.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

30 Jun 2011

Maaf


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


AllahuAkhbar..

Mohon agar dilimpahkan seribu satu rahmat, keberkatan, kesabaran dan ketabahan dalam menempuh ujian hidup.. Hidup ini bagaikan roda, terkadang diatas, terkadang dibawah.. Kita tidak akan dapat mengetahui apa yang bakal kita lalui.. Sama ada susah atau senang.. Apabila kurang rasa bersyukur, kita akan lupa tentang segalanya. Lupa daripada mana datangnya NIKMAT, KEBAHAGIAAN, dan jua KESUSAHAN.


Hari ini saya merasakan bahawa hati saya terluka, terguris, terhiris.. lebih mudah mereka menafsirkan
"TOCHING" tetapi saya tidak mengetahui bahawa hari-hari yang sebelumnya masih ramai yang terluka dengan saya..

Saya tidak tahu mengapa saya ingin menulis sebegini, mungkin kerana terasa atau "touching".
Maaf buat sahabat sekalian andai ada yang terluka sepanjang mengenali saya. Tiada niat untuk menyinggung hati sesiapa pun. Mungkin semua ini adalah kerana kekhilafan saya sebagai manusia. Tiada manusia yang sempurna, begitu juga saya. Saya dilahirkan sebagai manusia biasa, yang mempunyai banyak dosa terhadap sahabat yang lain.

Andai kehadiran saya selama ini banyak menyinggung perasaan sahabat sekalian, saya memohon jutaan kemaafan. Tiada yang mampu saya ucapakn melainkan ucapan maaf.


"Diam itu lebih baik daripada banyak bicara kerana ditakuti akan menyinggung perasaan seseorang"

CINTA dan CINTA.. pe tu??




CINTAKAH KITA PADANYA??

Seorang pencinta akan taat pada kekasihnya. Seorang gadis yang mencintai arjunanya akan sanggup berbuat apa-apa sahaja demi arjunanya yang tercinta. Begitu juga seorang ibu yang mencintai anak-anaknya pasti akan sanggup berkorban apa sahaja bahkan nyawanya sendiri demi kebahagiaan anak-anaknya.

Apakah yang dimak... sudkan dengan cinta? Cinta adalah pautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang dipandang dan dapat membahagiakan jiwa seseorang serta akan membina satu pautan yang kukuh. Jika pautan itu sangat kuat, maka ia dinamakan rindu, rindu inilah yang menjadikan seseorang ibarat hamba kepada kekasihnya.

Sudah adakah tanda-tanda cinta itu dalam dirimu?. Jika ada, pada siapa ya cinta dan rindumu itu? Pada kekasih yang jauh dimatakah? Ataupun pada arjuna yang setia menanti di hadapan mata? Mungkin juga pada keluarga yang tercinta? Namun bagaimana pula tahap kasih anda kepada kekasih Allah yang agung, yakni Rasulullah S.A.W? Baginda sangat mencintai kalian sebagai umat baginda sehinggakan di saat kewafatan baginda, baginda telah menyebut perkataan Ummati sebanyak 3 kali. Lalu adakah anda sebagai umat baginda telah melaksanakan perkara-perkara yang sewajarnya anda lakukan untuk membalas lambaian cinta baginda?

Muhasabahlah diri anda wahai rakan-rakan seperjuangan. Adakah anda benar-benar mencintai Nabi Muhammad S.A.W seperti mana yang sering anda ucapkan melalui lisan? Atau adakah ianya sekadar menanam tebu di tepi bibir semata-mata? Pernahkah anda melakukan 5 perkara seperti yang di bawah? Kerana 5 perkara inilah merupakan tanda-tanda
anda mencintai baginda Rasulullah S..A.W:

1. Apabila disebutkan nama Rasulullah S.A.W dihadapanmu, anda terasa suka dan gembira serta merasakan ketenangan dan dengan segera melafazkan selawat keatas Rasulullah S.A.W.

2. Mendalami sejarah hidup baginda Rasulullah S.A.W serta cuba menghayati akhlaknya yang mulia, mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.

3. Anda sering merasa rindu untuk berjumpa Rasulullah S.A.W dan mengharapkan dapat bersamanya di dalam Syurga.

4. Sentiasa berselawat ke atas Baginda SAW dan menjadikannya sebutan dibibir anda dan hati anda.

5. Mengingati peristiwa-peristiwa penting yang berkaitan dengan sejarah hidup Rasulullah S.A.W, dan perjuangan baginda.

Sungguh beruntung sekiranya kalian benar-benar mencintai Rasulullah S.A.W dan di dalam hati kalian tertanam tanda-tanda cinta kepada Rasulullah S.A.W.


Sabda Rasulullah S.A.W:

"Demi diriku berada digenggaman-Nya, tidak beriman seseorang dikalangan kamu sehinggalah Aku ini lebih dicintai daripda ibubapanya, anaknya dan sekalian manusia".

Berdasarkan hadis ini, kesempurnaan iman hanyalah akan tercapai jika Rasulullah SAW adalah kecintaan kita yang utama, melebihi kecintaan terhadap keluarga dan harta benda sekalian.

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:

"..Sesiapa yang mencintaiku, maka dia akan bersamaku di dalam Syurga."

"Kamu akan bersama dan dikumpulkan dengan orang yang kamu cintai di akhirat."-Riwayat Bukhari dan Muslim.

Satu keuntungan yang besarlah jika ada tertanam di dalam hati kita semangat cinta kepada Rasulullah S.A.W yang begitu kental sekali melebihi segala-galanya.

Semoga Allah menanamkan di dalam hati kita kecintaan kepada Rasulullah S.A.W yang amat mendalam, serta dapat mengerjakan segala sunnah baginda dengan penuh taat dan kasih sayang, Amin.

Menjadi Umat Terbaik dengan Saling Menasihati


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

Allah Ta’ala berfirman,

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.” (QS. Ali Imran: 110)

Sebagian ulama' salaf mengatakan, “Mereka bisa menjadi umat terbaik jika mereka memenuhi syarat (yang disebutkan dalam ayat di atas). Siapa saja yang tidak memenuhi syarat di atas, maka dia bukanlah umat terbaik.”

Para salaf mengatakan, telah disepakati bahwa amar ma’ruf nahi munkar itu wajib bagi insan. Namun wajibnya adalah fardhu kifayah, hal ini sebagaimana jihad dan mempelajari ilmu tertentu serta yang lainnya. Yang dimaksud fardhu kifayah adalah jika sebagian telah memenuhi kewajiban ini, maka yang lain gugur kewajibannya. Walaupun pahalanya akan diraih oleh orang yang mengerjakannya, begitu pula oleh orang yang asalnya mampu namun saat itu tidak bisa untuk melakukan amar ma’ruf nahi mungkar yang diwajibkan. Jika ada orang yang ingin beramar ma’ruf nahi mungkar, wajib bagi yang lain untuk membantunya hingga maksudnya yang Allah dan Rasulnya perintahkan tercapai. Allah Ta’ala berfirman,

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan melampaui batas.” (QS. Al Maidah: 2)

Setiap rasul yang Allah utus dan setiap kitab yang Allah turunkan, semuanya mengajarkan amar ma’ruf nahi mungkar.

Yang dimaksud ma’ruf adalah segala istilah yang mencakup segala hal yang dicintai dan diredhai oleh Allah.

Yang dimaksud munkar adalah segala istilah yang mencakup segala hal yang dibenci dan dimurkai oleh Allah.

Meninggalkan amar ma’ruf nahi munkar adalah sebab datangnya hukuman dunia sebelum hukuman di akhirat. Janganlah menyangka bahwa hukuman meninggalkan amar ma’ruf nahi munkar bukan hanya menimpa orang yang zholim dan pelaku maksiat, namun boleh jadi juga menimpa manusia secara keseluruhan.

Orang yang melakukan amar ma’ruf hendaklah orang yang faqih (paham) terhadap yang diperintahkan dan faqih (paham) terhadap yang dilarang. Begitu pula hendaklah dia halim (santun) terhadap yang diperintahkan, begitu pula terhadap yang dilarang. Hendaklah orang tersebut orang yang ‘alim terhadap apa yang ia perintahkan dan larang. Ketika dia melakukan amar ma’ruf nahi munkar, hendaklah ia bersikap lemah lembut terhadap apa yang ia perintahkan dan ia larang. Lalu ia harus halim dan bersabar setelah ia beramar ma’ruf nahi munkar. Sebagaimana Allah berfirman dalam kisah Luqman,

وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
“Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (QS. Luqman: 17)

Ketahuilah bahwa orang yang memerintahkan pada yang ma’ruf dan melarang dari yang munkar termasuk mujahid di jalan Allah. Jika dirinya disakiti atau hartanya dizholimi, hendaklah ia bersabar dan mengharap pahala di sisi Allah. Sebagaimana hal inilah yang harus dilakukan seorang mujahid pada jiwa dan hartanya. Hendaklah ia melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar dalam rangka ibadah dan taat kepada Allah serta mengharap keselamatan dari siksa Allah, juga ingin menjadikan orang lain baik. Janganlah ia melakukan amar ma’ruf nahi munkar untuk tujuan mencari kedudukan mulia atau kekuasaan. Janganlah ia melakukannya karena bermusuhan atau benci di hatinya pada orang yang diajak amar ma’ruf nahi munkar. Janganlah ia melakukannya dengan tujuan-tujuan semacam ini.

Kadang memerintahkan pada yang kebaikan itu dengan cara yang baik dan tidak membawa dampak jelek. Kadang pula mencegah kemungkaran dilakukan dengan baik tanpa membawa dampak jelek. Sebaliknya jika menghilangkan kemungkaran malah dengan cara yang mungkar pula (bukan dengan cara yang baik), maka itu sama saja seseorang ingin mensucikan khomr (yang najis kata sebagian ulama, pen), dengan air kencing (yang najis pula, pen). Siapa yang melarang kemungkaran namun malah dengan yang mungkar, maka itu hanya membawa banyak kerusakan daripada mendapatkan keuntungan. Kadang kerugian itu sedikit atau banyak. Wallahu a’lam.

Diterjemahkan dari risalah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, penjelasan firman Allah: Kuntum khoiro ummati ukhrijat linnaas dalam Al Majmu’atul ‘Aliyyah min Kutub wa Rosail wa Fatawa Syaikhul Islam Ibni Taimiyah, Dar Ibnil Jauzi, cetakan pertama,, Muharram, 1422, hal. 62-65.

TAUBAT


Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya.

Agama Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari ampunan Allah, betapa pun dosa yang telah diperbuat manusia. Bahkan Nabi Muhammad telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."

"Daripada Abi Said al-Khudri r.anhu bahawa Nabi s.a.w bersabda:

"Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, lalu dia mencari seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang pendeta, dia terus berjumpa pendeta tersebut kemudian berkata: Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima? Pendeta tersebut menjawab: Tidak. Mendengar jawapan itu, dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang Ulama, dia terus berjumpa Ulama tersebut dan berkata: Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Ulama tersebut menjawab: Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan, kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t bersama mereka dan jangan pulang ke Negerimu kerana Negerimu adalah Negeri yang sangat hina. Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya. Malaikat Rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala Malaikat Azab pula berkata: Dia tidak pernah melakukan kebaikan. Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata: Ukurlah jarak di antara dua tempat. Mana yang lebih hampir, itulah tempatnya. Lantas mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat." (HR Muslim)


dalam hadis ini, beberapa iktibar boleh diambil :

1. Semua dosa kecuali syirik akan diampunkan oleh Allah. Maka jangan berputus asa dari rahmat Allah.

2. Dosa besar hanya akan diampunkan apabila bertaubat. Manakala dosa2 kecil boleh terhapus dengan istighfar dan membanyakkan amal ibadah.

3. Untuk menjadikan taubat lebih berkesan, perlu berhijrah daripada tempat yg biasa kita melakukan maksiat ke tempat orang2 soleh yang ramai melakukan amal kebaikan. Supaya suasana yg baik itu akan membentuk akhlak kita yg dah biasa dengan dosa.

4. Niat yg baik disertai dengan azam (seperti hadis di atas, pemuda itu dengan azam yg kuat melangkah kaki ke tempat yg ditunjuk oleh org alim tsb dengan niat nak bertaubat) dan amal yg baik akan mendapat keampunan dan ganjaran daripada Allah s.w.t.

5. Kebaikan itu pasti akan mengatasi kejahatan. Firman Allah s.wt. "Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat." (Hud : 114)

6. Taubat itu akan menghapuskan segala dosa2 yg lalu.

7. Jika ingin menuntut ilmu atau meminta nasihat, mintalah dari orang alim. Orang berilmu akan menunjukkan kita jalan yg betul. Jangan minta / berpegang pada pandangan orang jahil walaupun dia seorang yg kuat ibadah (dlm hadis tersebut digambarkan sebagai pendeta), kerana mereka akan memberi pandangan yang tidak berada dlm ilmu mereka (panduan emosi / akal semata2)...mereka itu akan sesat dan bakal menyesatkan orang lain.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa bertaubat sebelum matahari terbit dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya orang itu." (Riwayat Muslim)

Keterangan:

Uraian dalam hadits di atas sesuai dengan firm...an Allah dalam al-Quran al-Karim, surat Nisa', ayat 18 yang berbunyi: "Taubat itu tidaklah diterima bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan, sehingga di kala salah seorang dari mereka itu telah didatangi kematian -sudah dekat ajalnya dan ruhnya sudah di kerongkongan- tiba-tiba ia mengatakan: "Aku sekarang bertaubat."..

27 Jun 2011

Bapa Intifadah Palestin

Syeikh Ahmad Yassin: Bapa Intifadah Palestin

Syeikh Ahmad Yassin

Dipetik dari buku Syeikh Ahmad Yassin – Bapa Intifadah Palestin oleh Ustaz Maszlee Malik.

Sedikit latar belakang As-Syahid

Nama asal – Ahmad bin Ismail bin Yassin

Dilahirkan di daerah Wilayah Asqalan, beliau dihalau keluar dari kampung halaman dan berhijrah ke Semenanjung Gaza diusia seawal 10tahun (1948). Bermula dari situlah beliau tinggal bersama – sama ibunya serta seorang lagi saudaranya mula menetap di Gaza. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran sehingga disayangi oleh para guru di sekolah. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti sukan sehinggalah pada usia 16 tahun, beliau mengalami kecederaan ketika melakukan riadhah di pantai yang mengakibatkan beliau lumpuh pada bahagian kaki. Namun, kelumpuhan tersebut tidaklah melumpuhkan semngat beliau dalam pelajaran mahupun aktiviti islam.

Disebabkan kesempitan hidup, beliau menangguhkan pelajaran selama lebih kurang 3 tahun untuk membantu keluarga. Walaubagaimanapun, beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Ain Shams di Kaherah pada tahun 1964. Namun begitu, setelah 2 tahun, beliau dipenjarkan oleh pihak berkuasa Mesir selama sebulan kerana penglibatan beliau dengan Ikhwanul Muslimin ketika itu.

Sepulangnya beliau ke Gaza, beliau meneruskan kehidupan dengan menjadi khatib Masjid Gaza dan juga menjadi guru Bahasa Arab. Dengan waktu yang singkat, beliau begitu terkenal dikalangan penduduk Gaza dengan khutbah – khutbahnya terutama berkenaan pendudukan rejim Zionis di kawasan Semenanjung Gaza pada tahun 1967.

Beliau juga merupakan pekerja kebajikan dan pendakwah yang gigih. Beliau banyak mendidik golongan muda dengan ajaran islam. Hasilnya, Ikhwanul Muslimin berkembang di Gaza pada tahun 1969 – 1970.

1973 – Penubuhan Mujamm’ al Islam ( Akdemi Islam) yang merupakan sebuah pertubuhan yang menjaga kebajikan para pelarian Palestin.

1982 – Penubuhan Al Mujahidun Al Filastiniyun yang merupakan gerakan jihad Palestin.

Pada tahun 1983, beliau ditangkap dan dipenjara oleh pihak rejim dengan tuduhan memiliki senjata api dan cubaan menggugat kerajaan Zionis Israel. Beliau dihukum penjara selama 13 tahun. Namun begitu, beliau hanya berada di dalam penjara selama lebih kurang 11 bulan hasil pertukaran tahanan diantara pihak PLO dan pihak rejim.

Setelah melihat keadaan negara – negara Arab yang mula tidak bersemangat untuk membebaskan Palestin, juga pihal PLO yang mula bertolak ansur dengan pihak rejim, beliau menubuhkan Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS) pada tahun 1987. Kebanyakan ahli adalah merupakan pemuda – pemuda yang sangat dekat hati mereka dengan masjid. Nyata pergerakkan ini memberi impak yang besar kepada pihak rejim dan dikenali sebagai Intifadah.

Pihak Zionis mula merasa bahang pergerakkan ini dan natijahnya, pada Ogos 1988, beliau dihalau ke selatan Lubnan manakala rumah beliau dirobohkan. Tidak cukup dengan itu, pada 18 Mei 1989 beliau dan ratusan ahli HAMAS yang lain dipenjara oleh pihak Zionis kerana telah membunuh tentera – tentera dan komando -komando Israel. Sekali lagi, hukuman penjara selama 15 tahun dijatuhkan ke atas beliau. pada 16 Oktober 1991 atas sabit kesalahan mebunuh, menculik dan menyerang tentera Zionis.

Sungguh menyedihkan apabila akibat penahanan tersebut, kesihatan beliau mula terjejas. Beliau telah lumpuh seluruh badan kecuali kepala, hilang penglihatan sebelah kanan dan kabur di sebelah kiri, juga masalah pendengaran akibat tekanan dan penderaan selama di dalam penjara. Beliau juga sering menghidap jangkitan paru – paru dan abdomen sepanjang tempoh tersebut.

Pada 1 Oktober 1997, hasil rundingan pertukaran tawanan antar pihak Jordan dan Zionis telah membebaskan Syeikh Ahmad Yassin. Beliau ditukar dengan 2 perisik rejim ditangkap setelah gagal dalam cubaan membunuh Ketua Biro Politik Hamas di Amman, Jordan.

Sejurus pembebasan, beliau kembali aktif dalam memimpin HAMAS. September 2000 menyaksikan tercetusnya Intifadah ke – 2 setelah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon mencemar Masjidil Aqsa bersama 200 tentera. Kesannya amat besar pada pihak rejim. Penentangan setiap hari dengan semangat yang tidak pernah luntur menyebabkan pihak rejim terpaksa melakukan pelbagai usaha untuk meredakan menentangan tersebut termasuk membunuh orang – orang awam dan membunuh pejuang dan pemimpin Palestin.

Kesannya, ramai pemimpin HAMAS yang telah syahid dibunuh oleh pihak rejim. Syeikh Ahmad Yassin juga tidak terlepas dari usaha jahat tersebut. Pada 6 September 2003, sebuah helikopter Apache telah membedil rumah beliau dengan usaha untuk mebunuh beliau namun dengan kuasa Allah SWT, nyata usaha tersebut gagal.

Namun, pada subuh 22 Mac 2004 sekali lagi mereka berusaha untuk membunuh beliau ketika beliau dalam perjalanan dari masjid. Sungguh, Allah telah memakbulkan doa beliau untuk mati sebagai seorang syahid. Betapa dunia menyaksikan ketakutan dan kekejaman rejim Zionis hanya kepada seorang lelaki berkerusi roda, yang hanya mampu menggerakkan kepala. 3 bedilan roket dilancarkan hanya untuk membunuh lelaki selemah ini. Sungguh, semangat beliau tidak memerlukan tubuh yang sasa untuk menakutkan musuh.


Semoga berbahagia engkau As Syahid di sisi Allah.

22 Jun 2011

MAAFKAN KU SAHABAT.




Sahabat,
ketika aku dibuai mimpi indah

kau pastinya dalam gelora kemurungan

seringkali aku bentangi kemahuan

ingin membantu dirimu

menghurai kekusutan tersirat.


Sahabatku,

Hatiku tidak alpa memikirkan keakraban kita

hanaya satu yang ku pinta

bersama kita rasai ketinggian suka dan duka


Luahkanlah,

luahkanlah yang terbuku di minda

jauhkanlah anggapan kesat yang melanda.


Kadangkala,

kita selalu menyalahkan

diri sesama kita.


Tetapi sebaliknya

kita tidak meneliti diri kita

belum tentu diri kita disenangi

sering kali kita berbahasa tinggi

tetapi kita tidak memikir

perasaan org dihiris kelopak hati


Hatiku hancur

hancur mengenang kisah silam

kita bersama.


Telah ku tabur dosa-dosa

di hadapan semua

hanya satu yang kupinta

ampunilah diriku

ampunilah diri ini yang hina

telah banyak sakiti hati semua


Sahabatku yang kukasihi

pandanglah di hadapan sana
jauh

jauh perjalanan masih ada

perlu kita tempuhi jua

hingga akhirnya


Terhurai bisikan kalbu membelenggu

ku henti kalam bicara

menunggu hadirmu hati-hati kita bersama

menuju jalan ukhwah

bersemi selamanya.



hasil nukilan : BELALANG PUTIH

Sajak ini berikan oleh teman seperjuangan saya. Agak sayu bila kita membacanya tetapi ketahuilah sahabat segala yang terjadi ini adalah ketentuan dari Ilahi. Telah ditetapkan sesuatu itu mengikut Qada dan Qadar dariNya. Segala suka dan duka kita tempuh bersama.

Maafkan aku kerana tidak mampu menjadi yang terbaik buat dirimu. Allah telah menciptakan sesuatu yang lebih baik dari diriku. Doaku agar aku dapat menjadi sahabat dan juga pendamping dirimu disyurga nanti.

Maafkan Aku Sahabat.
.

Fitnah : Suatu perkara yang amat dasyat.


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

Marilah sama-sama kita bermusahabah diri... peringatan yang sering kali kita ulang-ulangkan.. tapi adakah kita melakukannya.?

Kita sering mendengar istilah “Fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan”. Namun rupanya tidak banyak yang tahu darimana istilah ini berasal, dan apa makna sebenarnya dari kalimat tersebut.

Dalam bahasa kata ‘fitnah’ diertikan sebagai penisbatan atau tuduhan suatu perbuatan kepada orang lain, dimana sebenarnya orang yang dituduh tersebut tidak melakukan perbuatan yang dituduhkan. Maka perilaku tersebut disebut memfitnah. Tapi apakah makna ‘fitnah’ yang dimaksud di dalam Al Qur’an itu seperti yang disebutkan itu? Mari kita kaji bersama-sama.

Di dalam Al Qur’an surat Al Baqoroh (2) ayat 191 bersatunya kalimah “Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” yang artinya “Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan... Imam Ibnu Katsir menjelaskan, bahwa Imam Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, Al Hasan, Qotadah, Ad Dhohak, dan Rabi’ ibn Anas mengartikan “Fitnah” ini dengan makna “Syirik”. Jadi Syirik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan.

Ayat tersebut turun berkaitan dengan haramnya membunuh di Masjidil Haram, namun hal tersebut diizinkan bagi Rasulullah s.a.w manakala beliau memerangi kemusyrikan yang ada di sana. Sebagaimana diketahui, di Baitullah saat Rasulullah saw diutus terdapat ratusan berhala besar dan kecil. Rasulullah diutus untuk menghancurkan semuanya itu. Puncaknya adalah saat Fathu Makkah, dimana Rasulullah saw mengerahkan seluruh pasukan muslimin untuk memerangi orang-orang musyrik yang ada di Makkah.

Kemudian juga di surat Al Baqoroh (2) ayat 217, disebutkan “Wal fitnatu akbaru minal qotli…” yang artinya Fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan... Ayat ini turun ketika ada seorang musyrik yang dibunuh oleh muslimin di bulan haram, yakni Rajab. Muslimin menyangka saat itu masih bulan Jumadil Akhir. Sebagaimana diketahui, adalah haram atau dilarang seseorang itu membunuh dan berperang di bulan haram, yakni bulan Rajab, Dzulqo’dah, Dzulhijjah dan Muharram.

Adakah kita berfikir dengan sematang-matangnya?? Fitnah sering kali menyinggah dalam kehidupan kita, tidak kira dalam cara apa pun. Tidakkah kita takut diri kita penyumbang kepada Fitnah di akhir zaman?

Marilah kita sama-sama renungkan, sama-sama bermuhasabah kembali. Dunia dengan segala isinya adalah fitnah yang banyak menipu manusia. Dan Rasulullah saw telah memberikan peringatan kepada umatnya dalam berbagai kesempatan, beliau bersabda dalam haditsnya:
Dari Abu Said Al-Khudri ra dari Nabi saw bersabda: ”Sesungguhnya dunia itu manis dan lezat, dan sesungguhnya Allah menitipkannya padamu, kemudian melihat bagaimana kamu menggunakannya. Maka hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, karena fitnah pertama yang menimpa bani Israel disebabkan wanita”(HR Muslim) (At-Taghaabun 14-15).

Secara umum fitnah kehidupan dunia dapat dikategorikan menjadi tiga bentuk, iaitu: wanita, harta dan kekuasaan.

Fitnah Wanita

Dahsyatnya fitnah wanita telah disebutkan dalam Al-Qur’an dan Hadits. Bahkan surat ‘Ali Imran 14 menempatkan wanita sebagai urutan pertama yang banyak dicintai oleh manusia dan pada saat yang sama menjadi fitnah yang paling berbahaya untuk manusia. Rasulullah saw. bersabda, ” Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita” (HR Bukhari dan Muslim).

Fitnah wanita dapat menimpa siapa saja dari seluruh level tingkatan manusia baik dari kalangan pemimpin maupun rakyat biasa. Sejarah telah membuktikan kenyataan tersebut. Banyak para pemimpin dunia yang jatuh karena faktor fitnah wanita. Dan fitnah wanita juga dapat menimpa para dai dan pemimpin dai. Bahkan salah satu hadits yang paling terkenal dalam Islam, yaitu hadits niat, sebab keluarnya karena ada salah seorang yang hijrah ke Madinah untuk menikahi wanita yang bernama Ummu Qois. Maka dikenallah dengan sebutan Muhajir Ummu Qois.


Fitnah Harta

Fitnah dunia termasuk bentuk fitnah yang sangat dahsyat yang dikhawatirkan Rasulullah saw, Dari Amru bin Auf al-Anshari ra bahwa Rasulullah saw. mengutus Abu Ubaidah bin al-Jarrah ke al-Bahrain untuk mengambil jizyahnya. Kemudian Abu Ubaidah datang dari bahrain dengan membawa harta dan orang-orang Anshar mendengar kedatangan Abu Ubaidah. Mereka berkumpul untuk shalat Subuh dengan Nabi saw. tatkala selesai dan hendak pergi mereka mendatangi Rasul saw., dan beliau tersenyum ketika melihat mereka kemudian bersabda,”Saya yakin kalian mendengar bahwa Abu Ubaidah datang dari Bahrain dengan membawa sesuatu?” Mereka menjawab, ”Betul wahai Rasulullah”. Rasul saw. bersabda, ”Berikanlah kabar gembira dan harapan apa yang menyenangkan kalian, demi Allah bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan padamu tetapi aku takut dibukanya dunia untukmu sebagaimana telah dibuka bagi orang-orang sebelummu dan kalian akan berlomba-lomba mendapatkannya sebagaimana mereka berlomba-lomba, dan akan menghancurkanmu sebagaimana telah menghancurkan mereka.” (HR Bukhari dan Muslim).


Fitnah Kekuasaan

Fitnah kekuasaan biasanya menimpa kalangan elit dan level tertentu dalam tubuh umat. Fitnah inilah yang menjadi pemicu fitnah kubra di masa sahabat, antara Ali r.a. dengan siti Aisyah r.a. dalam perang Jamal, antara Ali r.a. dengan Muawiyah r.a. dalam perang Siffin, antara Ali r.a. dengan kaum Khawarij.

Apa yang kita sepatutnya lakukan adalah menjauhkan diri kita dari sebarang fitnah. Bukan mudah untuk kita hadapi semuanya, tetapi berpegang teguhlah pada ajaranNYA. Selagi mana kita berpegang dengannya Insyallah kita mampu untuk menghadapi segala fitnah yang mendatang. Insyallah..

21 Jun 2011

Sabar, sabar dan sabar.. Apa Hikmahnya??


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

Adakah anda terfikir kenapa kita diuji olehNya dan apakah faedahnya? Mengapakah dikatakan setiap ujian itu ada hikmahnya? Perkara ini mudah untuk mendapatkan jawapannya sekiranya hati kita mempunyai sifat REDHA. Inilah penawar bagi penyakit yang menyerang insan-insan yang sedang diuji.

Allah akan menguji kita dengan pelbagai bencana atau musibah. Ketika itu, bersabarlah dan ucapkan "Innalillah..." Hari ini saya sendiri sedang diuji. Kesakitan yang tidak surut-surut. Demam yang diikutkan telah tiga hari saya hadapinya. Pening, sakit tekak, batuk, selsema. Itulah yang dikatakan ujian dari Allah. Ianya akan dilihat sejauh mana kita mampu utk bersabar atau sebaliknya.

Firman Allah Ta'ala:
" Dan sungguh akan Kami(Allah) berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah:155-157).


Pertama sekali fahamilah apakah yang dikatakan dengan ujian...Allah melimpahkan ujian itu datangnya dari dua keadaan. Sama ada ujian berbentuk kesusahan atau kesenangan....dan yang paling kerap berlaku pada kita adalah ujian berbentuk kesusahan kerana sesungguhnya yang lebih berat antara keduanya adalah ujian di masa kita diberikan kesenangan...dan Allah S.W.T Maha Penyayang memberikan ujian yang paling ringan pada kita. Ujian itu dilimpahkan untuk memberi kita peluang menambah saham pahala. Bila kita ditimpa sesuatu masalah kita akan bersabar dan cuba menanganinya dengan jalan redha dan mengingati Allah sebagai sumber kekuatan.


Kita tidak akan putus dengan usaha dan berdoa supaya Allah memberkati kita dan mempermudahkan segala urusan kita. Maka dengan itu kita tidak akan lupa dan sentiasa berada di tali Allah. Bukankah itu suatu hikmah.. Bukankah itu sebagai pembantu untuk kita meraih sebanyak mungkin pahala di bumi Allah ini selagi usia dikandung badan.

Sedarlah kita sesungguhnya ujian itu tidak lain memberikan kita inspirasi untuk menjadi seorang yang kuat dan yakin...di samping menjadikan kita hamba yang taat dan dicintai Allah. Dan berpeganglah kepada ayat ini...walau apa pun yang berlaku bukan atas kehendak kita atau yang dinamakan takdir, maka sebenarnya ALLAH SEDANG MENGATUR YANG TERBAIK UNTUK KITA...Allah Maha Penyayang dan Allah tidak akan membiarkan hambaNya dalam kesusahan dan keperitan tanpa sebab.Sungguhnya Dialah yang menciptakan kita maka Dia jualah yang lebih mengetahui yang terbaik untuk kita....Oleh itu, bersabarlah ketika menghadapi ujian Allah S.W.T. Semoga kita menjadi hamba yang Mukminin, Muttaqin dan Muslihin.

Ini adalah ungkapan para ulama yang telah memerhati dan menteliti perihal manusia dalam kehidupan di dunia ini. Manusia dalam kesehariannya pasti akan bertemu antara dua perkara, perkara yang menyenangkannya atau perkara yang sebaliknya.

Allah SWT menjadikan kehidupan manusia ini keseluruhannya adalah peluang untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan menuju ke arahNya.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang mukmin) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya.” Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim (7425).


“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahalanya tanpa batas.” (QS. Az Zumar:10)

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersabar dengan segala ujian yang mendatang. Sama ada dalam keadaan senang mahupun susah. Sesungguhnya sabar itu membawa seribu satu hikmah dalam kehidupan kita.

Delegasi MPP UNISEL

~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

Delegasi MPP UNISEL

Bermuzakarah Bersama MPM KUIS 2008/2009 ( 14 Sept. 2009)

Presiden UNISEL.. mungkin skrg sudah menjadi mantan presiden..








Kenangan dan kenangan.. Suatu ketika dahulu..

~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

Kenangan demi kenangan yang berlalu.. kadang2 membuatkn kita terawang-awangan.. berkasih kerana Allah dan RasulNya.. Semuanya membuatkan hatiku semakin hiba apabila mengingatinya.. Merindui mereka2 yang pernah berjasa kepada ku..

Kenangan bersama sewaktu di KUIS, bersama-sama membangungkan organisasi kita.. Majlis Perwakilan Mahasiswa 2008/2009.. walauapa pun yg berlaku, rintangan dan dugaan silih berganti, ianya tetap tersemat dihatiku sebagai kenangan yang terindah..
moga2 kalian bahagia di dunia dan diakhirat..


dalilah yg setia dgn spearker konner.. huhu..
kak nafisah berusaha keras utk mengopak dinding offis..




akram ikrami yg agak2 cover malu.. menyapu bagaikan gadis melayu..

keadaan offis yg lintang pukang..semuanye dlm proses mengemas sblm mengecat..

yuszairi my assistnt yg sgt2 rajin.. n sgt setia membantu sy dlm melakukan tugasan.. terima kasih yus.. amin jgk, yg sering memberikn sokongan dan sering membantu dan menasihati kami..

ni xtahu la sape.. sedih je.. kopak dinding guna kuku.. huhu..

apa-apa pun semuanya hanya tinggal kenangan.. kenangan yg tidak bisa aku lupakan..
terima kasih kerana memberikan aku secebis kebahagian yg mampu utk ak rasai bersama kalian...terima kasih...

20 Jun 2011

KELEBIHAN AYAT KURSI



Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya b ahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kita b "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bbin ' Amr r. a... , Rasullullah s.. a. w. b ersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Bismillah 5 - Fadhilat Bismillah




Ertinya :

1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui


Fungsi Bismillah 5 adalah seperti berikut:

1. Penawar bisa diri

2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

3. Penawar bisa-bisa badan.

4. Penawar bisa batu merian

5. Untuk mengubat penyakit yang tidak diketahui puncanya.


Cara Merawat:

Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yangsakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air.Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit. 


Fadhilatnya:

1. Makbul segala hajat dan cita-cita.

2. Luas rezki

3. Menang dalam peperangan.

4. Penerang hati.

5. Dijauhkan dari segala penyakit.

6. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim

7. Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.

8. Dibaca pada malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.

9. Aman daripada binatang buas.

10. Air laut menjadi tawar.

11. Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.

12. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.

13. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.

14. Terselamat dari karam di laut.

15. Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.(air selusuh bersalin)

16. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya dapat mendengar.

17. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali InsyAllah lari iblisnya.

18. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.

19. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.

20. Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.

Anda yakin KOPITIAM itu halal??






Setelah genap 3tahun, sy telah menamatkan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarbangsa Selangor dalam jurusan Syariah dan perundangan Islam. Sewaktu di semester 5, saya telah diberikan tajuk latihan ilmiah "Penggunaan Tanda Halal di Kopitiam : Satu Kajian di Kuala Lumpur". Saya dikehendaki untuk mengkaji berkaitan status halal yang berada di setiap Kopitiam.

Setelah kajian dilakukan hampir setahun setengah, saya mendapati terlalu banyak kopitiam yang tidak memiliki sijil halal dan kebanyakan kopitiam yang tidak memiliki sijil halal itu dikunjungi oleh mejoritinya penganut agama ISLAM. Sewaktu saya menjalankan kajian, kebanyakan dari kita sendiri tidak peka mengenai isu ini. Umat Islam itu sendiri tidak sensetif terhadap apa yang mereka makan. Sebelum ini hanya 2 kopitiam yang memiliki sijil halal. Hari ini selepas saya mencarinya di direktori halal malaysia, ada 3kopitiam yang memiliki sijil halal, tetapi ianya bukan di seluruh kawasan.

Ini adalah antara premis makanan KOPITIAM yang memiliki sijil halal.

SENARAI PREMIS MAKANAN
Bil Nama & Alamat Premis Makanan
Syarikat
1. JONKER WALK KOPITIAM
(D'SUBHA MULTI INDUSTRIES (M) SDN. BHD. (JONKER WALK KOPITIAM))

LOT G1, PLAZA USAHAWAN JALAN HANG TUAH
75300
Melaka Darul Azim
15/02/2013 JONKER WALK KOPITIAM<br><i>(D'SUBHA MULTI INDUSTRIES (M) SDN. BHD. (JONKER WALK KOPITIAM))</i>
2. OLD TOWN KOPITIAM SDN BHD (PLAZA SHAH ALAM)
(KOPITIAM ASIA PACIFIC SDN BHD)

LOT 19,2ND FLOOR, PLAZA SHAH ALAM, NO 2 JLN TENGU AMPUAN ZABEDAH,
E9/E, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
40100
Selangor Darul Ehsan
30/11/2012 OLD TOWN KOPITIAM SDN BHD (PLAZA SHAH ALAM)<br><i>(KOPITIAM ASIA PACIFIC SDN BHD)</i>
3. OLDTOWN KOPITIAM SDN BHD (SEC 7, SHAH ALAM)
(KOPITIAM ASIA PACIFIC SDN BHD)

NO.1G, JALAN PLUMBUM S7/5,
Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Selangor.
40000
Selangor Darul Ehsan
30/11/2012 OLDTOWN KOPITIAM SDN BHD (SEC 7, SHAH ALAM)<br><i>(KOPITIAM ASIA PACIFIC SDN BHD)</i>
4. OLDTOWN WHITE COFFEE (GC BANGI SDN BHD)
(KOPITIAM ASIA PACIFIC SDN BHD)

NO.23, JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 4A, PUSAT BANDAR, .
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
43650
Selangor Darul Ehsan
15/01/2013 OLDTOWN WHITE COFFEE (GC BANGI SDN BHD)<br><i>(KOPITIAM ASIA PACIFIC SDN BHD)</i>
5. OLDTOWN WHITE COFFEE (GOURMET CHEF PERMATA SDN BHD)
(KOPITIAM ASIA PACIFIC SDN BHD)

NO. 1, PERSIARAN PERMATA, TAMAN PERMATA, 53300 KUALA LUMPUR.
53300
Selangor Darul Ehsan
15/01/2013 OLDTOWN WHITE COFFEE (GOURMET CHEF PERMATA SDN BHD)<br><i>(KOPITIAM ASIA PACIFIC SDN BHD)</i>
6. KOPITIAM
(ORION EXPRESS (M) SDN. BHD. (RADIUS INTERNATIONAL HOTEL KL))

RADIUS INTERNATIONAL HOTEL KUALA LUMPUR
50200,
Kuala Lumpur
15/06/2013 KOPITIAM<br><i>(ORION EXPRESS (M) SDN. BHD. (RADIUS INTERNATIONAL HOTEL KL))</i>
7. PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHCBR)
(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)

LOT G17, G18, G19 & G20, GROUND FLOOR,
CARREFOUR BUKIT RIMAU NO. 2, JALAN SUNGAI BURUNG 32/68,
SEKSYEN 32,SHAH ALAM
40460,
Selangor Darul Ehsan
15/05/2013 PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHCBR)<br><i>(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)</i>
8. PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHCBR)
(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)

LOT G17, G18, G19 & G20, GROUND FLOOR, CARREFOUR BUKIT RIMAU
NO. 2, JALAN SUNGAI BURUNG 32/68, SEKSYEN 32,
SHAH ALAM, SELANGOR
40460
Selangor Darul Ehsan
15/05/2013 PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHCBR)<br><i>(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)</i>
9. PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHCTH)
(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)

CARREFOUR MALL BANDAR TUN HUSSEIN ONN
LOT G.03 & G.04, G.17, TINGKAT BAWAH
JALAN SUARASA 2, CHERAS
43200,
Selangor Darul Ehsan
15/05/2013 PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHCTH)<br><i>(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)</i>
10. PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHCTH)
(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)

CARREFOUR MALL BANDAR TUN HUSSEIN ONN
LOT G.03 & G.04, G.17, TINGKAT BAWAH
JALAN SUARASA 2,CHERAS,
43200,
Selangor Darul Ehsan
15/05/2013 PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHCTH)<br><i>(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)</i>
11. PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHECK)
(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)

G34/35/36, GROUND FLOOR, TESCO EXTRA CHERAS NO. 2, JALAN MIDAH 2 TAMAN MIDAH, CHERAS
56000
Kuala Lumpur
15/03/2012 PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHECK)<br><i>(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)</i>
12. PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHECK)
(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)

G34/35/36, GROUND FLOOR,
TESCO EXTRA CHERAS NO. 2,
JALAN MIDAH 2 TAMAN MIDAH, CHERAS
56000,
Kuala Lumpur
15/05/2013 PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHECK)<br><i>(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)</i>
13. PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHKB)
(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)

NO. 55-1, JALAN BANGAU 2
KEPONG BARU
52100,
Kuala Lumpur
15/05/2013 PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHKB)<br><i>(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)</i>
14. PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHKB)
(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)

NO. 55-1, JALAN BANGAU 2
KEPONG BARU
52100,
Kuala Lumpur
15/05/2013 PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHKB)<br><i>(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)</i>
15. PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHSWP)
(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)

LOT C28, CONCOURSE FLOOR
SUNGEI WANG PLAZA
JALAN BUKIT BINTANG
55100
Kuala Lumpur
15/05/2013 PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHSWP)<br><i>(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)</i>
16. PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHTRW)
(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)

LOT G16 & G17, GROUND FLOOR, TESCO RAWANG
NO. 1, JALAN RAWANG,
48000,
Selangor Darul Ehsan
15/05/2013 PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHTRW)<br><i>(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)</i>
17. PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHTRW)
(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)

LOT G16 & G17, GROUND FLOOR,
TESCO RAWANG,NO. 1, JALAN RAWANG,
48000,
Selangor Darul Ehsan
15/05/2013 PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHTRW)<br><i>(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)</i>
18. PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHTSH)
(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)

LOT G2, GROUND FLOOR, TESCO SHAH ALAM
NO. 3, JALAN AEROBIK 13/43, SEKSYEN 13
40100,
Selangor Darul Ehsan
15/05/2013 PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHTSH)<br><i>(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)</i>
19. PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHTSH)
(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)

LOT G2, GROUND FLOOR, TESCO SHAH ALAM
NO. 3, JALAN AEROBIK 13/43, SEKSYEN 13
SHAH ALAM
40100
Selangor Darul Ehsan
15/05/2013 PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD (PHTSH)<br><i>(PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD)</i>


Ini pula adalah syarikat KOPITIAM yang memiliki sijil halal buat masa ini .


SENARAI SYARIKAT
Bil Nama & Alamat Syarikat
Syarikat
1. PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD
15/02/2012
15/03/2012
15/05/2013
15/05/2013
15/05/2013
15/05/2013
15/05/2013
PAK HAILAM KOPITIAM SDN BHD
2. KOPITIAM ASIA PACIFIC SDN BHD
LOT 896, JALAN SUBANG 10, TAMAN PERINDUSTRRIAN SUBANG, 47600 SUBANG JAYA, SELANGOR
30/11/2012
15/01/2013
KOPITIAM ASIA PACIFIC SDN BHD
3. D'SUBHA MULTI INDUSTRIES (M) SDN. BHD. (JONKER WALK KOPITIAM)
12A-1,JLN BBP-1,TAMAN BUKIT BERUANG PERMAI
75450 BUKIT BERUANG
15/02/2013 D'SUBHA MULTI INDUSTRIES (M) SDN. BHD. (JONKER WALK KOPITIAM)


Saya berharap agar anda sendiri tidak mudah terpengaruh dengan COP HALAL yang digunakan diluar sana. Sekiranya ianya tidak seperti cop halal dibawah ini, sebaiknya anda jauhi utk mengambilnya.




Fikirkanlah demi kemsalahatan umat itu sendiri.

Allah Swt. berfirman:
"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal dan baik dari apa saja yang terdapat di bumi, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kalian yang nyata." (QS al-Baqarah [2]: 168).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.