelihara daripada dusta dan semua yang haram dan mengganggu tetangga. "
Peringkat Puasa
a. Puasa Umum : Mencegah perut
dan kemaluan daripada memenuhi keinginan.
b. Puasa Khusus : Menahan
pancaindera daripada melakukan dosa disamping puasa umum di atas.
c. Puasa Khusus Dari Yang Khusus:
Puasa hati daripada segala jenis cita-cita yang hina dan fikiran duniawi
serta menjurus-kan pemikiran terus kepada Allah Taala yang esa disamping puasa
yang dua di atas tadi.
Keistimewaan Bulan Ramadhan
Antara kelebihan dan keistimewaan bulan ini sebagaimana
yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w :
Daripada Anas R A katanya: Bersabda Nabi SAW :
1. ‘Tiada daripada seorang hamba apabila dia
melihat sehari bulan Ramadhan lantas ia memuji Allah Taala ( الحمد لله ، حمدا لله ) kerana
kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaannya. Kemudian
dibacanya tujuh kali nescaya diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan
itu.’
Sabda Rasulullah SAW:
" Orang yang berzikir (
ingat ) pada Allah di bulan Ramadhan, akan diampunkan baginya
dan orang yang meminta-minta pada Allah di
dalamnya ,tidak akan kecewa. "
Attabarani dan Al-Baihaqi
2.
Adanya malam Lailatul-Qadar yang dirahsiakan sehingga mendapat keampunan dan pahala
serta rahmat dan darjat tertinggi bagi orang yang berjaga malam dan dipenuhi
dengan amal ibadat.
3.
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya :
- Barangsiapa menghadiri majlis pengajian di bulan Ramadhan maka Allah mencatat setiap langkahnya sebagai ibadah satu tahun dan dia bersamaku di bawah panji Arasy.
- Barangsiapa mengerjakan solat berjamaah di bulan Ramadhan, maka setiap rakaatnya akan diberi satu kota yang penuh dengan nikmat Allah Taala.
- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya di bulan Ramadhan, maka Allah akan menolong seribu keperluannya di hari kiamat.
- Barangsiapa berbuat ihsan kepada ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dikasihi Allah dan dijamin masuk syurga.
Keutamaan Orang Yang Berpuasa
a) Allah memerintahkan para malaikatNya,supaya mencatat hanya kebaikan
sahaja dan tidak mencatat kelakuan buruk orang yang berpuasa dan Allah
menghapuskan dosa mereka yang lalu disebabkan keberkatan bulan Ramadhan.
b) Bau mulut orang yang berpuasa disisi Allah adalah lebih harum daripada
bau kasturi.
c) Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Syurga itu merindui
4 golongan manusia iaitu :
i.
Orang yang membaca Al-Quran
ii.
Orang yang menjaga lidahnya.
iii.
Orang yang memberi makan kepada orang yang
lapar.
iv.
Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.
Sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh
Jum'ah Amin bahwa :
Mereka yang mencintai Allah swt ialah yang
benar-benar memahami tugas, risalah dan matlamat kejadian setiap insan iaitu untuk
beribadah kepada Allah swt yang Esa sebagaimana firmannya :
"Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia
melainkan untuk beribadah kepada-Ku."
(QS
Az Zariaat : 56)
Mari kita isi Ramadhan ini dengan sebaiknya.
Gunakanlah bulan Ramadhan ini sebagai wasilah peningkatan kualiti iman dan amal
kita dalam melahirkan insan yang rabbani.
“Ramadhan Dinanti
Kemanisannya Dikecapi”
24 Syaaban 1433H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan