.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

02 September 2013

|AKU, CLIENT & MAHKAMAH TINGGI SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN|




~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

|AKU, CLIENT & MAHKAMAH TINGGI SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN|

Hari ini pastinya hot dengan isu minyak naik kn.. Yang pastinya Ustazah Kejayaan sendiri bising.. Maklumlah, bila minyak naik, yang lain jugak turut naik.. Tapi malam ni Ustazah Kejayaan bukan nk cerita tentang isu minyak lagi, cukup-cukuplah 4 hingga 5 status Ustazah Kejayaan cerita tentang Minyak.. Penat ketawa je skrg ni..

Sekarang ni Ustazah Kejayaan nk cerita semula tentang |AKU, CLIENT & MAHKAMAH TINGGI SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN| .. 

Cerita yang berkaitan dengan AYAH ARWAH NURIN JAZLIN..  Ceritanya begini... 


________________________________________________________________

Pada hari yang dijanjikan aku, aina pelajar pratikal di Zuri & Co menunggu kedatangan cik Nureen.. Minggu itu kebiasaanya minggu JEM.. Jalan itu ditutup, jalan ini ditutup.. Kes Hibah di MTS KL akan bermula pada jam 11pagi.. Kami bergerak awal ke MTS KL bagi mengelakkan tersangkut di dalam jem.. 

Sampai sahaja di MTS KL, kami bergerak ke kantin.. Almaklumlah, duduk di dalam court pastinya lama, kami decid untuk sarapan terlebih dahulu.. Masuk sahaja di dalam kantin, kami berjumpa bersama dengan client tersebut.. Ayah arwah nurin jazlin dan Ayah angkat Ayah Arwah Nurin Jazlin.. Pada mulanya aku tidak mengetahui bahawa lelaki tersebut ayah arwah nurin jazlin.. Tapi bila diingatkan semula, baru aku mengetahuinya.. 

Kes ini sebenarnya melibatkan Ayah angkat ayah arwah nurin jazlin..  Kes hibah.. Kami menunggu di dalam court.. Aku melangkah masuk dan aku membuka niqabku di dalam court tersebut.. Sekali lagi aku menjadi perhatian mereka di dalam court.. Aku jalan seperti biasa.. Berlagak cool.. Walaupun dalam hati ni dah cukup mengelabah.. 

Kami duduk dihadapan, menunggu kes dipanggil.. Tunggu punya tunggu, jam 1 petang baru kes kami dipanggil.. Kes terakhir rupanya.. Sebelum tu ada kes lain.. Melibatkan dua orang peguam.. Aku cukup mengenali mereka.. Tetapi malangnya aku selalu sahaja terlupa apa nama mereka.. 

Bak kata Tuan Zainul aku ni dah terlajak makan kari kepala ikan.. Bagi aku buka kari kepala ikan dah, kari kepala rimau.. Paling susah untuk aku ingat adalah nama orang, sehinggalah aku menulis nama meraka, baru aku akan mengingati meraka.. Kes yang melibatkan dua orang penguam ini adalah Tuntutan Harta Sepencarian.. 

Hakim Muhamad Fauzi ada berkata kes yang melibatkan harta seoencarian ini akan menjadi mudah apabila diselesaikan diluar mahkamah, dan perbincangan bersama orang yang menuntut dan yang dituntut.. Tetapi kes ini akan menjadi sukar dan rumit apabila ianya melibatkan mahkamah.. Mana tidaknya pastinya resit itu, perjanjian ini akan dituntut untuk dikemukakan di Mahkamah.. Sehingga bergaduh diantara peguam itu.. 

Aku yang pada mulanya tersengguk-sengguk menahan mengantuk boleh tersentak apabila mendengar suara mereka.. Apa yang ditelagahkan itu ada masuk akalnya.. Tetapi aku lihat peguam dipihak defenden bijak dalam syco orang.. Aku dibelakang ni senyum sendirian walaupun dalam keadaan mengantuk.. Aku fikirkan aku sahaja yang mengantuk.. rupa-rupanya aina dan cik nureen juga turut tertidur.. Sekali toleh kebelakang, semuanya tidur.. kecuali ayah arwah nurin jazlin.. Kuat sungguh beliau menahan mengantuk..

Sampai masa yang dinantikan nombor kes yg terakhir disebut.. Cik nureen bersama anakguamnya bangun ke hadapan.. Ayah Arwah Nurin Jazlin hanya bangkit dan duduk sebaris dengan kami dibelakang.. Aku hanya senyum dan tunduk tanda hormat.. Aku lakukan begitu tidak kira pada siapa pun.. Mereka yang besalah atau pun tidak.. Pastinya aku akan lakukan perkara yang sama.. Kerana bagi aku syco ini penting.. Bila mereka merasa dipercayai pastinya mereka akan menceritakan apa sahaj yang terjadi, dan dari situ kita boleh lihat yang mana dikatakan betul mana yang tidak.. 

Semasa aku berbual dengan Tuan Zainul Rijal, beliau ada mengatakan bahawa kita ini sebagai peguam yang sudah lama, boleh tahu mereka berbicara benar atapun tidak.. Ya, aku tidak menafikannya.. Apabila berhadapan, kita boleh tahu mereka berkata benar atau tidak dengan melihat cara mereka bercakap, gaya mereka, bahasa badan, pergerakan mereka.. Di dalam mahkamah terkadang kita boleh lihat dengan sendirinya bagaimana mereka berbicara.. Sebab itulah aku lebih suka berbincang atau bertanya sesuatu secara berhadapan.. Face to face.. berbanding di alam maya.. Tetapi apabila fakta dan ayat mereka dilihat lari dan tiada hala tujunya kita boleh tahu, apa sebenarnya yang hendak mereka sampaikan.. 

Ilmu syco juga adalah suatu item yang penting untuk dipelajari.. Menjadi peguam perlu berhati-hati.. Kerana jika peguam ini terlalu cepat simpati dengan seseorang, kemungkinan besar untuk mereka dimanipulasi sangat mudah.. Terkadang itu terlalu banyak kerenah client yang pelik-pelik aku lihat.. Ada yang mahu mengambil kesempatan, ada yg cuba menggunakan pujuk rayu..dan sebagainya.

Aku bercakap seolah-olah aku telah mengalaminya, namun pada hakikatnya aku hanya melihat dan memerhati.. Itulah kerja aku.. MELIHAT dan MEMERHATI.. Semasa di dalam mahkamah aku melihat pelbagai-bagai ragam, pelbagai-bagai masalah.. Ini juga salah satu sebab aku suka untuk menjadi peguam sebab aku hanya banyak masa untuk memikirkan masalah client, bagaimana untuk menyelesaikannya dan sebagainya.. Dari situ aku akan lupa yang aku sedang sakit. 

Sewaktu kes dibicarakan, aku diserang sakit itu kembali.. Sakit tulang belakang aku datang mencengkam.. Aku mula tidak senang duduk.. Cuba dibuka zip beg, adakah terdapat minyak atau ubat yang boleh aku makan untuk menahan sakit itu.. Rupa-rupanya tidak.. "TERTINGGAL!".. Aku cuba untuk menghilangkan tumpuan aku pada kesakitan itu kepada kes yang sedang dibicarakan.. Apa yang mampu untuk lakukan kita itu hanya berzikir.. Aku berzikir dan terus berzikir.. Dalam sekelip mata zikir itu meresap masuk ke dalam tubuhku seolah-olah menjadi ubat pelali.. 

Aku berzikir dan terus berzikir, dalam masa yang sama aku cuba untuk menumpukan sepenuh perhatianku terhadap kes yang dibicarakan.. Alhamdulillah.. Allah membantuku.. Dengan intonasi suara cik Nureen yang tinggi dan garang itu membuatkan aku terlupa yang aku sedang menanhan kesakitan itu.. Sempat juga pada waktu itu aku melihat perbezaan diantara Tuan Zuri dan Cik Nureen.. Sangat berbeza.. Tuan Zuri aku lihat agak lembut sedikit didalam mahkamah.. Beliau tidak setegas cik Nureen.. Kelihatan lebih tenang dan clam down berbanding cik Nureen.. Inilah perbezaan diantara dua orang peguam.. Bagaimana mereka yang tegas diluar mahkamah, begitu jugalah ketika di dalam mahkamah.. Jika mereka seorang yang tenang, maka tenanglah mereka di dalam mahkamah.. Dari sini aku mula melihat bagaimana mereka menyampaikan hujah mereka.. 

Ketika soal jawab dilakukan, Hakim diatas menegur "Puan, ada banyak lagi soalan yang hendak ditanya?"

Peguam menjawab "Ya.. Adakah Yang Arif mahu sy sambung atau menangguhkan ke satu masa yang ditetapkan nanti?" 

Hakim : "Puan teruskan pada soalan yang utama sahaja kemudian kita sambung pada masa akan datang?"

Rupa-rupanya aku lihat semua sudah mula ketiduran.. Polis mahkamah itu juga mula ke kanan dan ke kiri, begitu juga hakim.. Pembantu hakim yang dihadapan sudah mula tertidur.. aku sedikit ketawa dibelakang.. "Patutlah ada orang boleh menang kes dalam tidur ye.. hehe".. 


Hakim minta soalan disambung pada masa akan datang.. Kami dan client itu bangun dan keluar agak sedikit lambat dari yang lain.. Dilihat ada sedikit sinar disitu.. Kami hanya berdoa ketika itu.. Lalu kami berjalan beriringan ke kantin.. Perut pada waktu itu sudah mula berkeroncong.. Client duduk sekali bersama kami.. Kami berbincang tentang kes tadi.. Bermula kes pertama sehinggalah kes mereka sendiri.. Apa yang kami bincangkan menjadi kerahsian kami sahaja.. Demi menjaga amanah.. 

Tetapi aku kagum melihat mereka.. KAGUM! sangat kagum.. hehe.. 

Sekian , Sampai Sini Sahaja ~~~ 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.