.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

28 Ogos 2013

|AKU, NIQAB & MAHKAMAH TINGGI SYARIAH | Episod 2..




~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم



|AKU, NIQAB & MAHKAMAH TINGGI SYARIAH | Episod 2.. 

Chewah.. macam cerita dalam tv pulak..  Alhamdulillah.. Bangun pagi sahaja, sy tgk ada komen dr Tuan zainul.. "nanti ada masa saya kenalkan dgn pendakwa syarie tu".. Aku dengan tak semena-mena terus berkata "YES!" eh2.. Sepatutnya ucaplah Alhamdulillah... Bukannya YES.. Apa nak jadilah dengan ustazah kejayaan ni.. 

Tgk dari komen Tuan Zainul sy lihat ada sedikit harapan.. Walaupun tidak pasti bila, tidak kali ini, mungkin akan datang tapi sy yakin, pasti sy akan bertemu dengan pendakwa syarie itu.. Interesting kan.. hehe.. 

Haaa.. Nak tahu apa yang jadi pada Ustazah Kejayaan selepas dia join SPC? Jom sy sambung cerita .. 

___________________________________________________________

Selepas dari itu, Aku terus mencari segala maklumat berkaitan dengan SPC.. Aku cuba untuk usahakan sesuatu.. Mulai saat itu aku mula merancang.. 

Ya.. Ustazah Kejayaan selalu merancang.. Adakalanya dia gagal dalam perancangannya tapi ustazah kejayaan tidak pernah gagal dalam merancang.. Kerana baginya orang yang gagal dalam perancangan itu adalah biasa..tetapi orang yang gagal dalam merancang itu adalah luar biasa.. kerana dia merancang untuk gagal.. Orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa merancang untuk masa depannya.. 

Bermula tika itu, aku merancang segala startegi dan matlamat untuk memenuhi semua tanda tanya ku itu.. Aku mula berfikir segala cara bagi mencari jawapan itu.. 

Akhirnya selepas aku berjaya memohon untuk menyertai SPC.. Aku ditempatkan oleh Tuan Zainul disebuah firma guaman di kajang impian.. | Zuri & Co Peguam bela, Peguam Cara dan Peguam Syarie..| Inilah firma boss aku Tuan Zuri.. Disinilah aku memulakan segala perancanganku.. Dalam senyap aku memerhati keadaan sekeliling.. 

Hari pertama aku menjejakkan kaki ku di firma ini.. Aku bertemu dengan Kak elly dan Kak Maz.. Mereka sangat peramah.. melayan aku seperti adik dan anak.. Aku merasa cukup senang berada bersama mereka.. Mereka menerima aku seadanya.. Bermakna untuk permulaan ini aku merasa sedikit yakin.. Walaupun pada hakikatnya ada sedikit rasa takut.. 

Hari berikutnya aku bertemu dengan Tuan Zuri untuk melapor diri.. Pada mulanya ada sedikit risau.. Apakah penerimaan beliau terhadap diri ku.. Setelah lama berbual dan bertanya itu dan ini, aku merasa senang dengan beliau.. Bagiku beliau seorang yang sporting, mudah untuk dibawa berbincang, agak peramah walaupun aku jarang bercakap dengannya.. terkadang aku malu sebenarnya dengan beliau.. Bukan beliau sahaja, tapi sama dengan peguam yang lain.. Tapi aku sangat bersyukur ditempat di Zuri & Co.. 

Tiba hari yang dinantikan.. Aku dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.. Uji kaji ku bermula... Dengan langkah bismillah aku masuk ke bangunan Mahkamah.. Ku ingatkan makhamah syariah.. Rupa-rupanya Mahkamah Sivil.. Alahai... Ustazah Kejayaan salah masuk lorong...

Segera ku menelefon teksi.. "Assalamualaikum.. Boleh sy dapatkan teksi.. Sy berada di lobi Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin..Sy nak ke Mahkamah Tinggi Syariah di Hadapan Masjid.."

"Baik, sy akan hantar teksi kesana.."

Aku mula kehulur-kehilir.. Kegelisahan kerana sudah terlewat untuk sampai di mahkamah.. Segera aku menaip masej kepada Tuan Zuri.. Setibanya teksi di lobi, aku segera masuk dan meminta pemandu itu memecut sedikit.. Sampai sahaja di Mahkamah Tinggi Syariah, aku berlari menekan butang lift.. Tingkat 5..

DI hadapan Dewan 4, Aku melangkah masuk... Aku menarik niqabku.. Tunduk menghadap hakim Y.A Muhamad Fauzi.. Aku segera mencari kelibat Tuan Zuri.. Dalam hatiku berkata "Harap-haraplah Tuan Zuri tak marah.."

Aku pun duduk disebelah Tuan Zuri.. Tuan Zuri bertanya dengan tenangnya "Baru sampai ke?".. Aku menjawab "Ya".. Aku tunduk malu.. Semua peguam disebelah Tuan Zuri melihat kearahku.. Aku jadi tak senang duduk.. Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku tidak memakai niqab di dalam mahkamah.. Aku berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.. 

Aku mengikut seperti prosedur yang telah ditetapkan.. Bagi aku ianya sama dengan akad.. Apabila kita hendak melakukan suatu akad atau perjanjian, pastinya yang memakai niqab perlu membukanya untuk pengecaman.. Sama seperti mahkamah, apabila kita hendak menjadi saksi, membuat perbicaraan pastinya pengecaman itu perlu.. Supaya ianya lebih menguatkan bukti dan hujah yang ada.. 

Nombor kes disebutkan.. Tuan Zuri bangun kehadapan dan aku hanya duduk dibelakangnya melihat perjalanan kes.. Kes hadhanah anak angkat.. Aku sudah dapat meneka apa yang akan diperkatakan oleh hakim mengenai kes ini.. Sepanjang hakim bercakap dihadapan.. Semua peguam dan aku dibelakang mengangguk, mengiyakan apa yang diperkatakan oleh hakim.. Jangkaan aku tepat mengenai kes ini.. Setelah mendengar keputusan dari hakim, aku tersenyum dibelakang.. 

Selesai sahaja kes dibicarakan, aku turut bangun dan keluar dari dewan 4 mengikut Tuan Zuri.. Setelah berbincang dengan Tuan zuri beliau memberikan 2 pilihan.. pertama mengikutinya untuk pulang ke ofic tetapi aku perlu mengikutnya terlebih dahulu sebelum pulang.. Katanya ada meting dan sebagainya.. dan yang kedua stay di mahkamah untuk mendengar kes-kes yang dibicarakan.. Selepas itu aku terus pulang tanpa perlu pulang ke ofic.. 

Kepalaku ligat berpusing memikirkan pilihan mana yang harus ku buat.. tiba-tiba aku terfikir "Eh, uji kaij tak settle lg.. stay dulu la.. " 

"Baik tuan zuri, sy stay sini sahaja.. " selepas itu kami berpisah disitu.. Aku memulakan langkah kedua.." Tadi aku masuk dan buka niqab.. sebab aku duduk dihadapan bersama peguam.. Andai kata aku masuk tanpa menanggalkan niqab, apa yg terjadi??"

___________________________________________________________

|NIQAB..|

Dengan bismillah aku masuk kembali dewan 4 tanpa membuka niqab.. aku tunduk hormat kepada hakim.. Tunduk seperti yg dilakukan mengikut procedingnya.. Aku berjalan ke belakang.. Aku duduk dan mendengar kes yang dibicarakan seehingga selesai.. Pada ketika itu ada 12 kes yang dibicarakan.. Aku berjalan dan duduk dibelakang tanpa menanggalkan niqab.. Aku menantikan seaandainya aku akan ditegur atau ada seseorang yang akan memberikan isyarat supaya aku membuka niqab tetapi tiada.. 

Aku mula berfikir kembali.. 

Pada awalnya aku masuk dan menanggalkan niqab.. Tiada sebarang masalah yang timbul.. semuanya kerana aku mengikut seperti yang disuruh.. Kali kedua aku masuk aku tidak menangalkannya tetapi terus duduk dibahagian belakang.. Semuanya sama seprti awalnya.. tiada yang menegur juga..

Aku fikir mungkin tiada yang menegur kerana aku hanya dibelakang, dan duduk mendengar kes tanpa terlibat sedikit pun.. Mungkin aku perlu membukanya sekiranya aku terlibat penuh dalam mengendalikan kes yang dibicarakan.. atau menjadi saksi, pendakwa dan sebagainya.. Bagi aku perkara ini SELESAI.. Tiada masalah jika aku berniqab, cuma aku perlu membukanya andai ianya satu keperluan dan kemestian..

___________________________________________________________

|MAHKAMAH TINGGI SYARIAH| 

Sewaktu didalam mahkamah aku lihat pelbagai kes dibicarakan.. antaranya Harta sepencarian, permohonan daftar nikah, nikah tanpa wali, faraid, hadhanah anak angkat, harta pusaka dan lain-lain.. 

Kes yang menarik perhatianku adalah kes tuntutan harta sepencarian.. Dalam kes ini, pihak Plantif diwakili pihak peguam.. Manakala Defenden tidak diwakil oleh sesiapa pun.. Defenden seorang wanita.. Wanita yang ku lihat hanya biasa.. seperti orang yang tidak mempunyai apa-apa basic tentang undang-undang.. Apa yang membuatkan aku kagum adalah cara defenden itu menyoal pihak plantif... Defenden menyoal seolah-olah dia seperti seorang peguam.. bukan bekas isteri kepada pihak plantif.. 

"Setuju atau tidak jika saya katakan bahawa semua perbelanjaan membaiki, menambah barang dapur, dan sebagainya dibayar oleh defenden..?"

Wah.. dengan releks, tanpa gugup sedikit pun dia menyoal pihak plantif.. 

Bangun peguam plantif.. "Dengan izin Yang Arif, Sy bantah soalan ini!" 

Aku melihat mereka berhujah.. Ohh.. begini rupanya.. Dimana soal jawab itu dilakukan.. Bagaimana ianya dibantah.. Teringat aku ketika debat ala parlimen disekolah dahulu.. Ketika itu aku sedang berhujah.. persoalan yang berlegar ketika itu adalah mengenai isu murtad Lina Joy.. Tiba-tiba bangun pihak lawan memberikan izin laluan.. 

"Izin laluan Yang berhormat.."

Aku menjawab "Silakan.."

"Yang Berhormat, jika kita lihat, ayah kepada seorang anak bernama Lina Joy ini adalah seorang Imam.. bagaimana seorang anak boleh murtad jika bapanya seorang imam? Bukankah ini salah ibu bapanya sendiri.. Silakan jawab yang berhormat.. "

Aku menjawab "Yang Berhormat, Andai bapa seorang imam sekali pun.. Adakah sama iman seorang bapa dengan si anak? iman tak dapat dijual beli.. Fikir-fikrkan Yang berhormat.. "

Bangun lagi sekali pihak lawan bertanyakan soalan yang sama.. Aku jadi pening.. Apa tak faham ke pihak lawan ni.. 

Aku jawab dengan mudah "Yang berhormat, IMAN TAK DAPAT DIWARISI Yang Berhormat.. Faham ke tak?? Silakan duduk Yang berhormat!"

Aku senyum sendirian dibelakang apabila mengimbau kenangan-kenangan semasa debat dahulu.. Melihat kembali apa yang berlaku di dalam mahkamah, aku berfikir.. Tidak semestinya kita tidak mempunyai apa-apa basic tentang undang-undang kita tidak boleh menjadi peguam.. Apa yang perlu kita buat adalah belajar dan terus belajar.. 

Kata Tuan Zuri, kalau awk mahu teruskan minat kamu dalam undang-undang, kamu harus kuasai Bahasa Inggeri dan Bahasa Arab... Itu adalah item-item yang penting jika kamu ingin menjadi seorang peguam.. 

To be continue.. 

|AKU, NIQAB & PENDAKWA SYARIE ITU..|

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.