Yang bijak yang anggun
Yang tegas yang lembut
Dirimu pelengkap sifat wanita
Kesetiaanmu pada Uthman tiada tandingan
Wahai Srikandi Nai'lah Al-Farafishah
Engkaulah hiasan sebaik permata..
Nailah binti al-Farafishah adalah seorang wanita yng cukup cantik dan mempunyai akhlak yang tinggi. Dia adalah wanita yang petah berbicara, seorang sasterawan dan juga penyair. keistimewaan Nai'lah telah disampaikan oleh Said Al-Ash kepada khalifah Uthman bin Affan. Tanpa berlengah lagi Khaifah Uthman bin Affan telah mengutus surat kepada Said Al-Ashdan memintanya meminang Nai'lah bagi pihaknya. Maka Said pun melaksanakan. Tidak lama kemudian, perkahwinan antara Nai'lah dan Khalifah Uthman bin Affan pun berlaku.Yang tegas yang lembut
Dirimu pelengkap sifat wanita
Kesetiaanmu pada Uthman tiada tandingan
Wahai Srikandi Nai'lah Al-Farafishah
Engkaulah hiasan sebaik permata..
Saat itu Uthman bin Affan, menyambut Isteri terakhirnya itu, pada saat ia berusia 81 tahun sedangkan Nailah berusia 18 tahun.
Tanya Uthman.
“Apakah engkau tak keberatan menikah dengan seorang lelaki tua bangka?”
Nailah tersenyum sambil tertunduk malu ia berkata :
“saya termasuk wanita yang lebih suka memiliki suami yang lebih tua.”
“saya termasuk wanita yang lebih suka memiliki suami yang lebih tua.”
Jawab Uthman :
“Tapi aku telah jauh melampui ketuaanku?”
Nailah tersenyum dan berkata :
” Tapi masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah saw. Dan itu jauh aku lebih sukai dari segala-galanya.”
Nailah terkenal sebagai seorang wanita yang cantik dan pandai. Bijak dalam bermadah ,juga arif menyusun kata indah.Bahkan suaminya sendiri memujinya..
“Saya tidak menemui seorang wanita yang lebih sempurna akalnya dari dirinya. Saya tidak segan apabila ia mengalahkan akalku.” Subhanallah!
Mereka menikah di Madinah al-Munawwarah dan sejak itu Uthman kagum pada tutur kata dan keahlian Nailah dalam bidang sastera. Kerana cintanya, Uthman sangat suka untuk memberikan hadiah kepada istrinya itu. Mereka mempunyai satu orang anak perempuan, Maryan binti Ustman.Dia seorang wanita yang cantik dan akhlaknya,isteri Khlifah Uthman bin Affan.Seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat pada suami.Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy,mempunyai ayah penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu.Ini disebabkan kelebihan kecantikkan,kebijaksanaan,kefasihan lidahnya serta kematangan fikirannya.
Nailah hidup dirumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan.Ketika pengepungan selama 50 hari,rumah Khalifah Uthman, org yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah. Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.
Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu. Muhammad bin Abu Bakar yg mengetuai pembelotan itu. Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal. Khalifah menegurnya

"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku".
Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya. Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya.Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya. Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut. Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain. Muhammad mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya.Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup.
Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah,badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah. Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak. Ketika Uthman terbunuh, Nailah berkata,
“Sungguh kalian telah membunuhnya padahal ia telah menghidupkan malam dengan Al Qur’an dalam rangkaian rakaat.”
Setelah membunuh Khalifah Uthman, pemberontak itu cuba melarikan diri. Nai'lah mengejar sambil menjerit "Amirul Mukminin dibunuh orang!" "Amirul Mukminin dibunuh orang!".
Orang ramai yang sedang membenteng rumah Khalifah Uthman diluar segera memasuki rumahnya. Diantara mereka adalah hassan dan husain. Setelah memasuki rumah itu mereka mendapati Khalifah Uthman telah mati dibunuh dan mayatnya telah dipotong-potong.
Berita kematian Khalifah Uthman dibunuh pemberontak telah tersebar luas dengan begitu cepat sekali di seluruh kota madinah. Orang ramai terasa amat berdukacita. Bahang fitnah telah mulai dirasai dan tiada siapa yang tahu bagaimana untuk menjauhi peristiwa itu.
sesudah kematian khalifah, tiada siapayang berani hendak memandikan dan menguruskan jenazah Khalifah Uthman sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza. Mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang. Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah. Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam. Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam.

Sejak itulah Nai'lah telah memainkan peranannya dengan mengubah hala tuju gerakan Islam sesudah itu.
Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi :
"Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah".
Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya :
"Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?".
Lalu Nailah menjawab :
"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".
Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya.
Walaupun khalifah Uthman telah wafat, dia tetap setia kepadanya. Dia mengatakan " Demi Allah, aku tidak akan membenarkan lelaki lain menjamahku, ditempat yang dijamah oleh Khalifah Uthman sama sekali.!"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan