~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~
السلام عليكم
Aku , Kau dan Lolypop Itu...
Aku tak tahu, ini cerpen yg keberapa aku tulis..
Ramai yang mencadangkan kepadaku agar aku teruskan penulisan sebegini kepada sebuah novel.
Tapi memandangkan aku masih baru dalam bidang ini, aku harus mencubanya dari bawah.. Bermula dengan cerpen barulah terbitnya Novel.. Kerana aku bukanlah penulis yang menulis dengan banyak membaca tetapi aku menulis dengan banyaknya mengembara.. Mengembara akan melahirkan pengalaman dan dari pengalaman akan terbitnya sebuah epilog cinta.. haha..
Ini antara kisah hidupku.. Aku , Kau dan Lolypop Itu...
Lolypop ini sama usianya dengan aku.. Selama mana aku disini selama itulah Lolypop ini setia menemaniku..Menjadi penamparku dikala aku malas ditahap Maksimum.. Beratnya mampu membuatkan pipiku berbekas..
Kad MALAYSIA ini juga ada kisah disebaliknya.. Tersirat dan tersurat dengan pelbagai kenangan.. MEREKA turut mendoakanku..
__________
LOLYPOP..
Mahu dimakan sayang, Mahu ditelan tak mampu.. Mahu digigit darurat..
"لا ضرر ولا ضرار"..
Setiap hari aku memikirkan, bagaimana cara yang harus ku lakukan untuk habiskannya..
Sama ada Dia habis dimakan oleh ku @ Gigiku habis dimakan olehnya.. Darurat-darurat..
Adakah mungkin Dia akan pulang bersamaku kembali ke MALAYSIA?
Expired Date : 30 Disember 2013.. Ah.. Lama lagi tu nak habis.. Jadi Karun lagi la Lolypop ni..
Teringat sewaktu KAU menghadiahkan lolypop ini..
Kak Asilah : Jah.. Kitaorang beli lolypop ni untuk Jah.. Bawa naik flight tau.. Makan kt sana..
Saya : Wah… Terharu-terharu.. Mahal kot.. Beli kt Airport KLIA ni.. kalau kt kedai biasa baru sehinggit kot.. haha..
Kak Hawa : eh dak kecik! Apa sahaja untuk kamu la.. Makan tau..! Ni je yg mampu.. huhu..
Terharu aku saat itu.. Dikala aku mahu terbang jauh, mereka sanggup datang untuk menemani ku..
Mahu saja aku menitiskan air mata tetapi tah mengapa setitis pun tidak mahu tumpah..
Dek kerana Sayang dengan kenangan itu, Aku menyimpannya sehingga kini.. Boleh Jadi Usianya Setahun lebih.. hehe..
Lolypop.. Lolypop…
Bilalah aku nk makan kau…
_______________
AKU…..
“Kak Najah! Semua org tgh sedih nak terbang ke Jordan.. Akak boleh lg gelak.. Releks je.. Xsedih ke kak?” Tanya adikku..
Aku menjawabnya dengan tenang.. “Tah la.. Akak xde perasaan kot..Tgk la mak tu.. Mak releks je.. tu yg akak pun releks.. Alah…tahu je la, akak ni pun isi borang tiba-tiba.. Bincang dengan mak dan abah pun tak.. Tahu-tahu dah hantar borang ke Jordan.. ”
“eeeiii.. akak ni pelik la..” ngomel adikku..
Sedang menunggu dipanggil untuk berangkat aku bertanya satu soalan kepada ibuku..
“Mak.. Mak xsedih ke sy nk pergi Jordan ni.. tgk mak releks je.. Abah je yg sedih..”
Mak tersenyum dan berkata “Anak mak pergi belajar je kan.. Bukan pergi duduk sana tak balik-balik.. Buat apa nk sedih.. Abah kau nangis tu biaselah.. Orang yang selalu melawan dia dah nak pergi jauh.. Nanti taka da siapa yang nak melawan dia lagi.. ”
Jawapan mak itu membuatkan aku tersenyum bangga.. Mak langsung tak menangis… Like Mother Like Son Like Like la.. !
Tapi di hati siapa tahu kan… Aku macam biasa la.. Tetap tak ada perasaan.. Orang menangis Aku ketawakan..
____________
Kad MALAYSIA..
Mereka datang !!
Wah.. Sungguh aku terkejut.. Mereka sanggup turun menghantarku.. Merekalah orang yang sama-sama berada disisiku ketika aku di KUIS dahulu.. Dicaci, Dihina, Dicerca.. Merekalah yang memberi semangat kepada ku.. Perit!! Tapi kerana adanya mereka, aku menjadi kuat..
Kad yang diberi it uterus ku ambil dan ku simpan didalam beg.. tidak ku baca, tidak ku belek sehingga aku sampai ke Jordan.. Dua hari selepas aku sampai aku mengambilnya dari beg ku dan ku baca yang yang ditulis..
“FASIHATUN NAJAH..
SELAMAT BERJIHAD DI BUMI ANBIYA’..
MOGA ALLAH REDHA PERJALANAN MENUNTU ILMU NAJAH ..
JANGAN LUPAKAN KAMI DISINI..
PERGI SORANG-SORANG , BALIK BERDUA LEBIH BAIK.. :p
MOHON DIMAAFKAN ZAHIR DAN BATIN
SE U INI FB.. LOVE MPM 2008-2009.. ”
Menjerit ku dibilik.. Bertuah betul korang.. Menyempat ye diselitkan ucapan-ucapan tu… Nakal betul..
Tapi diwaktu itu, tersenyum ku kembali kerana mengenangkan kenakalan mereka..
| Kenangan semua tu.. dan sekarang semua tu masih lagi berada disisiku dalam keadaan baik.. Tah bila la lolypop tu nak habis.. Nak share dengan semut, semut cuti musim sejuk ni.. huhu.. |
~Aku, Kau dan Lolypop itu…~
Ustazah Kejayaan
30 /12/ 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan