.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

18 Oktober 2012

Suatu Ketika Dahalu : Aku , Exam Dan Ujian Allah.

 

~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~


السلام عليكم


Teringat saya suatu ketika dahulu sewaktu Fasal Thani di Universiti al-Bayt , Mafraq, Jordan.

Peristiwa ini berlaku pada hari peperiksaan akhir bagi madah Lughah Asbaniyyah (bahasa sepanyol).  Ketika itu saya diserang penyakit yang dah lama tidak datang menjenguk saya. Pada hari tersebut, saya muntah-muntah, terbaring di katil, tulang belakang saya sakit semula, dan satu badan saya tidak mampu untuk digerakkan.

Pelbagai ubat telah ditelan dan akhirnya keluar semula. Saya muntah sekali lagi, dan kali ini mengejutkan jiran-jiran bilik saya. Lagi mengejutkan mereka apabila muntah itu keluar dari hidung saya. Ketika itu saya hampir pitam. Mereka terus membawa saya ke bilik.

Apa yang ada difikiran saya ketika itu hanyalah "PEPERIKSAAN AKHIR LUGHAH ASBANIYYAH". Saya beritahu rakan sebilik saya ketika itu "Saya nk exam, saya tak nk tangguh.." walaupun pada hakikatnya kepala saya berdenyut tidak henti. Mereka memicit-micit kaki dan badan saya. Mereka berkata "xpayah la exam, nnt kita minta doc buat hari lain.."



Saya segera menjawab "tak boleh.. doc nk balik sepanyol.. xsempat nnt..".. Akhiranya apabila saya berkeras untuk exam, rakan bilik sy menelefon rakan sekelas sy.. "Fadhilah, awk tolong bawa kak najah pergi exam sekali. Dia sakit ni, tp nk pergi jugak". Fadhilah pun menjawab "Ok, saya datang, kak tin suruh die siap-siap."

Pada ketika itu, saya baru teringat yang saya belum menyentuh apa-apa pun dari madah itu. Saya tidak sempat mengulang kaji lagi. Lalu saya bulatkan tekad, berbekalkan apa yang saya belajar di dalam kelas, saya terus mengambil exam.

Sampai sahaja ditempat peperiksaan-makmal komputer, badan sy terkulai lagi. Saya terduduk menahan kesakitan dan ketika itu saya rasakan ada sesuatu yang hendak keluar dari mulut saya. Saya cuba bertahan.

Apabila makmal dibuka, fadhilah segera membawa saya masuk untuk mengambil tempat duduk. Saya duduk dibarisan hadapan sekali dan fadhilah duduk dibelakang saya. Ketika saya duduk dan ingin membaca doa,sakit itu menyerang sekali lagi. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Saya cuba bertahan. Berbekalkan apa yang ada dan sedikit ulang kaji yang dilakukan oleh fadilah ketika memapah saya, saya menjawab peperiksaan.

Fadhilah ada menyampaikan pesanan sebelum peperiksaan dimulakan "Kak, jawab laju2.. Cuba jawab dalam masa 10 minit. Lepas tu kita balik. "

Dengan lafaz bismillah saya menjawab peperiksaan. Baru menjawab soalan pertama, sakit itu datang lagi. saya cuba bertahan lagi sekali dan kali ini saya cuba untuk fokus dalam masa 5minit untuk menjawab keseluruh soalan. Dalam saya tidak sedar, Fadhilah memerhati. Rupa-rupanya die telah siap menjawab soalan dan bersedia untuk membawa saya pulang.

Fadhilah memberi isyarat, dan saya cuba gagahkan diri untuk bangun dan menghantar kertas jawapan. Saya hampir terjatuh ketika saya cuba untuk melangkah keluar dari makmal. Kelakuan saya itu mengejutkan syabab malaysia yang berada dipintu makmal.

 Muntah tidak henti setakat itu. Keluar sahaja dari makmal, saya berkata kepada Fadhilah "akak nk muntah.." bersegera Fadhilah memapah saya ke tandas. Ketika itu ada dua orang wanita arab sedang bersolek di tandas. Melihat sahaja saya muntah, mereka kelam kabut keluar. Seolah-olah melihat hantu.

Selepas itu, fadhilah memapah saya pulang. Terlintas dihati saya rasa serba salah kerana menyusahkan beliau. Saya meminta maaf kerana menyusahkan beliau dan kerana saya beliau menjawab exam dalam keadaan kelam kabut. Dalam ketika itu saya berdoa semoga Allah berikan natijah yang terbaik buat beliau.

Alhamdulillah.. keluar sahaja keputusan peperiksaan beliau mendapat IMTIYYAZ dalam madah tersebut dan saya mendapat Mumtaz. Alhamdulillah.. Kuasa Allah yang sangat tidak terhingga.

Dalam keadaan saya sakit dan tidak dapat mengulang kaji pelajaran  itu Allah gantikan dengan sesuatu yang kita tidak jangkakan dan dalam masa yang sama mereka yang membantu saya juga Allah turut balas segala kebaikan mereka.

Sesuai dengan Firman Allah di dalam al- quran mafhumnya :

"Allah tidak akan membebanimu melainkan diatas kemampuanmu "

" Jika kita bantu mudahkan urusan orang maka Allah akan bantu mudahkan urusan kita tidak didunia diakhirat "

Wallahua'lam..


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.