Salam semua,
Benar sepertimana kata2 En.Tarmizi dalam majlis tahlil sebentar tadi, kita semua memang cukup bertuah. Kita patut, malah WAJIB bersyukur kehadrat Ilahi atas segala nikmat yang diberikan oleh ALLAH s.w.t.
Kita dilahirkan dengan cukup sifat, cukup sempurna, hidup di negara yang aman, mewah. Bekerja & berpendapatan lumayan. Terlalu banyak nikmat berbanding saudara kita di negara2 lain yang ditindas, tiada kebebasan, dihimpit kebuluran, kemiskinan dll. Dan nikmat ISLAM itu adalah yang terbesar. Kita bebas mengamalkan agama ISLAM secara menyeluruh.
Gambar2 di atas diharap dapat menginsafkan kita utk BERSYUKUR di atas segala NIKMAT & RAHMAT yang ALLAH kurniakan. Wallahua’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan