.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

07 April 2011

Madah Untuk Sahabat

KHAULAH ADALAH PEJUANG MISTERI ITU...


Siapakah yang menerbangkan debu pasir
Dengan deruan kuda yang ditungganginya
Selendang yang menutupi wajahnya
Menjadi pelindung hiasan dunia
Halus jemarinya menghunus senjata
Lembut tingkahnya bertukar perkasa

Khalid Al Walid panglima perang gagah berani. Dia tertanya2 siapakah gerangannya si baju hitam pekat yang menghunus pedang di medan jihad. Kelibat itu tidak gentar, terus mara memacu kudanya di tengah medan perjuangan. Satu persatu musuh tumbang dek hunusan pedang si baju hitam. Yakin, tawakkal, itulah lagaknya seorang pejuang misteri.

Khalid Al Walid terus memacu kuda kearah pejuang itu. Di fikiran tertanya2 siapakah gerangannya. Langkah pejuang misteri berani, menggerunkan pihak musuh. Menghunus pedang dan tombak tidak gentar

Wahai tentera Islam, majulah, berjuanglah membantu pejuang agama Allah ini, perkuatkanlah kesusukan orang yang sendirian itu-Khalid Al Walid

Pejuang misteri dikepung musuh. Dia terus berperang dan berperang. Kembali dia kepada tentera Islam kuyup dengan basahan darah

“Allahu Akbar!” Pekik tentera Islam semuanya

Mereka menghampiri pejuang misteri itu.

“Demi Allah yang telah melindungi seorang pejuang yang telah membela agamanya dan menentang orang musyrik habis-habisan. Tolong bukakan tutup muka kamu,” kata mereka.

pejuang misteri itu tidak menjawab

dia terus menyerbu ke tengah-tengah pasukan kufur seakan-akan puting beliung di tengah-tengah pasukan musuh

Khalid terus mengejarnya, sambil mendekati ia berkata, “Hai kamu, kecut hati kami semua melihat engkau. Siapakah engkau?”

“Akulah Khaulah binti Azwar. Aku melihat abangku Dhirar tertangkap. Lalu aku datang untuk menolong membebaskan dia yang berperang kerana Allah,”

Disangkakan gerak itu milik seorang pemuda gagah rupanya milik seorang wanita berani dan bersemangat tinggi

Ketangkasan dan keberaniannya mengalahkan 1,000 orang lelaki kafir

Khaulah berjuang tidak henti menyertai pejuang muslimin yang lain

Sehingga akhirnya kemenangan mutlak di pihak yang benar

Namun, Khaulah hampa, saudaranya tidak ditemui

“Wahai saudaraku, di manakah kau berada, di gurun manakah mereka melemparkanmu. Andaikata aku tahu di mana engkau berada sekarang pasti aku datang. Salamku buat dirimu saudaraku. Sampai kita berjumpa nanti.”

Menangislah seluruh pasukan Islam mendengar ratapannya itu

Setiap orang bertekad untuk menebus air matanya

Dengan takdir Allah datang serombongan pasukan Rom menuju kea rah mereka

Khaulah, Khalid dan seluruh pasukan tentera Islam bersiap

Tetapi rombongan itu menjatuhkan senjata mereka; mereka meminta damai

Permintaan itu diterima secara bersyarat.

Khalid bertanya kepada ketua rombongan itu tentang Dhirar bin Azwar. Ia berkata bahawa Dhirar telah berjaya menewaskan seorang putera raja dan sejumlah besar pasukan mereka, lalu mereka menghadapinya bersama-sama. Ia dapat ditangkap dan dikirim kepada raja mereka untuk dilihatnya dengan mata kepalanya sendiri.

Dhirar ditawan dan dihantar ke Rom dengan pengawalan seratus tentera berkuda. Tetapi perjalanan itu jauh dan ini menggembirakan Khalid. Dengan segera ia memanggil Rafi bin Umairah kerana ia arif dengan kedudukan padang pasir dan lagi ia adalah seorang yang bijak dalam mengatur siasah dan teknik peperangan.

Khaulah terdengar berita tentang penyerangan itu lalu segera ia memakai baju besi, mengambil pedangnya dan menggenggam tombaknya lalu meminta kepada panglima Khalid agar dia dibenarkan ikut bersama.

Pasukan itu berangkat, mereka mengambil jalan pintas dan akhirnya bertemulah mereka dengan pasukan musuh itu. Ketika rombongan itu sudah dekat ternampaklah Khaulah akan abangnya, Dhirar, sedang dikawal ketat oleh musuh-musuh itu. Dan dengan itu Khaulahpun bertakbir. Takbirnya disambut oleh pasukan berkuda yang lain maka bergemalah lembah itu dengan takbir, “Allahu Akbar!”

Allah s.w.t mendengar takbir itu, lalu didatangkanNya bantuan ghaib dari Rijalullah iaitu tentera-tentera Allah dan akhirnya kemenangan pasti berada di pihak yang benar. Khaulah segera mendapatkan Dhirar dan tentera-tentera Islam merampas semua yang dibawa oleh musuh dan kemudian pulanglah mereka kepada Khalid Ibnu Walid.

Khaulah Azwar namanya kudengar penuh kekaguman. Aku ingin menjadi sepertinya, berjuang, berani dan tidak gentar. Sebagaimana Zainab al Ghazali juga Ayatul Akhras berani menegakkan Dinullah walau terpaksa bergadai nyawa, begitu juga Asiah mahupun Sumayyah, tidak lupa Masyitah. Perjuangan juga tidak menghalang kami untuk menjadi selembut Khadijah mahupun Aisyah. Insya-Allah.

Larangan menyambut APRIL FOOL !

Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku ‘Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?’� (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)



Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!� demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day�.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan
Umat Islam sangat tidak boleh merayakan “The April Fool Day”� kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah� dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut. Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”�

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day� itu dipopulerkan dengan “ritual� yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas”� katanya.

07 Februari 2011

Amal yang Dapat Membangun Kecintaan Kita kepada Allah


"Ketahuilah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" (QS. At-Taubah:24)

Kita semua mengaku mencintai Allah. Pengakuan saja tidak cukup, perlu pembuktian. Di antara kita harus menjalankan dan mencintai amal yang dicintai Allah SWT, bahkan apa yang dicintai Allah, harus lebih kita utamakan daripada apa yang kita cintai dan yang dicintai oleh orang dekat kita seperti ayat di atas.

Ibnul Qoyyim, seorang ulama abad VII, menjelaskan ada sepuluh amal yang dapat membangun kecintaan kita kepada Allah:

1.Membaca Al-Quran dan memahaminya.

2.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menjalankan sunnah-sunnah sesudah selesai menjalankan kewajiban.

3.Selalu berdzikir dalam segala kondisi, dengan lidah, hati, dan amal perbuatan.

4.Mengutamakan apa yang dicintai Allah terutama jika bersinggungan dengan hawa nafsu kita.

5.Mengingat dan menyebut nama-nama dan sifat-sifat Allah yang mulia (Asmaullah Al-Husna) sambil

meresapinya.

6.Memperhatikan karunia dan pemberian Allah baik yang terlihat maupun yang tidak terlihat.

7.Menundukan hati sepenuhnya kepada Allah SWT.

8.Menyendiri di waktu malam untuk sholat tahajjud, membaca Al-Quran dan bermunajat kepada Allah SWT.

9.Bergaul dengan para ulama dan orang-orang sholeh, serta mengambil buah baik dari pembicaraan mereka.

10.Menghindari segala macam hal yang dapat mempengaruhi hubungan hati kita kepada Allah SWT (lihat QS. Al-Baqarah:165)

LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI

LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI


Berikut merupakan beberapa langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:


1. Mulakan hari anda dengan bacaan Al-Quran & munajat kepada Allah.


2. Bermuhasabah diri sebelum melakukan sesuatu.


3. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.


4. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?


5. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.


6. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif


7. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.


8. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.


9. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.


10. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.


11. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.


12. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.


13. Bertawakkal kepada Allah.



INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!

SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA

INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI

DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!

13 Januari 2011

Kenangan Yang Bakal Aku Tinggalkan..


Lame rase ak xupdate blog nie.. semangat utk update blog pn dh xde.. exam makin dekat, stress, bosan.. mcm2 yg ak rase.. marah, sedih, rindu, benci..entah la.. mungkin sbb semester akhir.. KUIS.. tempat yang akan aku tinggalkan.. mungkin ak akan merinduinya.. kt kuis ni la ak banyak belajar.. erti hidup.. menghargai masa,. peluang.. dan juga SAHABAT.. entah bila lg kita akan bertemu..tgk la tu.. abg nufran angkt tgn.. rasenye sayu lak ble tgk.. tp ak je kot yg rase sayu..




Nie la kenangan yg ak de utk ak simpan.. ak seronok sgt dpt kenal yg korg semua.. especialy ust don, abg nufran, sallehuddin, izuan, ariff, radhi, fahimi, aqilah, asilah, kak hawa dan rosdi.. semuanye la aku sayang.. walau sape pn korg, ak tetap bawak korg ke mane je.. sbb korg semua dlm hati ak.. kadang2 ak sedih nk tinggalkn semuanye.. tp sampai sini je masa yg aku de.. ak xtaw nk bgtaw ko macam mana.. ak xreti nk tunjuk yg aku sayang kt korg semua.. dgn cara mcm nie ak mampu.. ak minta maaf banyak2 kt semua.. klw de yg ak terhutang mintak bg taw ye..




Time nie happening sgt.. semua sempoi abis la.. teringt pe en.hairol ckp kt ust don "don ko nmpk mcm mafia la".. lawak lak ble dgr.. tp ble difikirkan balik semua nie krn I-TERAS kn??
tmpt pengumpulan semua.. time nie detik2 pengenalan semua.. awal2 knl mcm tanggapan.. serius, mcm singa, hati batu.. tp ble dh kenal, sempoi..



Gambar yg nie wan yg edit.. xsangke pandai wan edit.. xpe.. nnt ak simpan gambar nie.. thanks ye wan.. btl la tu "persahabatan mengukir kenangan".. walaupun xde yg ingt kt kte, tp ak sentiasa ingt korg.. dalam hati taw ak simpan.. mane2 pn ak g, ak tetap bwk korg....



Paling penting, this MY BIG FAMILY.. klw ak dh abis belaja nnt korg jgn lupekan ak ye.. May Allah Bless You All..




Selamanye akan tersemat dlm hati ak.. terima kasih banyak2.. aku sayang korg semua.. kenangan yang xmungkin ak lupekan... ak bahagia dpt kenal korg semua.. semoga korg semua bahagia dan hidup dibawah rahmat Allah yang MAHA ESA..

Selamat Tinggal Semua.. Semoga kita berjumpa lg..



10 Ogos 2010

Secarit Memori Bersama Arwah Mohd Firdaus Abd. Kahar


Secarit Memori Bersama Arwah Mohd Firdaus Abd. Kahar

1 Ramadhan 1431 H… bersamaan 11 Ogos 2010…

Bismillahirahmannirrahim.....


Kalam ini aku mulakan sebagai pembuka bicara…sebelum aku meneruskan kata, eloklah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah..semoga arwah ditempatkan bersama orang –orang yang soleh…amin…al-fatihah…


6 Ogos 2010..tarikh dimana aku kehilangan sahabat yang disayangi.. Pemergian arwah tidak dapat aku lupakan. Walaupun telah 5 hari berlalu rasa terkilan dihati, kecewa, sedih masih aku rasai.. Aku tidak menyangka pemergian salah seorang warga kuis adalah arwah.. Pada hari pemergian arwah, hati aku menolak sekeras-kerasnya bahawa firdaus yang dikatakan lemas itu adalah orang yang aku kenali.. Hati aku tergerak untuk pergi melihat arwah dihospital..meronta-ronta untuk turut menyembahyangkan arwah..tetapi aku batalkan niatku..Aku takut sekiranya benar firdaus yang dimaksudkan itu adalah sahabatku itu.. Aku takut aku tidak mampu menerima kenyataan ini.. tetapi sebaliknya berlaku….


Sewaktu aku berjalan ke kelas, aku terpandang sehelai kertas yang tertampal dipintu masuk bangunan akademi isalm.. Hatiku memaksa untuk melihat kertas tersebut.. Alangkah terkejutnya aku, sewaktu aku melihat gambar yang terpampang itu adalah benar-benar gambar sahabatku “Al-Marhum Mohamad Firdaus bin Abd. Kahar” .. Aku hampir-hampir pitam… aku segera mengawal diriku.. air mataku hampir tumpah ke bumi.. aku terdiam.. fikiranku melayang entah kemana… aku tidak dapat menumpukan perhatian ku terhadap pelajaran yang diajar pada hari itu..Rupanya-rupanya jenazah yang disembahyangkan itu banar-benar sahabatku… Ingin sungguh aku menjerit sekuat hati…Aku harus akui bahawa setiap yang hidup pasti akan mati..aku harus meredhai pemergian sahabatku ini.


"Kau Sahabat Kau Teman"


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


Hari demi hari aku mengimbas kenangan ketika aku bersama arwah… Aku benar –benar merasai kehilangan arwah.. Arwah lah yang banyak membantu aku dalam kebajikan mahasiswa kuis.. Beliau sering bersama kami semua sewaktu kami dilanda pelbagai masalah.. Awrah merupakan partner aku dalam mengkaji masalah berkaitan wirelest kuis.. Dari awal sehingga akhir , arwah bersama kami… Sepayah mana tugas yang aku berikan kepadanya, beliau tetap tersenyum… Senyumannya membuatkan kami kuat… Seandainya pelajar kuis tahu arwah yang membantu aku dalam memansuhkan wirelest ini, mesti mereka turut merasai kehilangannya…… Sehingga ke hari ini, aku benar-benar tidak dapat melupakannya… Pemergiannya satu kehilangan yang amat besar …Hanya Allah yang mampu membalas jasa beliau…Al-fatihah buat arwah Mohamad Firdaus bin Abd. Kahar…

Semoga Allah Mencucuri Rahmat Keatas Roh Beliau…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.