.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

26 September 2012

Kenapa perlu untuk kita berpecah belah??


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

 


Terkadang itu aku rasa bagai dihimpit.. keadaan persekitaran yang dilihatkan bagaikan langit dengan bumi.. yang disini membawa haluan ke sana, yang disitu membawa haluan ke tempat lain.. tiadanya yang ingin bersatu..


“Saya join diorang sebab naqib saya dulu tak mainkan peranan dia sebagai naqib."

"Salah diaoranglah ! Kenapa biarkan kami terkapai!”


Naqib tidak mainkan peranan menjadi salah satu puncanya.. Persatuan terlalu banyak yang menguruskan hal-hal dunia sehingga tarbiyyah ditinggalkan.. Begitukah?? 

Kalian tahu @ tidak, segala teknikal yang diuruskan seperti yang presiden MPMMJ ust Kailani sebutkan dalam statusnya itu, kalaulah tiada yang menguruskannya adakah kalian bisa meneruskan pembelajaran kalian disinidengan mudah? Kalian sedar atau tidak,seawal-awalnya kalian hadir ke jordan ini, kalian sering kali berkata 

"apalah, kotor!"

"Mana kemudahan untuk kami?!"

"Mana iqamah kami?"

"Kenapa lambat daftar madah kami?"

"Mana rumah sewa yang murah untuk kami? kami ini pelajar baru? tapi bagi rumah macam ini? macam mana kami nak selesa belajar??"









 status yang ditulis oleh Presiden MPMMJ







Kawan-kawan.. 
Saya ini bertanya..
Usrah itu apa sebenarnya??Bukankah usrah itu tempat untuk kita berkongsi ilmu, saling lengkap melengkapi, saling bantu membantu.. Naqib dan ahlinya sentiasa bersatu.. Sama-sama saling menguat..

Kawan-kawan..

Tahu atau tidak Naqib itu siapa? Dia manusia.. yang bisa melakukan kesilapan.. Dia juga punya kekurangannya.. Dia bukan seorang yang sempurna.. Bukan seorang yang mempunyi Ilmu berbakul-bakul.. Dia juga seorang manusia biasa..

Kawan-kawan..
Saya ingin bertanya lagi.. 

Adakah usrah itu tanggungjawab naqib semata-mata?? Apa peranan kita sebagai ahlinya?? Diam sahaja? Menunggu untuk disuap? Sudah kenyang dibiarkan tidur?
Begitukah?

Kawan-kawan..

Tidak dinafikan Usrah itu tanggungjawab naqib.. tetapi adakah kita perlu meletakkannya atas tanggungjawab naqib semata-mata? Siapa kita sebagai ahli usrahnya? Kenapa kita sebagai ahli usrahnya tidak membantu untuk saling lengkap melengkapi? Adakah kita perlu hadir untuk sekadar menadah telinga? habis menadah kita pulang. Bukankan kita perlu berkongsi..?

Kawan-kawan..

Kalaulah usrah ini sama seperti kita ke kuliah yang mana kita hanya duduk dan mendengar sahaja, apa guna kita buat usrah? Kalaulah usrah ini semata-mata dibebankan atas tanggungjawab naqib, lebih baik tak usrahkan..

Kawan-kawan..

Saya sedih.. saya letih..
Kenapa kalian jadi sebegini?? Kalian kata persatuan itu teknikal sahaja.. Tarbiyyahnya tiada.. kalau begitu kenapa kalian tidak membantu untuk menghidupkan tarbiyyahnya? Tarbiyyah itu apa?? Boleh tolong saya terangkan apa maksud tarbiyyah??

Kawan-kawan..

Mereka ini manusia yang lemah.. Terkadang juga hati mereka kekosongan.. tetapi kenapa kalian tidak bantu mereka? Kenapa mesti berpecah? Kenapa mesti mencari salah? Kenapa kalian biarkan mereka? Ambil sebahagian dari kami selepas dari itu kalian tinggalkan mereka.. Kenapa kalian tidak turut serta bersama mereka?? Kenapa bebanan dan tanggungjawab itu kalian letak semata-mata atas bahu mereka?? Jika kalian tahu silap mereka, kenapa kalian tidak turut serta membantu mereka? Dakwah itu tanggungjawab siapa?

Kawan-kawan..

Kenapa perlu untuk kita berpecah belah?? Kenapa kita tidak bersatu? Kenapa kita mesti biarkan mereka terkontang kanting? Kalian tahu mereka juga pelajar, sama seperti kita.. kenapa kalian tidak membantu mereka??

MPMMJ MILIK KITA.. tetapi kenapa macam milik orang lain je??

Kenapa, kenapa dan kenapa??

ada sesiapa yang nak tolong jawab??


~Ustazah Kejayaan~

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.