.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

11 Mei 2011

.: Gangguan Jin dan Sihir :. SIRI 3

Sintom

Sintom gangguan jin dan sihir adalah banyak dan berbeza di antara pesakit-pesakit dan jenis-jenis gangguan. Kebanyakan sintom yang di beritahu oleh pesakit-pesakit kepada penulis adalah seperti:

1. Sakit anggota badan:

a. Sakit pada anggota badan tertentu seperti di tengkok, kepala, bahu, pinggang, tulang belakang. tulang belikat, sendi-sendi, tangan, kaki, rahim, dada, perut, tapak kaki dan sebagainya. Sakitnya seperti dicucuk jarum atau bisa atau pun lengoh, atau panas pijar seperti terkena lada. Kadang kala kepala terasa dicengkam dan leher terasa dicekik.

b. Sakit menyeluroh daripada dua hujung kaki hingga ke kepala, kadang-kadang sakit itu berpindah atau berjalan dari setempat ke setempat, contohnya hari ini sakit di bahagian kaki dan esoknya sakit di bahagian bahu dan lengan.

c. Sakit di bahagian kepala - bisa dan pening. Ada pesakit merasa macam keadaan mabuk dan tak stabil. Berdiri dengan keadaan tidak stabil seolah-olah mabuk laut.

d. Perut kembung tanpa sebab dan diikuti dengan sesak nafas.

2. Gangguan emosi iaitu rasa resah dan gelisah yang berpanjangan, tidak senang duduk atau berdiri, semua yang dilakukan tidak menjadi, rasa malas dan letih badan. Dada rasa sebak, berdebar-debar, dan rasa sedih atau rasa marah saling berganti tanpa rasa sebab yang jelas. Dalam istilah perubatan "mood swing". Hati rasa tak tenang dan kadang kala berdebar tanpa sebab.

3. Gangguan pemikiran. Fikiran bercelaru dan berserabut dan tidak fokus atau tidak dapat menumpukan perhatian. Rasa hilang kawalan diri (lost self confidence) pada waktu-waktu tertentu seperti ketika mesyuarat, atau berada di hadapan orang ramai. Kadang-kadang pesakit akan merasa mengantuk yang berpanjangan walaupun sudah cukup tidur semalaman. Keadaan mengantuk ini akan menggangu pesakit terutama apabila pesakit hendak melakukan ibadah seperti solat, mangaji Al-Quran atau berzikir.

4. Perasaan cepat marah tanpa sebab yang jelas. Melihat orang lain dengan pandangan yang tidak menyenangkan, seolah-olah dunia ini di rasakan begitu sempit. Pesakit akan merasa semua orang memandangnya dengan pandangan buruk.

5. Pesakit rasa putus asa untuk hidup. Timbul rasa gelisah dan sedih berpanjangan. Tekanan jiwa yang berpanjangan mengakibatkan pesakit itu berada dalam "depression". Ada ketika timbul dorongan untuk membunuh diri.

6. Perasaan takut atau fobia (phobia) seperti tidak boleh berada di khalayak ramai, tidak boleh menaiki kenderaan seperti kapal terbang atau kereta, atau tidak boleh menaiki lif di banggunan tinggi, tidak boleh bersendirian di dalam rumah atau bilik, takut untuk bersemuka dengan sahabat atau sesiapa sahaja.

7. Gangguan tidur - tidur tak lena, mimpi-mimpi yang menakutkan dan cemas, terjaga tidur ditengah malam. Suatu ketika dahulu penulis pernah bertemu dengan seorang pesakit yang tidur pada siang hari dan hanya berjaga dari jam 12 malam hingga 6 pagi.

8. Gangguan ketika beribadah iaitu ketika solat, membaca Al-Quran atau berzikir. Pesakit-pesakit kadang kala langsung tidak dapat mengingati doa-doa atau ayat Al-Quran yang dihafal. Kadang-kala pesakit tidak boleh mendengar azan atau bacaan ayat-ayat Al-Quran, dan apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran, badan pesakit merasa menggeletar dan timbul perasaan rasa pilu dan sedih.

9. Suka mengelamun dan mengurung diri dalam bilik, tidak peduli makan dan minum, pakaian dan kebersihan diri. Pesakit selalu bercakap besendirian atau kelihatan bercakap dengan seseorang. Pada masa tertentu pesakit akan menjadi agresif dan berkelakuan ganas. Tabiat asalnya berubah. Apabila ditanya sesuatu terutamanya berkenaan dirinya, ia kelihatan terperanjat, seolah-olah baru bangun dari tidur, atau pun baru sedar dari mengelamun. Ketika ini pesakit mungkin kelihatan kembali normal, tetapi kembali kepada keadaan asal tidal lama selepas itu atau selepas ditinggalkan bersendirian.

10. Terdengar suara memanggil nama atau memberi salam. Ternampak bayangan atau imbasan bentuk lembaga seketika sahaja.

11. Berlaku kejadian-kejadian ganjil seperti bunyi suis lampu dinyalakan, paip air dibuka, bunyi tingkap atau pintu rumah dibuka atau ditutup, bunyi orang berlari atau berjalan didalam rumah siang hari atau waktu malam, bunyi orang naik tangga rumah dan sebagainya. Penulis pernah diberitahu situasi dimana lampu bilek menyala dengan sendiri, pair mengeluarkan air dan tutup dengan sendiri, alat komputer dinyalakan dengan sendiri dan sebagainya. Penulis pernah pergi ke satu pejabat dimana lampu dan alat-alat mesin dan instrument di pejabat itu dinyalakan dengan sendiri dari bilek kawalan yang kosong.

12. Terhidu bau yang tidak tahu dari mana punca seperti bau sampah, bangkai, darah, bau kemenyan atau bau wangi. Bau ini hanya dapat dihidu oleh pesakit atau orang-orang tertentu sahaja.

13. Pesakit dirasuk. Di sini jin atau syaitan/iblis akan menguasai pemikiran dan diri pesakit atau jin itu akan meresap kedalam diri pesakit. Bila dirasuk, pesakit mengeluarkan suara yang lain daripada yang asal, dan berbicara dengan bahasa yang tidak diketahui oleh tuan punya badan. Pesakit akan jadi agresif dan melawan sesiapa yang ada didepannya. Apabila sedar, pesakit tidak tahu apa yang telah berlaku keatas dirinya. Pernah penulis berhadapan dengan seorang pesakit perempuan tua berumur tujuh puluhan apabila dirasuk, pesakit berbicara dengan bahasa Thai (Siam) dan kemudian bersilat ala Thai (tomoi).

14. Reaksi atau tindak balas anggota badan pesakit apabila terkena gangguan jin atau sihir atau apabila dirasuk. Di antara reaksinya ialah perjalanan darah menjadi lebih kencang atau menjadi tidak normal atau tekanan darah naik tanpa sebab, menggeletar kedua-dua belah tangan atau jari-jari, memejamkan mata bersangatan, menjerit atau menjadi marah, menangis, sayu, ketawa atau mengilai, mengadu sakit, menguap berulang kali, sendawa, atau mengeluarkan angin dari mulut seperti hendak muntah, terasa sesuatu yang berjalan didalam tubuh dan sakit bahagian perut atau rahim.

15. Gangguan jin dan sihir juga boleh melemahkan atau memerangsangkan gelora nafsu dan tenaga batin seseorang. Ramai dikalangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan meruntuhkan rumah tangga mereka. Kadang kala apabila gelora nafsu di rangsang oleh makhluk halus ini, menyebabkan seseorang itu terdorong melakukan kejahatan di luar ikhtiar diri, seperti berzina dan sebagainya.

16. Bayi kecil yang mengalami sawan tangis. Sakit sawan tangis ini berpunca dari gangguan makhluk halus yang menyebabkan sakit di bahagian perut bayi. Kebiasaannya bayi akan mengalami kembung perut (colic pain) dan sakit yang teramat sangat. Kebiasaannya selepas dirawati dengan mengeluarkan makhluk halus dari badan bayi tersebut, perut kembung akan pulih seperti sediakala.

17. Penderitaan dan halangan. Selain dari penderitaan fizikal tubuh badan seperti yang telah dijelaskan, gangguan jin dan sihir boleh menyebabkan pelbagai masalah di luar jangkaan, seperti perkerjaan atau perniagan yang tidak menjadi. Kedai makanan yang tidak dimasuki pelanggan, rasa benci atau tidak suka pergi ke tempat kerja, anak-anak yang rajin belajar tiba-tiba menjadi malas dan tak berminat untuk pergi bersekolah dan seterusnya berhenti bersekolah. Semua usaha mencari rezeki terhalang. Ketika hendak berkerja, ada sahaja yang menghalang. Fikiran rasa sempit dan binggung dan tidak tahu menjalankan tugas. Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja manakala pegawai atasannya sering mencari-cari kesalahan. Sihir juga boleh menyebabkan hidup terpulau, dibenci oleh keluarga, ipar duai, mertua, adik beradik dan suami isteri.



.: Gangguan Jin dan Sihir :. SIRI 2

Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Terdapat 5 jenis punca gangguan jin yang dikenal pasti oleh penulis.

1. Gangguan jin akibat perbuatan sihir. Di sini makhluk jin memasuki badan manusia bertujuan untuk menyakitkan tubuh fizikal dan gangguan emosi dan mental seseorang. Ilmu-ilmu sihir dan ilmu santau banyak menggunakan jin sebagai medium perantaraan diantara tukang-tukang sihir dan mangsa yang kena sihir. Disini tukang sihir akan mengarahkan atau menyuruh jin-jin yang dibawah kuasa mereka untuk membawa benda-benda sihir atau racun-racun santau kedalam badan pesakit bertujuan untuk menyakitkan seseorang itu.

2. Gangguan jin keatas tubuh seseorang akibat kelemahan iman atau lemah ketahanan diri atau lemah semangat seseorang itu. Roh yang sakit atau lemah akibat iman yang lemah kerana ingkar mengikut perintah Allah, atau banyak melakukan dosa dan maksiat, meninggalkan sembahyang, minum arak atau melakukan penzinaan, ini menyebabkan sesaorang itu senang untuk di dampingi oleh makhluk-makhluk halus. Usia yang lanjut bukan faktor yang utama membolehkan makhluk-makhluk jin tersebut menyerang manusia kerana ketahanan diri yang sebenarnya terletak kepada kekuatan iman yang membentuk kekuatan roh. Kekuatan inilah yang menjadi benteng utama bagi pertahanan diri kepada gangguan jin-jin dalam kehidupan seharian atau ketika sakaratul maut.

3. Gangguan jin akibat amalan seseorang itu memuja jin-jin dengan sengaja atau pun tidak sengaja seperti dilakukan ketika membaca jampi, mentera atau serapah. Mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin, seperti amalan kebatinan mempertahankan diri, ilmu kebal, susuk, ilmu yang berkaitan dengan permainan teater tradisional atau berubat dengan bomoh/pawang/tukang ubat yang pada hakikatnya berdampingan dengan jin-jin atau roh-roh sesat.

4. Gangguan jin terhadap pesakit terencat akal semenjak lahir. Anak-anak yang mengalami penyakit terencat akal selalunya diganggu oleh makhluk halus. Ini disebabkan daya pertahanan mereka lemah kerana tidak kesempurnaan akal pemikiran mereka. Disini jin dan syaitan mudah mengambil kesempatan untuk menguasai tubuh badan mereka. Dari pengalaman penulis, kebanyakkan pesakit yang menghadapi penyakit terencat akal (contohnya anak-anak down syndrome) terdapat gangguan jin didalam tubuh badan terutama dibahagian otak dan urat saraf.

5. Penyakit fizikal yang disebabkan oleh gangguan jin. Terdapat beberapa jenis penyakit fizikal seperti stroke (sakit angin ahmar), sakit buah pinggang (nephronic syndrome)dan penyakit SLE, sakit cancer seperti busong yang berpunca dari gangguan sejenis jin yang telah dikenal pasti oleh penulis. Punca penyakit-penyakit ini adalah kerana gangguan makhluk halus yang memasuki tubuh badan pesakit dan menyerang anggota-anggota badan yang tertentu seperti otak, buah pinggang, urat saraf dan sebagainya.

6. Gangguan saka ialah gangguan jin yang datang dari asalnya dibela oleh keterunan keluarga pesakit. Saka bererti bahawa salah seorang daripada keterunan teratas pesakit seperti datuk, nenek, ibu atau bapa yang mempunyai atau mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin atau bantuan-bantuan jin. Jin-jin ini akan berpindah kepada keterunan yang berikutnya apabila waris yang asal meninggal dunia. Ini berlaku apabila waris yang mati itu tidak sempat membuang ilmu yang diamalkan atau tidak membebaskan jin-jin yang mendampingnya sebelum waris itu meninggal dunia.

.: Gangguan Jin dan Sihir :. SIRI 1

PENGENALAN

Al-Quran memperakui adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin adalah iblis dan syaitan. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin lebih awal daripada Adam. Gangguan jin-jin terhadap manusia adalah suatu hakikat yg tidak dapat kita nafikan. Allah s.w.t menjadikan makhluk jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dengan cepat kerana jasadnya yang halus. Kerana itu, mereka berupaya menyakiti manusia dengan memasuki kedalam badan manusia melalui cara halus. Jin-jin ini Allah jadikan di dalam berbagai bentuk, ada yang besar, tinggi, rendah, kecil dan sebagainya. Tetapi Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk mengecilkan jasad mereka dan memasuki tubuh badan manusia.

Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasuallah s.a.w. ada bersabda: Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Apabila jin-jin ini memasuki ke dalam badan manusia, ia selalunya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin ini akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu menghidap sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosi mereka terganggu, dan kadang-kala "anxiety level" mereka sangat tinggi. Bila fikiran mereka terganggu ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau "depression". Selain dari itu gangguan kepada urat saraf ini juga mengakibatkan rasa sakit kepada bahagian pinggang, otot-otot, tengkuk, bahu, sendi-sendi, rahim, perut dan kadang kala mengganggu sistem pernafasan seseorang itu.

Berapa banyak jin berada di dalam badan pesakit terpulang kepada komplikasi dan jenis-jenis sihir yang ditujukan kepada pesakit. Penulis pernah berjumpa dengan pesakit yang mempunyai lebih dari 80 jin dalam badan pesakit. Lebih banyak jin di dalam badan pesakit, maka lebih banyak komplikasi atau rasa sakit yang dirasai oleh pesakit itu. Kebanyakkan pesakit yang sakit gangguan sihir mempunyai 5 hingga 20 jin dalam badan mereka. Makin lama jin itu berada di dalam badan pesakit, mereka boleh beranak pinak dan jumlah dan bilangan akan bertambah.

08 Mei 2011

Lathifah As Suri isteri As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.

Lathifah As Suri merupakan isteri kepada As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Ia berada disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahwa ia memerlukan seorang muslimah yang kuat, yang tidak berputus asa dan gentar dengan segala halangan dan rintangan dalam berdakwah.

Tidak mudah untuk menjadi istri kepada Hasan Al Banna. Seseorang yang setiap detik kehidupannya sarat dengan kegiatan dakwah. Di pagi hari dia sudah bergegas untuk memulai berdakwah dan kembali pulang di gelap malam. hendaklah pasti beliau adalah seorang muslimah sejati, yang mana mampu mengisi setiap kekosongan yang ditinggalkan oleh Imam Syahid Al Banna.

Perjuangan Imam Syahid bukanlah suatu hal mainan, bukan hanya sekadar dakwah seperti kebanyakan orang pada ketika itu. Bukan hanya sekadar membangunkan rumah papan. Imam syahid tengah dan hendak membangun sebuah peradaban. Dan ia percaya, peradaban tak akan pernah terwujud, tanpa seseorang yang ia yakini kesejatiannya.

Maka siapapun -pendampingnya- harus menyedari bahwa tanggungjawabnya ada amanah yang sama besarnya dengan yang dipikul oleh Imam Syahid. Maka pertemuan diyakini menjadi suatu hal yang mahal bagi Imam Syahid dan istrinya.

Sejak awal pernikahan, Lathifah sudah menyedari bahwa beliau harus bersiap sedia jika pada waktu-waktu tertentu dia harus menjalani hidup sendiri tanpa Imam Syahid, tempat berlabuh hidup dan cintanya.

Dakwah Ikhwah yang dipimpin oleh suaminya banyak memikul risiko yang bukan main-main. Penjara bahkan nyawa menjadi konsekuensi logis.Tanpa diminta, Lathifah sudah tahu dan mengerti bagaimana ia harus menempatkan dirinya. Ia memutuskan menutup seluruh aktivitas luarnya. Hanya satu yang ia curahkan, jihad utamanya adalah dilingkup rumahnya sendiri. Mengurus rumah tangga dan membesarkan anak-anak mereka berdua adalah dua hal yang tidak kalah pentingnya dengan yang dilakukan oleh Hasan Al Banna.

Sebelum menikah dengan Hasan Al Banna, Lathifah berasal dari keluarga yang taat beragama. Hingga tak hairan jika ia menyedari betul tuntutan hidup menjadi istri seorang pendakwah. Malam, ia harus rela untuk terbangun menyambut kepulangan suaminya. Walau tak jarang Imam Syahid berlaku sangat hati-hati, bahkan hanya untuk membuka pintu rumahnya sekalipun. Jauh dilubuk hatinya, Imam Syahid tidak ingin mengganggu tidur bidadari terkasihnya yang telah seharian mengurus rumah dan anak-anak mereka berdua.

Imam Syahid bahkan tak segan untuk menyiapkan makan malam untuk dirinya sendiri.Lathifah tidak pernah mengeluh, walau sehari-harinya hanya ia habiskan seputar rumah dan rumah saja. Ia tidak pernah meminta lebih kepada Imam Syahid. Padahal, Lathifah pun -berlepas diri dari ia seorang istri Imam Syahid- menyimpan banyak potensi. Anak-anak mereka yang berjumlah enam orang sesungguhnya adalah pencurahan penumpuannya menjalani hidup. Satu-satunya yang pernah membuat dirinya kaku terkejut adalah, ketika salah satu anak mereka sakit yang amatnya dan Imam Syahid harus tetap menjalankan jihadnya.

Sejak dini, Lathifah menanamkan wawasan keislaman kepada anak-anaknya. Mendorong mereka untuk membaca, sehingga dalam hidupnya mereka tidak terpengaruh dengan seruan-seruan destruktif. Ketika Imam Syahid bolak-balik keluar penjara, Lathifah berusaha bersabar dan komitmen. Lathifah sangat menyadari peranan dan kewajiban asasi seorang wanita sebagai istri dan ibu bagi anak-anaknya. Ia kosongkan waktunya untuk mendidik anak2nya. Ia bahagia melihat anak-anaknya berjaya dalam hal akhlak dan amal. Ini tak mungkin terjadi jika seorang ibu sibuk di luar rumah. Seorang anak tidak mungkin belajar tentang akhlak dan amal dari orang selain ibunya.

Ketika Hasan Al-Banna syahid, anak-anaknya belumlah dewasa. Lathifah tidak lmudah menyerah kalah. Tak ada kesah ataupun ketakutan dalam hatinya. Ia sangat memelihara apa yang dikehendaki oleh arwah suaminya. Ia tetap berlaku didalam rumah. Lathifah tidak meremehkan hudud (batasan) yang Allah tentukan. Karenanya, tak heran diantara anak-anaknya tidak ada ikhtilat (percampuran) antara anak-anaknya dan sepupunya yang berlainan jenis. Tidak ada yang berubah dirumah itu, apa yang Imam Syahid inginkan berlaku dikeluarganya masih tetap di pegang teguh oleh Lathifah.. Sendirian, ia besarkan keenam anaknya. Dirumahnya kini ia mempunyai tugas tambahan, yaitu memperdalam wawasan keislamannya. Yang dimaksud dengan wawasan keislamannya adalah membaca Al-Quran dengan tafsirnya, mempelajari Sunnah Rasulullah SAW, haditsnya dilanjutkan dengan usaha kuat untuk menerapkannya. LAthifah juga masih menyempatkan diri mempelajari sejarah para salafussalih dan berita seputar dunia Islam. Lathifah menyadari menyepelekan masalah ini akan memunculkan persoalan serius. Seorang yang tidak menambah pengetahuan keislamannya, akan merasa sulit untuk bangga dengan keagungan dan kebesaran Islam. Dengan melalui pemahaman keislaman yang baik, seorang wanita akan menyadari betapa penting perannya terhadap keluarga dan masyarakat.”

Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang. Semua anaknya berjaya meraih predikat formal dalam pendidikan ilmiah. Yang sulung, bernama Wafa-menjadi istri Dr.Said Ramadhan. Kedua Ahmad Saiful Islam, kini sebagai sekjen advokat di Mesir. Ia juga pernah duduk di parlimen. Ketiga bernama Tsana, kini sebagai dosen di Universiti Kairo. Kelima Roja, kini menjadi doktor. Dan Halah sebagai dosen kedoktoran anak di Universiti Azhar. Dan terakhir, Istisyhad sebagai doktor ekonomi Islam. Semuanya itu sebagai bukti, betapa berartinya seorang Ibu bagi keberhasilan dakwah sang suami.

Selain juga untuk anak-anaknya, tentu Sekadar info tambahan:Hasan Al Banna syahid diusianya yang masih muda, sekitar 40 -an. Setelah seberondong timah panas ditembakkan oleh musuh-musuh Islam di sebuah jalan di Kairo.Sebenarnya Hasan Al Banna masih boleh diselamatkan, tapi karena konspirasi politik para musuh Islam yang dipimpin oleh sang pengkhianat laknatullah Gamal Abden Naser, membuat tubuh Hasan Al Banna yang sedang sekarat dibiarkan tak berdaya, tanpa bantuan dari siapapun juga, termasuk doktor-doktor di Rumah Sakit.

Akhirnya sang pendiri Ikhwanul Muslimun itu pun syahid menemui kekasih tercintanya, Rabbnya.Musuh- musuh Islam pun banyak yang tertawa dan berpesta dengan syahidnya sang Imam, tapi sesungguhnya Hasan Al Banna tidak pernah pergi meninggalkan pengikutnya. Allah terlalu mencintai hamba-Nya yang satu ini, sehingga memanggilnya terlebih dahulu. Hal yang memilukan adalah, meskipun Ikhwanul Muslimun mempunyai puluhan ribu pengikut, tapi tak seorangpun yang diizinkan untuk mensolati jenazah beliau, kecuali ayahnya yang sudah uzur, saudara perempuan dan istrinya.


KEPASRAHAN RUMAISA BINTI MALHAN


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

Sebelum Islam tersebar di kota Madinah, Rumaisa binti malhan sudah terlebih dahulu terkenal dengan kebijaksanaan, ketegasan dan tidak mudah bergantung kepada orang lain. Dia dikenali dengan pelbagai namaseperti Sahlah, Ramlah, Rumaisah, Mulaikha dan Ghumaysa. Nama penuhnya Ummi Sulaim binti Malhan bin Khalid bin Zaid bin Hizam bin jundub bin Amir bin Ghunm bin Adiy bin An-Najjar.

Ummi Sulaim adalah isteri kepada Malik bin An-Nadr. Mereka mempunyai putera iaitu Anas ibn Malik, sla seorang sahabat karib Rasulullah S.A.W. Beliau adalah wanita-wanita terawal memeluk Islam. setelah memeluk islam beliau telah mengajak suaminya malik untuk turut sama beriman kepada agama baru ini tetapi ajakannya ditolak. Malik marah kerananya, kemudian dia meninggalkan Ummu Sulaim dan pergi ke Syam, di sanalah Malik menemui ajal.

Ummu Sulaim menjanda, karena kemuliaannya dan keluhurannya, tidak sedikit hati laki-laki yang berhasrat menikahinya, salah satunya adalah pemanah ulung kota Yatsrib –nama lama Madinah- Abu Thalhah.

Abu Thalhah datang melamar Ummu Sulaim. Ummu Sulaim menjawab,

“Wahai Abu Thalhah, orang sepertimu tidak pantas ditolak, sayang engkau kafir dan aku seorang muslimah, aku tidak mungkin menikah denganmu.”

Abu Thalhah menjawab, “Bukan itu maksudmu kan?”

Ummu Sulaim berkata, “Lalu apa maksudku?”

Abu Thalhah menjawab, “Emas dan perak, kamu memilih orang yang beremas dan berperak lebih dariku” Ummu Sulaim berkata, “Aku tidak berharap emas dan perak, aku ingin Islam darimu. Jika kamu masuk Islam maka itulah maharku, aku tidak minta yang lain.” Abu Thalhah menjawab, “Siapa yang menunjukkan Islam kepadaku?” Ummu Sulaim menjawab, “Rasulullah saw.”

Berangkatlah Abu Thalhah menuju Rasulullah saw, pada saat itu beliau sedang duduk bersama para sahabat. Manakala beliau melihatnya beliau berkata, “Abu Thalhah datang, terlihat cahaya Islam di kedua matanya.” Abu Thalhah menyampaikan apa yang diucapkan oleh Ummu Sulaim. Seterusnya Abu Thalhah menikahinya dengan maskawin keislamannya. Tsabit – Al-Bunani rawi kisah ini dari Anas – berkata, “Kami tidak mengetahui mahar yang lebih agung darinya. Dia rela Islam sebagai maharnya.”

Abu Thalhah menikahi Ummu Sulaim, seorang wanita yang bermata indah lagi sipit. Dari pernikahan ini Ummu Sulaim melahirkan seorang anak yang begitu dicintai oleh ayahnya, Abu Thalhah.

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Anas berkata, anak laki-laki Abu Thalhah sakit, Abu Thalhah keluar dan anak tersebut wafat, ketika Abu Thalhah pulang, dia bertanya, “”Bagaimana anakku?” Ummu Sulaim, ibu anak itu menjawab, “Wahai Abu Thalhah, sejak dia sakit dia tidak pernah setenang seperti sekarang.”

Ummu Sulaim menyiapkan makan malam, Abu Thalhah menyantapnya, setelah itu Abu Thalhah menggauli istrinya, setelahnya Ummu Sulaim berkata, “Kuburkanlah anak ini.” Di pagi hari Abu Thalhah datang kepada Nabi saw, beliau bertanya, “Apakah semalam kamu berhubungan?” Abu Thalhah menjawab, “Ya.” Nabi saw bersabda, “Ya Allah, berkahilah keduanya.” Maka Ummu Sulaim melahirkan seorang anak laki-laki. Abu Thalhah berkata kepadaku, “Bawalah adikmu ini kepada Nabi saw.” Sambil memberikan beberapa butir kurma. Nabi saw bertanya kepada Anas, “Ada sesuatu bersamanya?” Anas menjawab, “Ada beberapa butir kurma.” Lalu Nabi saw mengambilnya dan mengunyahnya lalu meletakkannya di mulut anak itu, beliau mentahniknya dan menamakannya Abdullah.

Dalam sebuah riwayat al-Bukhari, Ibnu Uyainah berkata, seorang laki-laki Anshar berkata, “Aku melihat sepuluh anak, semuanya hafal al-Qur`an.” Yakni anak Abdullah bin Abu Thalhah.

Dalam riwayat Muslim, anak Abu Thalhah dari Ummu Sulaim wafat, Ummu Sulaim berkata kepada keluarganya, “Jangan menyampaikan kepada Abu Thalhah, biarkan aku sendiri yang berbicara.” Abu Thalhah pulang, Ummu Sulaim menghidangkan makan malam, Abu Thalhah makan dan minum, kemudian Ummu Sulaim berhias untuknya sebaik-baiknya seperti yang dia lakukan sebelumnya, maka Abu Thalhah mendatanginya, setelah Abu Thalhah kenyang dan mendapatkan keinginannya, Ummu Sulaim berkata, “Wahai Abu Thalhah, menurutmu seandainya ada suatu kaum yang meminjam sesuatu, lalu pemiliknya memintanya, apakah mereka berhak menahannya?” Abu Thalhah menjawab, “Tidak.” Ummu Sulaim berkata, “Memohonlah pahala kepada Allah dengan kematian anakmu.”

Abu Thalhah marah dan berkata, “Kamu membiarkanku sampai aku terkotori oleh perbuatan ini kemudian kamu mengatakan tentang anakku?” Abu Thalhah mendatangi Rasulullah saw dan menyampaikan apa yang terjadi. Rasulullah saw bersabda, “Semoga Allah memberkahi malam kalian berdua.” Dia berkata, maka Ummu Sulaim hamil.

Dia berkata, Rasulullah saw sedang dalam perjalanan, Abu Thalhah dengan Ummu Sulaim termasuk di dalam rombongan, Rasulullah saw sendiri pada saat pulang ke Madinan dari suatu perjalanan beliau tidak pernah masuk kota di waktu malam, rombongan telah mendekati Madinah, Ummu Sulaim merasakan tanda-tanda persalinan, akibatnya Abu Thalhah sibuk mengurusinya, padahal Rasulullah saw terus berjalan.

Abu Thalhah berkata, “Ya Rabbi, Engkau mengetahui bahwa aku menyukai berangkat bersama Rasulullah saw jika beliau berangkat dan pulang jika beliau pulang, padahal saat ini aku tertahan karena sesuatu yang telah Engkau ketahui.” Ummu Sulaim berkata, “Wahai Abu Thalhah, apa yang aku rasakan telah hilang, kita berjalan.” Ummu Sulaim melahirkan pada saat tiba di Madinah, bayinya laki-laki. Maka ibuku berkata kepadaku, “Wahai Anas, bawalah dia kepada Rasulullah saw sebelum dia disusui oleh seseorang.” di pagi hari aku membawanya kepada Rasulullah saw ..

Bidadari Syurga




~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~


السلام عليكم

Siti Hajar
Ketika anak meraungkan tangisan,
hati ibu tidak keruan
Berlarilah Hajar dari Safa ke Marwah
Mencari petunjuk bantuan Allah
Hentakan kaki menerbitkan air Penghilang dahaga dan kering bibir Hajar..
hikayatmu merentasi kurun Menjadi ingatan turun temurun

Maryam
Akan tumbuhkah benih tanpa air yang menyiram?
Akan mekarkah bunga tanpa cahaya suria?
Maryam..engkau menjadi pilihan Allah
Membuktikan kudratNya yang Maha Kuasa

Aminah Binti Wahab
Semulia-mulia rahim yang mengandungkan bayinya
Semulia-mulia wanita yang mengandungkan rahmat
Tidak akan terulang lagi di dalam hikayat Kisah laksana
Aminah Binti Wahab Ibu pembawa berkat

Siti Khadijah binti Khuwailid
Ketika dia keseorangan,
engkau menjadi teman Ketika dia disisihkan,
engkau setia di sisinya Ketika dia terbuang,
engkau tetap menyayanginya Ketika dia kebuntuan,
engkau menjadi penunjuk jalan Wahai Khadijah…
Cintamu menjadi lagenda...

Saudah binti Zam’ah
Wahai Saudah
Kau utamakan yang lebih utama di hati Baginda
Walau dirimu berendam air mata
“Wahai Rasulullah,
biarkanlah aku terus menjadi isterimu kerana kedudukan itu lebih mulia dari seorang janda”

Siti Aisyah binti Abu Bakar
Khabar al-ifqi titik pemula
telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu ummahatul mukminin
Yang setanding al-mukatsirin

Hafsah binti Umar
Hafsah..
Dalam kelemahan sebagai manusia
Masih ada ruang memohon ampunNya
Kau satukan helaian wahyu Kalimah yg agung,
Menjadi lembar pedoman turun temurun

Zhainab binti Khuzaimah
Wahai ibu orang-orang miskin
Hatimu diciptakan Allah terlalu belas Kasihmu
tertumpah pada yang fakir
Simpatimu terlimpah pada yang daif

Ummi Salamah
Isteri cerdik yang solehah Penyejuk mata..
Penawar hati..Penenang fikiran Di rumah dia isteri..
Di jalanan dia kawan Sewaktu kita buntu..
Dia, penunjuk jalan..

Ramlah binti Abu Sufyan
Iman dan takwa ini begitu menusuk jiwanya
Hingga pujukan ayahnya gagal melenturkan hatinya
Ayahnya Musyrik..
Suaminya Nasrani..
Wahai Ramlah, kesabaranmu diganjar Allah
Ayahmu menjadi muslim Dan
suamimu kini Rasulullah SAW

Zainab binti Muhammad SAW
Di kiri kekufuran di kanannya iman
Disisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan diantara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi puteri Rasulullah
Ketika suamimu masih jahiliah

Siti Fatimah Az-Zahra
Dia bagaikan wangian bunga dari syurga
Mekar di hati ayahanda,
harum di hati umatnya
Siapa yang menginginkan pasangan semulia Ali
Jadilah bunga seindah Siti Fatimah Az-Zahra

Ratu Balqis
Mana lagi nak ditemu hikayat
Kisah Balqis dan Nabi Sulaiman
Disinarkan cahaya pada jahil sang ratu
Dan di dalam cahaya mereka bersatu

Zulaikha
Rayuan Zulaikha pada Yusuf
Beralih pada yang Maha Esa
Kerinduan pada dambaan hatinya
Bertukar pada yang Maha Qudus Wahai Zulaikha,
kau temui cinta Khaliqmu
Ketika mengejar cinta Yusuf

Yukabid binti Qahat
Hatinya gundah jiwanya resah
Anak yang lahir menjadi rahsia
Ketika Yukabid menghanyutkan anaknya
Hati rawannya tidak putus berdoa
Semoga selamat dan ditemu semula
Hanya Allah penentu segala

Masyitah
Siapakah yang dapat melupakan haruman Masyitah?
Wangian dari minyak yang panas mendidih
Menyambut pengorbanan Masyitah dan keluarganya
Sebelum disambut oleh wangian Syurga

Asiah binti Muzahim
Engkaulah permaisuri
Di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Istana bukan penjara
Nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata

Sumayyah
Dalam dirimu yang selembut sutera
kau miliki iman yang teguh
Bak lentera kau nyalakan obor agama
Tempuh jahiliah dengan berani
Semua makhluk menjadi saksi
Ketabahanmu dan keluarga
Semua malaikat menyambut ketibaan kalian
Di Syurga..

Halimah As-Sa’adiah
Senyum si yatim menyapa jiwa yang gundah
Kaki yang lesu kembali gagah
Biar tidak berganda upah
Asal diri terpilih menerima barakah
Engkaulah ibu susuan yang menatang hikmah

Barakah binti Tsa’labah
Wahai Barakah, wahai ummu Aiman
Si yatim ini kau asuh penuh kasih
Walau miskin tidak pernah engkau sisih
Tanpa sedar dirinya insan terpilih
Tak pernah sekali kau biarkan dia merintih
Nasibah binti Ka’ab
Tanpa gentar engkau berjuang
Penuh megah kau julang panji-panji Islam
Wahai Nasibah..
engkau adalah lambang Kegagahan seorang wanita.

Khaulah binti al-Azwar al-Kindi
Siapakah yg menerbangkan debu pasir
Dengan deruan kuda yang ditunggangnya
Selendang yang menutupi wajahnya
Menjadi pelindung hiasan indah dunia
Halus jemarinya menghunus senjata
Lembut tingkahnya bertukar perkasa

Asma’ binti Abu Bakar
Engkau digelar Dzatin-Nithaqain
Rela berkorban demi ayah tercinta
Biar ditampar, biar dihina
Rahsia tetap menjadi rahsia
Redha Allah sentaisa bersamamu
Wahai Asma’ binti Abu Bakar..

Nai’lah binti Al-Farafishah
Yang bijak,
yang anggun Yang tegas,
yang lembut
Dirimu pelengkap sifat wanita
Kesetiaanmu pada uthman tiada tandingan
Engkaulah hiasab sebaik permata

Zainab binti Ali bin Abu Talib
Engkau jadi saksi para syuhada
Yang gugur di medan Karbala
Engkau jadi saksi serakah manusia
Yang tamak mengejar gelar dan harta
Walau tanah berkuah darah,
semangatmu tidak pernah parah
Kerana engkau adalah serikandi agama

Rabiah al-Adawiyah
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
DariMu Tuhan Pencipta alam Rabiah al-Adawiyah,
Pengabdianmu jadi iktibar para sufi

Zubaidah binti Ja’fara
Setinggi-tinggi darjat wanita
adalah yang menenangkan jiwa penciptanya
Engkau Zubaidah Bagai cahaya di dalam hidup Harun Ar-Rasyid
Pembuka jalan melerai kebuntuan
Penyingkap tabir menyerlahkan kedamaian

Ainul Mardhiah
Engkau adalah bidadari hiasan syurga
Jadi pembakar semangat perwira
Sebagai ganjaran para syuhada

ketika hati menengis

Tuhanku....

Ketika hati menangis, hanya kau saja yg tahu



Tuhanku....

Ketika mereka meninggalkan aku sendiri.

Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku.

PadaMu tempatku menagih kasih.

Ketenangan kurasa mendekatiMu.

Syahdu malam tak terasa sunyi



Tuhanku...

Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cobaan.

Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar arti kematangan.

Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan.

Pada mereka yang pernah melupakanku





Tuhanku....

Ketika aku buntu.

Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan.

Kau tak biarkan aku sendirian





Tuhanku....

Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira.

Syukurku melangit pun tak tercapai.

Sungguh aku merasa berdosa karena dulu sering lalai.

Semoga penyesalanku Kau terima.

THANK YOU ALLAH FOR THE BLESSINGS YOU HAVE GIVEN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.