.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

15 Januari 2012

.: Etika Pemakanan Islam :.



~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


Senario manusia makan menggunakan ‘mata’ bukannya mulut menunjukkan aspek kualiti dan kesihatan mendapat tempat utama dalam pemilihan makanan di alaf baru. Persembahan sesuatu makanan ternyata memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pilihan pengguna. Keperihatinan pengguna ini meningkat berikutan daripada pelbagai penyakit yang berpunca dari makanan yang mempunyai aspek kualiti dan kesihatan yang rendah. Justeru sikap keperihatinan manusia yang semakin tinggi ini, pelbagai amalan, kawalan dan logo kepiawaian mutu makanan diwujudkan bukan sahaja untuk memastikan makanan yang baik dihasilkan bahkan untuk menghadapi daya saing yang lebih sengit di peringkat global. Persaingan dari aspek kesihatan dan mutu telah dilihat mendapat pemberat yang sama atau mungkin berlebihan berbanding aspek citarasa makanan sahaja.[1]

Imam Al-Ghazali berpesan dalam soal penjagaan makanan anak-anak dengan katanya :

“Hendaklah dijaga makan dan minum yang sesuai untuk dimakan dan diminum. Tidak mengapa jika makanan itu kurang enak asalkan halal.”

Seseorang individu yang makan dengan niat untuk memperolehi kekuatan bagi menuntut ilmu, beramal, serta bertaqwa kepada Allah s.w.t., sudah tentu tidak akan membiarkan dirinya serta ahli keluarganya tersia-sia dan lepas bebas dikuasai oleh pemakanan yang jauh menyimpang daripada hukum syarak.

Penyediaan makanan halal untuk anak-anak merupakan salah satu daripada tanggungjawab ibubapa. Ibubapa mestilah memastikan makanan tersebut halal daripada sudut sumber dan cara penyediaannya. Penjagaan ini mestilah dimulakan sejak bayi itu berada dalam kandungan lagi. Ibu-ibu yang sedang mengandung dan juga kaum bapa mestilah menjaga pemakanan mereka kerana setiap apa yang dimakan oleh ibubapa akan memberi kesan kepada pembentukan peribadi anak-anak.

Ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri dalam hadith yang bermaksud :

“ Setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

Kesucian makanan sangat penting kerana ia memberi implikasi di dunia dan akhirat. Pembinaan diri individu itu sendiri dipengaruhi oleh faktor kesucian makanan yang diambil. Individu yang jasadnya terbina daripada sumber yang halal dapat dilihat peribadi atau psikologinya adalah baik. Bagi seseorang yang telah biasa dengan makanan yang haram pula, maka pelbagai maksiat yang lain juga sanggup dilakukannya. (Majalah I : Bil 6, April 2003). Oleh itu persoalan halal dan haram adalah perkara yang tidak boleh diambil mudah.

Persoalan yang berkaitan dengan halal dan haram merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Persoalan sebeginilah yang akan menentukan sama ada amalannya diterima oleh Allah S.W.T. Sekiranya halal dan sah disisi agama maka ianya akan diterima dan sekiranya haram akan ditolak kerana ianya bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh syarak. Banyak faktor lain yang mempengaruhi kehidupan Muslim. Kita perlu beringat bahawa apa sahaja yang berkait rapat dengan halal dan haram, kita perlu pertimbangkannya. Janganlah sewenang-wenangnya kita mengambil sesuatu perkara ini dengan mudah.

Pada tahun 2009, kita telah dikejutkan dengan pelbagai konflik yang melibatkan penggunaan logo halal terutamanya di kopitiam. Segelintir daripada kita ada yang mengambil tahu mengenai isu ini tetapi apa yang dapat dilihat kebanyakkan daripada kita mengambil endah tidak endah mengenai isu ini. Apabila ditanya adakah mereka mengetahui apa yang dimaksudkan mengenai kopitiam? Mereka menjawab tidak. Mereka yang ditanya itu kebanyakkan daripada orang awam, ibu bapa, pelajar IPTA/IPTS dan juga pensyarah.

Mari kita selidiki sebentar, apa yang dimaksudkan dengan kopitiam. Kopitiam atau kopi tiam adalah kedai kopi dan sarapan tradisional yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Perkataan "kopitiam" merupakan gabungan perkataan "kopi" dari bahasa Melayu dengan perkataan bahasa Hokkien bagi kedai (; POJ: tiàm). Dalam erti kata lain, "kopitiam" bermaksud "kedai kopi".[2] Sajian kopitiam biasanya terdiri daripada satu tawaran yang ringkas, beraneka pilihan makanan yang mengandungi telur, roti bakar dan kaya, serta minuman seperti kopi, teh, dan Milo.

Apabila kopitiam ini mendapat tarikan dari segenap lapisan masyarakat, munculnya sejenis "kopitiam baharu". Keunikkan kopitiam bergaya lama telah minat masyarakat terhadap tema nostalgia serta kenaikan dalam pendapatan, mencetuskan kebangkitan jenis pseudo-kopitiam ini. "Kopitiam baharu" ini merupakan kedai makanan segera yang menampilkan gaya kopitiam lama dari segi hiasannya, tetapi lazimnya dibina dalam latar yang lebih moden dan bersih seperti pusat membeli-belah dan bukannya rumah kedai. Apa yang dapat kita lihat ialah trend “kopitiam baharu” juga dicetuskan setelah terhasilnya fenomena "budaya kopi" oleh rangkaian kedai kopi seperti Starbucks dan The Coffee Bean & Tea Leaf.

Kopitiam baharu ini kebanyakannya menawarkan perisa kopi tempatan yang tulen, roti bakar kayu arang yang disajikan bersama mentega dan kaya dan telur rebus. Ada yang menawarkan lebih kepelbagaian makanan yang mana sajian khas sarapan, makan tengahari dan makan malam disediakan. Bermula daripada sinilah timbul keraguan dimana terdapat banyak makanan yang disediakan diragui status halalnya. Semuanya dilihat melalui bahan-bahan penyediaan, tempat memasak, daging yang tidak diketahui status sembelihannya, bahan-bahan tambahan yang mengandungi barangan terlarang, tukang masak bukan islam, pencampuran bahan dengan arak dan sebagainya.

Disebabkan perkara seperti ini, timbulnya isu dimana terdapat banyak kopitiam yang diragui status halalnya dan dalam masa yang sama kebanyakkan kopitiam disahkan menggunakan logo halal palsu. Apa yang diketahui peneraju kopitiam baharu di Malaysia merupakan syarikat berjenama Uncle Lim. Kebanyakan jenama lain mengikuti konsep ini, maka sehingga hari ini, terdapat tidak kurang daripada 100 jenama kopitiam baharu yang beroperasi di merata Negara termasuk dimalaysia. Daripada berpuluh-puluh kopitiam inilah, kita dapati hanya dua sahaja yang disahkan halal.

Apa yang jelas, kita dapat lihat bagaimana penggunaan logo halal ini sewenang-wenangnya disalahgunakan. Permasalahan yang sering kali timbul di kalangan pengguna atau masyarakat amnya ialah mereka merasa was-was apabila melihat kopitiam yang tidak berlabelkan logo halal daripada JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri tetapi berlabelkan logo halal yang berlainan jenis. Hal ini sedikit sebanyak telah menimbulkan persoalan kepada masyarakat sama ada Unit Penyelidikan Dan Pembangunan JAKIM telus dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Adakah pengeluaran logo halal ini terlalu mudah untuk didapati sehinggakan berpuluh-puluh kopitiam boleh menggunakan logo halal yang tidak diikhtiraf dan dalam masa yang sama mengapa Akta Halal tidak diperluaskan. Acap kali kita dengar Akta Halal ini diperbahaskan diparlimen mulai tahun 1990 untuk ditetapkan dalam satu rang undang-undang dan akan dikuatkuasakan tetapi mengapa sehingga kini masih tidak kedengaran. Tepuk akal tanya minda. Kita cari tahu, kita selidik.

Kita selaku umat Islam yang tinggal di sebuah Negara Islam dan mempunyai pemikiran yang maju seharusnya tidak boleh mengabaikan konsep halal dan haram di dalam pemakanan. Meskipun kita mungkin melihat isu ini agak remeh untuk difikirkan, namun apa yang membimbangkan ialah kesan serta natijahnya kepada diri dan kerukunan bangsa kita pada masa akan datang. Memang diketahui umum bahawa iman merupakan teras pembentukan jiwa dan peribadi diri yang suci lagi murni. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita menjaga diri dari sudut pemakanan yang mampu menjana pembikinan muslim yang hakiki dan sempurna dari semua segi keperibadian manusia.

Makanan yang bersumberkan dari bahan-bahan yang tidak halal akan membentuk peribadi seseorang terjerumus ke arah keburukan dan sekaligus akan meruntuhkan akhlak dan moral manusia. Dalam masa yang sama makanan yang bersumberkan bahan-bahan yang tidak halal ini akan menyebabkan otak kita menjadi lembab. Malangnya, umat Islam di Negara ini masih keliru dengan kebanyakan perkara yang berkaitan halal dan haram.[3] Seperti yang telah diketahui umum, makanan yang diambil akan menjadi darah daging kita. Jika yang baik masuk ke perut maka baiklah penyudahnya dan begitu jugalah sebaliknya.

Kebanyakan umat Islam begitu mudah untuk meletakkan soal halal dan haram yang mana sumber tersebut menjadi darah daging kita. Allah S.W.T. telah menerangkan hal-hal berkaitan halal haram ini sendiri di dalam al-quran dimana umat Islam dikehendaki memilih makanan yang baik lagi halal.

Firman Allah S.W.T:

$ygƒr'¯»tƒ â¨$¨Z9$# (#qè=ä. $£JÏB Îû ÇÚöF{$# Wx»n=ym $Y7ÍhsÛ Ÿwur (#qãèÎ6®Ks? ÏNºuqäÜäz Ç`»sÜø¤±9$# 4 ¼çm¯RÎ) öNä3s9 Arßtã îûüÎ7B ÇÊÏÑÈ

( Surah Al-Baqarah : 168 )[4]

Disini kita dapat lihat kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun yang lampau sekaligus menunjukkan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna. Malah mengikut ayat 88 surah al-Maidah, Allah S.W.T menegaskan bahawa makanan dan minuman adalah tanda keimanan seseorang.


Jadi kita sebagai umat Islam haruslah berhati-hati dan meneliti setiap apa yang ada di hadapan kita. Janganlah kita sewenang-wenangnya mengambilnya mengikut selera kita. Andai kita tahu setiap yang kita ambil itu memberi kesan pada kerohanian kita dan menutup jalan-jalan untuk mencintai Allah s.w.t sudah tentu kita akan berhati-hati dalam memilihnya.


Tepuk Akal Tanya Minda, Kita Cari Tahu Kita Selidiki.


[1] Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Ali Mohd Noor ,Hairunnizam Wahid, Hj. Abd. Razak .Strategi Ke Arah Peningkatan Daya Saing Produk Makanan Halal Di Malaysia.hlm 2

[3] Mohd Khuzairi Ismail. 2010. Halal Bukan Perkara Main-Main. Utusan Melayu. Mac

[4] Maksudnya : “ Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”.- Sumber Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran, terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.