.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

26 September 2012

Anak Kecil Merindui Kami


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

Baru td aku membuat panggilan ke rumah.. Menelefon kakak ku.. Setelah berbual lama, kakak memberitahu bahawa anak saudaraku sakit.. Menunggu panggilan dari doktor sama ada perlu di operaction @ tidak..   

 

  syahmi, abg cik, syakir, taufiq.. 

 



 naqib


Aku terkejut menerima berita itu.. Seorang demi seorang anak saudaraku sakit.. Bermula dari Taufiq, seterusnya Syahmi, Syakir, Syauqi dan sekarang syafiq (abg cik..) .. Mungkin ini adalah ujian buat mereka.. Walaupun di lihat sangat kecil tetapi mereka sangat kuat.. Merekalah sumber inspirasiku untuk aku terus kuat disini..
 
Habis berbual bersama kakak, aku minta telefon dipaskan kepada anak-anak saudaraku ..

Anak saudara : Hai bibik.. eh..
Sy : Assalamualaikum.. mane salamnye ni?? Ni Siapa?? Taufiq ke Syafiq (Abg Cik)
Anak Saudara : ni Abg cik bibik.. ni bibik najah ke??
Sy : ye ni bibik najah..  Abg cik ye.. abg cik sihat ??
Anak saudara : (diam tidak menjawab..)
Sy : Abg cik tak rindu kt bibik ke??
Anak saudara : (masih lagi senyap seperti td )


tiba-tiba kedengaran suara ibunya dibelakang..
 


"abg cik, jgn angguk.. bibik tak nampak abg cik angguk..bibik xde kt depan abg cik.. abg cik jawablah.. "

lalu anak saudaraku terus menjawab segala pertanyaanku td..
 
"abg cik sihat bibik.. "
"abg cik rindu kt bibik... bile bibik nak balik.."

Aku diam membisu.. tidak tahu apa harus ku jawab..
 
Telefon dipaskan kepada abgnya TAUFIQ..

Taufiq : Assalamualaikum bibik...
Sy : walaikumussalam.. Taufiq sihat?
Taufiq : sihat je.. bibik bile nak balik? lama lagi ke?? taufiq rindu..
sy : tahun depan bibik balik ye.. bibik janji..
Taufiq : (dalam nada riang.) Bibik balik tahun depan! bile tu bibik?
Sy : Tunggu raya tahun depan ye..
Taufiq : Raya tahun 2013 ke??
Sy : ye raya tahun 2013.. nnt taufiq ambil bibik kt kapal terbang ye..
taufiq : janji ye bibik..! Taufiq ambil bibik kt kapal terbang nnt.. 

 
 
 syakir, syahmi, syauqi ketika berhari raya..


 syauqi ketika di wad



Sayup terasa.. Ingatan anak-anak saudaraku sungguh kuat.. Tidak boleh sebarangan berjanji.. teringat semasa berbual bersama kakakku.. dia memberitahu kepadaku yang anak-anak saudaraku rindu kepadaku dan adikku..

Taufiq dan Abg cik : "Mak... Bibik najah dgn bibik syifa selalu ikut jalan ni kan.. "
Kakakku : "eh kenapa kamu tnye psl bibik2 kamu berdua tu?"
Taufiq dan Abg cik : (senyap membisu dan terus menundukkan kepalanya..)


Mungkin ketika ini mereka perlukan kami.. Walaupun masih kecil tetapi jiwa mereka besar.. Sangat tabah dan kuat.. Bibik doakan anak-anak saudara bibik semuanya sihat-sihat.. Jangan nakal-nakal..InsyAllah.. tahun depan ada rezeki bibik balik..





 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.