.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

25 November 2009

KeNali diRiku..BaRu Kau Nilai Siapa Aku...




"KeNali diRiku..BaRu Kau Nilai Siapa Aku..."

Agak kasar bila saya membahasakan diri saya "AKU", tetapi untuk menulis saya lebih gemar menggunakan aku..mungkin tanggapan sesetengah pihak akan mengangap saya seorang yang kasar..tetapi saya selesa begini dan saya fikir ini bukanlah suatu masalah yang besar..

Awalnya blog ini diwujudkan atas dasar yang umum..seperti yang tertulis diatas "Sekadar Perkongsian Bersama".. tetapi sejak kebelakangan ini, blog yang saya kira untuk tatapan umum menjadi peribadi.. Mungkin mengikut keadaan semasa..

Disini saya ini bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, menulis juga bukan.. Mungkin disebabkan minat yang kurang terhadap penulisan.. Pada awalnya blog ini diwujudkan atas sebab yang mana saya mahu menghargai artikel-artikal pemberian dari sahabat-sahabat saya.. Jika dilihat dalam inbox emil saya, aktikel-artikel ini seolah-olah terbiar begitu sahaja..selepas dibaca, buang.. Sayang bukan.. Kecil hati sahabat-sahabat saya yang mengirimnya.. Jadi saya ambil keputusan untuk mewujudkan blog ini.. Berkat bulan ramadhan, terhasillah ia.. Sekali-sekala saya juga menggunakan blog ini sebagai medan berperang dengan kata lain mahu meluahkan apa yang terbuku dihati.. Berperang dengan perasaan.. Mungkin dari lagu yang sering bertukar dari sebulan ke sebulan, anda boleh menafsirkan keadaan saya ketika itu..

Mungkin ramai teman-teman yang masih belum mengenali diri saya.. Kebanyakannya hanya sekadar kenal begitu sahaja.. Orang kata "gitu-gitu jela".. Selalunya luaran tidak mengambarkan dalaman.. tetapi zaman sekarang dari luaran itu yang akan merosakan dalaman.. Berbelit bukan..Abaikan.. Saya juga seperti yang lain, hanya manusia biasa.. Kadang-kadang banyak silapnya, ialah manusia tidak lari dari melakukan kesilapan.. Bagi mereka yang menganggap saya adalah sahabatnya dan masih menyayangi saya, tegurlah.. Jangan bimbang.. Saya tidak akan melenting sekiranya ia betul.. tidak perlu takut.. Berikanlah nasihat sebanyak mungkin.. Jangan biarkan saya hanyut begitu sahaja.. Saya suka mengungkapkan kata-kata ini kepada sahabat-sahabat saya..Dengarlah..


"Teman..
Andai kau sayang padaku kerana tutur bicaraku,
ketahuilah aku mungkin akan menyakitimu dengannya..

Teman..
Andai juga kau sayang padaku kerana peribadiku,
ketahuilah bahawa aku tidak sempurna..
Andai kau sayang pada ku lagi kerana kita sering bersama,
ketahuilah yang aku akan meninggalkanmu jua..

Maka sayangilah aku kerana aku temanmu,
terimalah aku ketika buruk dan baiknya diriku..
Bershabatlah denganku kerana ALLAH..

Teman..
Bersamalah kita bertaut di dahan keredhanNya..
Harapanku moga ukhuwah kita kekal hingga ke SYURGA...."


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.