.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

01 Julai 2011

Mengubati Perasaan Duka @ Stress


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

Saya berminat dengan artikel didalam satu blog ini. Didalam blog tersebut ada tertulis berkaitan doa mengubati perasaan duka atau stress.. Bolehlah saya berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian. Semoga ianya menjadikan kita lebih tabah.


اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي

Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.


Petua Beramal
Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka , maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi saw ini . Tatkala Nabi saw selesai mengajar doa ini, seorang sahabat bertanya kepada baginda saw : Wahai RasululLah , orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini ? Jawab baginda saw Ya ! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia . Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah swt akan menghilangkan dukacitanya dan memanjangkan perasaan senangnya.

Doa Sakit Kepala

Rangkaian doa yang perlu diamalkan:

1. Al-Fatihah


2. Selawat Syifa’

Terjemahan:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w., yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

3. Doa sakit kepala (Surah Al-Waqiah: Ayat 19)

Nota:

1. Setelah dibacakan rangkaian doa tersebut ditiupkan pada tapak tangan dan disapukan dikepala. Amalkan bacaan tersebut selepas solat dan juga sebelum tidur. Juga boleh dibacakan dan ditiup pada air mineral untuk diminum.

2. Sila dapatkan nasihat doktor untuk tindakan selanjutnya.

3. Kita hanya berikhtiar, Allah jualah yang memiliki kesembuhan.

Doa Gastrik


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

Bagi mereka yang mengalami sakit perut atau gastrik bolehlah kita gunakan untuk perkongsian bersama dan bolehlah diamalkan. Untuk rawatan Gastrik mereka perlulah mengamalkan :

1) Surah Al-Fatihah
2) Selawat Syifa'
3) Doa sakit perut dan gastrik (rujuk gambar tersebut)


Semoga ianya memberikan sahabat sekalian kesembuhan dan yakinlah denganNYA.

30 Jun 2011

Maaf


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


AllahuAkhbar..

Mohon agar dilimpahkan seribu satu rahmat, keberkatan, kesabaran dan ketabahan dalam menempuh ujian hidup.. Hidup ini bagaikan roda, terkadang diatas, terkadang dibawah.. Kita tidak akan dapat mengetahui apa yang bakal kita lalui.. Sama ada susah atau senang.. Apabila kurang rasa bersyukur, kita akan lupa tentang segalanya. Lupa daripada mana datangnya NIKMAT, KEBAHAGIAAN, dan jua KESUSAHAN.


Hari ini saya merasakan bahawa hati saya terluka, terguris, terhiris.. lebih mudah mereka menafsirkan
"TOCHING" tetapi saya tidak mengetahui bahawa hari-hari yang sebelumnya masih ramai yang terluka dengan saya..

Saya tidak tahu mengapa saya ingin menulis sebegini, mungkin kerana terasa atau "touching".
Maaf buat sahabat sekalian andai ada yang terluka sepanjang mengenali saya. Tiada niat untuk menyinggung hati sesiapa pun. Mungkin semua ini adalah kerana kekhilafan saya sebagai manusia. Tiada manusia yang sempurna, begitu juga saya. Saya dilahirkan sebagai manusia biasa, yang mempunyai banyak dosa terhadap sahabat yang lain.

Andai kehadiran saya selama ini banyak menyinggung perasaan sahabat sekalian, saya memohon jutaan kemaafan. Tiada yang mampu saya ucapakn melainkan ucapan maaf.


"Diam itu lebih baik daripada banyak bicara kerana ditakuti akan menyinggung perasaan seseorang"

CINTA dan CINTA.. pe tu??




CINTAKAH KITA PADANYA??

Seorang pencinta akan taat pada kekasihnya. Seorang gadis yang mencintai arjunanya akan sanggup berbuat apa-apa sahaja demi arjunanya yang tercinta. Begitu juga seorang ibu yang mencintai anak-anaknya pasti akan sanggup berkorban apa sahaja bahkan nyawanya sendiri demi kebahagiaan anak-anaknya.

Apakah yang dimak... sudkan dengan cinta? Cinta adalah pautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang dipandang dan dapat membahagiakan jiwa seseorang serta akan membina satu pautan yang kukuh. Jika pautan itu sangat kuat, maka ia dinamakan rindu, rindu inilah yang menjadikan seseorang ibarat hamba kepada kekasihnya.

Sudah adakah tanda-tanda cinta itu dalam dirimu?. Jika ada, pada siapa ya cinta dan rindumu itu? Pada kekasih yang jauh dimatakah? Ataupun pada arjuna yang setia menanti di hadapan mata? Mungkin juga pada keluarga yang tercinta? Namun bagaimana pula tahap kasih anda kepada kekasih Allah yang agung, yakni Rasulullah S.A.W? Baginda sangat mencintai kalian sebagai umat baginda sehinggakan di saat kewafatan baginda, baginda telah menyebut perkataan Ummati sebanyak 3 kali. Lalu adakah anda sebagai umat baginda telah melaksanakan perkara-perkara yang sewajarnya anda lakukan untuk membalas lambaian cinta baginda?

Muhasabahlah diri anda wahai rakan-rakan seperjuangan. Adakah anda benar-benar mencintai Nabi Muhammad S.A.W seperti mana yang sering anda ucapkan melalui lisan? Atau adakah ianya sekadar menanam tebu di tepi bibir semata-mata? Pernahkah anda melakukan 5 perkara seperti yang di bawah? Kerana 5 perkara inilah merupakan tanda-tanda
anda mencintai baginda Rasulullah S..A.W:

1. Apabila disebutkan nama Rasulullah S.A.W dihadapanmu, anda terasa suka dan gembira serta merasakan ketenangan dan dengan segera melafazkan selawat keatas Rasulullah S.A.W.

2. Mendalami sejarah hidup baginda Rasulullah S.A.W serta cuba menghayati akhlaknya yang mulia, mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.

3. Anda sering merasa rindu untuk berjumpa Rasulullah S.A.W dan mengharapkan dapat bersamanya di dalam Syurga.

4. Sentiasa berselawat ke atas Baginda SAW dan menjadikannya sebutan dibibir anda dan hati anda.

5. Mengingati peristiwa-peristiwa penting yang berkaitan dengan sejarah hidup Rasulullah S.A.W, dan perjuangan baginda.

Sungguh beruntung sekiranya kalian benar-benar mencintai Rasulullah S.A.W dan di dalam hati kalian tertanam tanda-tanda cinta kepada Rasulullah S.A.W.


Sabda Rasulullah S.A.W:

"Demi diriku berada digenggaman-Nya, tidak beriman seseorang dikalangan kamu sehinggalah Aku ini lebih dicintai daripda ibubapanya, anaknya dan sekalian manusia".

Berdasarkan hadis ini, kesempurnaan iman hanyalah akan tercapai jika Rasulullah SAW adalah kecintaan kita yang utama, melebihi kecintaan terhadap keluarga dan harta benda sekalian.

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:

"..Sesiapa yang mencintaiku, maka dia akan bersamaku di dalam Syurga."

"Kamu akan bersama dan dikumpulkan dengan orang yang kamu cintai di akhirat."-Riwayat Bukhari dan Muslim.

Satu keuntungan yang besarlah jika ada tertanam di dalam hati kita semangat cinta kepada Rasulullah S.A.W yang begitu kental sekali melebihi segala-galanya.

Semoga Allah menanamkan di dalam hati kita kecintaan kepada Rasulullah S.A.W yang amat mendalam, serta dapat mengerjakan segala sunnah baginda dengan penuh taat dan kasih sayang, Amin.

Menjadi Umat Terbaik dengan Saling Menasihati


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

Allah Ta’ala berfirman,

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.” (QS. Ali Imran: 110)

Sebagian ulama' salaf mengatakan, “Mereka bisa menjadi umat terbaik jika mereka memenuhi syarat (yang disebutkan dalam ayat di atas). Siapa saja yang tidak memenuhi syarat di atas, maka dia bukanlah umat terbaik.”

Para salaf mengatakan, telah disepakati bahwa amar ma’ruf nahi munkar itu wajib bagi insan. Namun wajibnya adalah fardhu kifayah, hal ini sebagaimana jihad dan mempelajari ilmu tertentu serta yang lainnya. Yang dimaksud fardhu kifayah adalah jika sebagian telah memenuhi kewajiban ini, maka yang lain gugur kewajibannya. Walaupun pahalanya akan diraih oleh orang yang mengerjakannya, begitu pula oleh orang yang asalnya mampu namun saat itu tidak bisa untuk melakukan amar ma’ruf nahi mungkar yang diwajibkan. Jika ada orang yang ingin beramar ma’ruf nahi mungkar, wajib bagi yang lain untuk membantunya hingga maksudnya yang Allah dan Rasulnya perintahkan tercapai. Allah Ta’ala berfirman,

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan melampaui batas.” (QS. Al Maidah: 2)

Setiap rasul yang Allah utus dan setiap kitab yang Allah turunkan, semuanya mengajarkan amar ma’ruf nahi mungkar.

Yang dimaksud ma’ruf adalah segala istilah yang mencakup segala hal yang dicintai dan diredhai oleh Allah.

Yang dimaksud munkar adalah segala istilah yang mencakup segala hal yang dibenci dan dimurkai oleh Allah.

Meninggalkan amar ma’ruf nahi munkar adalah sebab datangnya hukuman dunia sebelum hukuman di akhirat. Janganlah menyangka bahwa hukuman meninggalkan amar ma’ruf nahi munkar bukan hanya menimpa orang yang zholim dan pelaku maksiat, namun boleh jadi juga menimpa manusia secara keseluruhan.

Orang yang melakukan amar ma’ruf hendaklah orang yang faqih (paham) terhadap yang diperintahkan dan faqih (paham) terhadap yang dilarang. Begitu pula hendaklah dia halim (santun) terhadap yang diperintahkan, begitu pula terhadap yang dilarang. Hendaklah orang tersebut orang yang ‘alim terhadap apa yang ia perintahkan dan larang. Ketika dia melakukan amar ma’ruf nahi munkar, hendaklah ia bersikap lemah lembut terhadap apa yang ia perintahkan dan ia larang. Lalu ia harus halim dan bersabar setelah ia beramar ma’ruf nahi munkar. Sebagaimana Allah berfirman dalam kisah Luqman,

وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
“Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (QS. Luqman: 17)

Ketahuilah bahwa orang yang memerintahkan pada yang ma’ruf dan melarang dari yang munkar termasuk mujahid di jalan Allah. Jika dirinya disakiti atau hartanya dizholimi, hendaklah ia bersabar dan mengharap pahala di sisi Allah. Sebagaimana hal inilah yang harus dilakukan seorang mujahid pada jiwa dan hartanya. Hendaklah ia melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar dalam rangka ibadah dan taat kepada Allah serta mengharap keselamatan dari siksa Allah, juga ingin menjadikan orang lain baik. Janganlah ia melakukan amar ma’ruf nahi munkar untuk tujuan mencari kedudukan mulia atau kekuasaan. Janganlah ia melakukannya karena bermusuhan atau benci di hatinya pada orang yang diajak amar ma’ruf nahi munkar. Janganlah ia melakukannya dengan tujuan-tujuan semacam ini.

Kadang memerintahkan pada yang kebaikan itu dengan cara yang baik dan tidak membawa dampak jelek. Kadang pula mencegah kemungkaran dilakukan dengan baik tanpa membawa dampak jelek. Sebaliknya jika menghilangkan kemungkaran malah dengan cara yang mungkar pula (bukan dengan cara yang baik), maka itu sama saja seseorang ingin mensucikan khomr (yang najis kata sebagian ulama, pen), dengan air kencing (yang najis pula, pen). Siapa yang melarang kemungkaran namun malah dengan yang mungkar, maka itu hanya membawa banyak kerusakan daripada mendapatkan keuntungan. Kadang kerugian itu sedikit atau banyak. Wallahu a’lam.

Diterjemahkan dari risalah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, penjelasan firman Allah: Kuntum khoiro ummati ukhrijat linnaas dalam Al Majmu’atul ‘Aliyyah min Kutub wa Rosail wa Fatawa Syaikhul Islam Ibni Taimiyah, Dar Ibnil Jauzi, cetakan pertama,, Muharram, 1422, hal. 62-65.

TAUBAT


Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya.

Agama Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari ampunan Allah, betapa pun dosa yang telah diperbuat manusia. Bahkan Nabi Muhammad telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."

"Daripada Abi Said al-Khudri r.anhu bahawa Nabi s.a.w bersabda:

"Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, lalu dia mencari seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang pendeta, dia terus berjumpa pendeta tersebut kemudian berkata: Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima? Pendeta tersebut menjawab: Tidak. Mendengar jawapan itu, dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang Ulama, dia terus berjumpa Ulama tersebut dan berkata: Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Ulama tersebut menjawab: Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan, kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t bersama mereka dan jangan pulang ke Negerimu kerana Negerimu adalah Negeri yang sangat hina. Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya. Malaikat Rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala Malaikat Azab pula berkata: Dia tidak pernah melakukan kebaikan. Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata: Ukurlah jarak di antara dua tempat. Mana yang lebih hampir, itulah tempatnya. Lantas mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat." (HR Muslim)


dalam hadis ini, beberapa iktibar boleh diambil :

1. Semua dosa kecuali syirik akan diampunkan oleh Allah. Maka jangan berputus asa dari rahmat Allah.

2. Dosa besar hanya akan diampunkan apabila bertaubat. Manakala dosa2 kecil boleh terhapus dengan istighfar dan membanyakkan amal ibadah.

3. Untuk menjadikan taubat lebih berkesan, perlu berhijrah daripada tempat yg biasa kita melakukan maksiat ke tempat orang2 soleh yang ramai melakukan amal kebaikan. Supaya suasana yg baik itu akan membentuk akhlak kita yg dah biasa dengan dosa.

4. Niat yg baik disertai dengan azam (seperti hadis di atas, pemuda itu dengan azam yg kuat melangkah kaki ke tempat yg ditunjuk oleh org alim tsb dengan niat nak bertaubat) dan amal yg baik akan mendapat keampunan dan ganjaran daripada Allah s.w.t.

5. Kebaikan itu pasti akan mengatasi kejahatan. Firman Allah s.wt. "Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat." (Hud : 114)

6. Taubat itu akan menghapuskan segala dosa2 yg lalu.

7. Jika ingin menuntut ilmu atau meminta nasihat, mintalah dari orang alim. Orang berilmu akan menunjukkan kita jalan yg betul. Jangan minta / berpegang pada pandangan orang jahil walaupun dia seorang yg kuat ibadah (dlm hadis tersebut digambarkan sebagai pendeta), kerana mereka akan memberi pandangan yang tidak berada dlm ilmu mereka (panduan emosi / akal semata2)...mereka itu akan sesat dan bakal menyesatkan orang lain.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa bertaubat sebelum matahari terbit dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya orang itu." (Riwayat Muslim)

Keterangan:

Uraian dalam hadits di atas sesuai dengan firm...an Allah dalam al-Quran al-Karim, surat Nisa', ayat 18 yang berbunyi: "Taubat itu tidaklah diterima bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan, sehingga di kala salah seorang dari mereka itu telah didatangi kematian -sudah dekat ajalnya dan ruhnya sudah di kerongkongan- tiba-tiba ia mengatakan: "Aku sekarang bertaubat."..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.