.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

17 Oktober 2009

SUATU KISAH PERCINTAAN

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian
mereka
berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian
si
isteri bertanya kepada
sisuami. Ini dialog mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya?
mengapa abang cintakan saya?



Suami : Abang tidak boleh menerangkan
sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan
abang tidak boleh
menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi
abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak
abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-
kawan saya yang lain yang mempunyai suami
dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan
mengapa mereka mencintai.
Dalam bentuk puisi dan syair lagi! kenapa abang
tidak boleh terangkan sebabnya??

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang
cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu.
Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah
cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan
penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri
mengalami kemalangan dan
koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk
surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil
isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai
mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu..
Jika disebabkan kasih sayangmu dan ingatanmu
terhadapku,aku mencintai mu...sekarang
bolehkah
engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu...
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu,
sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu..
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai
mu,
sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika cinta memerlukan
SEBAB seperti sekarang,maka aku tidak lagi
mempunyai sebab untuk mencintai mu!!!
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku
masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab
kerana
kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan
dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam HATI"

kadang2 cinta itu sukar diterjemahkan...ianya terlalu abstrak.terpulang pada individu untuk menilainya..
yang pastinya..hanya cinta padaNya yang KEKAL ABADI..... Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
mu!!!
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku
masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab
kerana
kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan
dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam HATI"

kadang2 cinta itu sukar diterjemahkan...ianya terlalu abstrak.terpulang pada individu untuk menilainya..
yang pastinya..hanya cinta padaNya yang KEKAL ABADI....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.