~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~
السلام عليكم
AllahuAkhbar..
Mohon agar dilimpahkan seribu satu rahmat, keberkatan, kesabaran dan ketabahan dalam menempuh ujian hidup.. Hidup ini bagaikan roda, terkadang diatas, terkadang dibawah.. Kita tidak akan dapat mengetahui apa yang bakal kita lalui.. Sama ada susah atau senang.. Apabila kurang rasa bersyukur, kita akan lupa tentang segalanya. Lupa daripada mana datangnya NIKMAT, KEBAHAGIAAN, dan jua KESUSAHAN.
Hari ini saya merasakan bahawa hati saya terluka, terguris, terhiris.. lebih mudah mereka menafsirkan "TOCHING" tetapi saya tidak mengetahui bahawa hari-hari yang sebelumnya masih ramai yang terluka dengan saya..
Saya tidak tahu mengapa saya ingin menulis sebegini, mungkin kerana terasa atau "touching". Maaf buat sahabat sekalian andai ada yang terluka sepanjang mengenali saya. Tiada niat untuk menyinggung hati sesiapa pun. Mungkin semua ini adalah kerana kekhilafan saya sebagai manusia. Tiada manusia yang sempurna, begitu juga saya. Saya dilahirkan sebagai manusia biasa, yang mempunyai banyak dosa terhadap sahabat yang lain.
Andai kehadiran saya selama ini banyak menyinggung perasaan sahabat sekalian, saya memohon jutaan kemaafan. Tiada yang mampu saya ucapakn melainkan ucapan maaf.
"Diam itu lebih baik daripada banyak bicara kerana ditakuti akan menyinggung perasaan seseorang"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan