.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

04 November 2012

.: Hikmah Sabar :.







~ HIKMAH BERSABAR ~

Hari ini 4 November 2012, jam 11:30 pagi

Ketika saya di klinik tadi saya diketawakan oleh orang-orang arab hanya kerana nama saya "Fasihatun Najah.." Saya diketawakan banyak orang.. Tidak kira Makcik, Nenek, dan Pelajar sekolah.. Ketika itu saya hanya berdiam diri.. Mereka terus mempermainkan saya.. Apa yang mampu saya buat ketika itu hanyalah berdiam diri dan memandang tepat ke mata mereka.. Mereka terus senyap.. Mungkin memahami maksud tersirat disebalik tenungan saya.. 

Keluar sahaja dari klinik saya terus berjalan keseorangan di BALAD dengan lagak berjalan seperti mahu melanggar semua orang..  Sedangkan jika saya disepak, boleh melayang tah kemana..

Saya singgah di Arabiat untuk membeli sedikit barang keperluan dan beras.. Ketika itu saya berkira-kira duit ditangan.. Entah cukup @tidak untuk saya ke JUST HEALTH CENTER esok..

Setelah berfikir-fikir, akhirnya saya ambil keputusan untuk terus membeli.. Apa yang difikirkan "Rezeki datangnya dari Allah.. InsyAllah Kheir.."

Setelah membeli saya terus keluar untuk mencari Pickup (kereta sapu) dan dengan izin Allah saya berjumpa dengan Pickup Abu Zaid..

Saya bertanya adakah beliau boleh menghantar saya pulang, lalu beliau memanggil saya.. Katanya beliau perlu menghantar seorang pakcik untuk pulang dahulu.. Jika tidak keberatan saya diminta naik dan kemudian dihantar pulang setelah pakcik ini selamat sampai..

Ketika dalam perjalanan menghantar pakcik itu, saya ditanya pelbagai soalan dan perbualan kami semuanya dalam bahasa Inggeris.
Ketika itulah, bahasa inggeris menjadi arab, Arab menjadi melayu.. Bertabur..

Saya ditanya pelbagai soalan,  terutamanya tentang perbelanjaan saya dijordan.. Saya ditaja atau ditanggung keluarga, keluarga saya bagaimana, dan sebagainya. Saya menjawab sekadarnya sahaja.. Pakcik itu kelihatan sangat peramah dan mirip abah saya..  "Pakcik xde gigi.. Macam abah je.. Comel.." ^^

Mula memasuki qaryah Ummu Niam, saya sungguh takjub.. dan ketika itu hanya mampu tersenyum dan melihat diluar kenderaan.. Sedang menikmati pemandangan itu, pakcik itu bertanya "Anak ku, kamu suka tempat ini?".. Saya mengangguk dan tersenyum.. Pakcik seolah-olah memahami..

Sampai sahaja dirumahnya, tiba-tiba pakcik menghulurkan kepada saya beberapa helai duit kertas.. Saya terkejut dan terus menolakknya tetapi pakcik itu berkata "Anggaplah ini pemberian dari Ayahmu.. Sungguh, ambillah..kalau tidak aku berkecil hati.." Lalu saya dengan berat hati mengambilnya..

Turun sahaja dari kereta pakcik menjemput saya untuk masuk ke rumahnya.. Saya menolak, kerana difikirkan sudah lewat..

Pakcik segera memanggil isterinya dan memperkenalkannya kepada saya .. Isterinya juga mengajak saya untuk masuk kerumahnya.. lalu aku menolaknya. Dan kerana aku menolaknya, aku dihulurkan sedikit buah tangan dan timun.. Sungguh terharu ketika itu.. Pakcik dan makcik melambai-lambai tanda perpisahan.

Dalam perjalanan pulang saya ditunjukkan oleh Pakcik abu Zaid suatu pemandangan yang sangat indah.. Kawasan berbukit dihujung balad. Burung yang berterbangan.. ketika itu angin yang bertiup sungguh nyaman.. Saya berasa sangat tenang..

Pakcik Abu zaid mengikuti jalan yang sedikit jauh berbanding tadi.. Beliau ingin menunjukkan kepada saya suatu tempat "Tempat pemerahan susu unta..".. Sangat cantik..

Tidak semena-mena keluar dari mulut saya "Pakcik.. Saya suka tempat ni.. tenang..cantik.."

Pakcik Abu zaid tersenyum lalu memperlahankan kenderaannya sambil menunjukkan kepada satu persatu keindahan yang berada disekitarnya.. Tiba-tiba pakcik Abu zaid memberhentikan kenderaannya ditepi jalan, lalu menjerit keseberang jalan. "Biddik hay halawiyat Karabigh Halab Isnain.."

setelah membayarnya pakcik Abu Zaid menghulurkan satu halawiyat karabigh kepada saya. Saya menolaknya.. tetapi pakcik Abu Zaid berkata kepada saya "Demi kegembiraanmu hari ini, aku belanja kamu halawiyat ini. pasti kamu belum pernah merasa.. "

Saya tersenyum.. Hikmah disebalik "SABAR" dibalas dengan sesuatu yang tidak terhingga..

Malah yang membuatkan saya lebih tersenyum bilamana rezeki yang datang ketika sedang sempit. Alhamdulillah.. Sepanjang hidupku dijordan ini, walaupun tiada sedinar ditangan, saya masih lagi belum kelaparan. Ada sahaja rezeki yang datang.

Teringat saya suatu ketika, waktu itu saya sangat lapar dan ditangan tiada sedikitpun duit. Pada waktu itu, air masak yang dapat diteguk memandangkan saya diperjalanan. Pulang sahaja disakan, tiba-tiba datang seorang sahabat..

 "Kak Najah, ini untuk akak.. Saya buat special untuk akak.."

Hanya syukur yang dapat dipanjatkan ketika itu. Alhamdulillah.. Rezeki untuk saya hari ini..

"Terima kasih dik, kesian adik.. Dahlah susah payah masak.. Bagi akak pulak.. Terima kasih banyak-banyak ye.. Moga Allah merahmatimu.. "

Rezeki Allah itu Maha Luas.. Ketika dikedai tadi saya memikirkan bagaimana saya hendak ke JUST HEALTH CENTER dalam keadaan tiada berduit.. Tidak semena-mena pintu bilik diketuk..

"Assalamualaikum.. Kak Najah.. Saya nak tanya la.."

Saya menjawab "Walaikumussalam.. Ye dik.. Tanya la.."

Adik "Kak, Saya nk bayar duit tambang yang ke Amman aritu..Nak bayar pada siapa ye kak??"

Saya menjawab "Ke Amman? Buat apa ye? dengan Siapa ?"

Adik "Alah yang ke EMJ tu.. Waktu Hari Raya Aidilfitri.."

dalam hati ku berdetik "Alhamdulillah.. Rezeki lagi.."

Kita lihat bagaimana Allah balas segalanya hanya kerana SABAR dan SYUKUR.. Besar nikmat buat mereka yang sentiasa sabar dan syukur. Perkara yang mudah tetapi amat jarang dapat dilakukan oleh kita semua..

Jom kita giatkan lagi kempen Biah Solehah dibawah Badan Koordinator Sahsiah dan Kepimpinan MPMMJ.

Kempen 3S ~ Senyum Salam dan Sapa ~
menjadi 5S ~ Senyum, Salam, Sapa, Sabar dan Steady ~

Selamat Mempratikkannya..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah tenang sy dengar cerita kamu ni :) terima kasih atas kisah ini, buat sy lebih yakin dengan hikmah sabar. kalau tidak keberatan, add la sy di facebook, supaya dapat sy menghubungi anda berkongsi.

Ustazah Kejayaan berkata...

jazakillah ya ukhti :)
insyallah sy akan add..
nnt blh la bg link fb :)

Unknown berkata...

blog ini banyak memberikan input u ana terus menjalani kehidupan untuk mencari Redha Allah..- ana baru sahaja add akak,hope akak app..moga ukhuwah kita diberkati Allah & till jannah..insya Allah..

Ustazah Kejayaan berkata...

apa link fb ye Eena Arrina dan Zizy Sahaira?

Sy xpasti dah add atau belum..
terima kasih atas doanya.. Mohon doanya selalu ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.