.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

30 Jun 2011

TAUBAT


Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya.

Agama Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari ampunan Allah, betapa pun dosa yang telah diperbuat manusia. Bahkan Nabi Muhammad telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."

"Daripada Abi Said al-Khudri r.anhu bahawa Nabi s.a.w bersabda:

"Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, lalu dia mencari seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang pendeta, dia terus berjumpa pendeta tersebut kemudian berkata: Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima? Pendeta tersebut menjawab: Tidak. Mendengar jawapan itu, dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang Ulama, dia terus berjumpa Ulama tersebut dan berkata: Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Ulama tersebut menjawab: Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan, kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t bersama mereka dan jangan pulang ke Negerimu kerana Negerimu adalah Negeri yang sangat hina. Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya. Malaikat Rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala Malaikat Azab pula berkata: Dia tidak pernah melakukan kebaikan. Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata: Ukurlah jarak di antara dua tempat. Mana yang lebih hampir, itulah tempatnya. Lantas mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat." (HR Muslim)


dalam hadis ini, beberapa iktibar boleh diambil :

1. Semua dosa kecuali syirik akan diampunkan oleh Allah. Maka jangan berputus asa dari rahmat Allah.

2. Dosa besar hanya akan diampunkan apabila bertaubat. Manakala dosa2 kecil boleh terhapus dengan istighfar dan membanyakkan amal ibadah.

3. Untuk menjadikan taubat lebih berkesan, perlu berhijrah daripada tempat yg biasa kita melakukan maksiat ke tempat orang2 soleh yang ramai melakukan amal kebaikan. Supaya suasana yg baik itu akan membentuk akhlak kita yg dah biasa dengan dosa.

4. Niat yg baik disertai dengan azam (seperti hadis di atas, pemuda itu dengan azam yg kuat melangkah kaki ke tempat yg ditunjuk oleh org alim tsb dengan niat nak bertaubat) dan amal yg baik akan mendapat keampunan dan ganjaran daripada Allah s.w.t.

5. Kebaikan itu pasti akan mengatasi kejahatan. Firman Allah s.wt. "Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat." (Hud : 114)

6. Taubat itu akan menghapuskan segala dosa2 yg lalu.

7. Jika ingin menuntut ilmu atau meminta nasihat, mintalah dari orang alim. Orang berilmu akan menunjukkan kita jalan yg betul. Jangan minta / berpegang pada pandangan orang jahil walaupun dia seorang yg kuat ibadah (dlm hadis tersebut digambarkan sebagai pendeta), kerana mereka akan memberi pandangan yang tidak berada dlm ilmu mereka (panduan emosi / akal semata2)...mereka itu akan sesat dan bakal menyesatkan orang lain.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa bertaubat sebelum matahari terbit dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya orang itu." (Riwayat Muslim)

Keterangan:

Uraian dalam hadits di atas sesuai dengan firm...an Allah dalam al-Quran al-Karim, surat Nisa', ayat 18 yang berbunyi: "Taubat itu tidaklah diterima bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan, sehingga di kala salah seorang dari mereka itu telah didatangi kematian -sudah dekat ajalnya dan ruhnya sudah di kerongkongan- tiba-tiba ia mengatakan: "Aku sekarang bertaubat."..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.