.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

17 Oktober 2009

Wahai Kaum Wanita...

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yan lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda,"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia.

Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

Apabila perampuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya yang melahirkannya

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan

Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

Barangsiapa yang menggembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah dahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun)


Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh

Aisyah berkata, "aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "suaminya" "siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "ibunya".

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suminya serta menjaga sembahyangnya dan puasanya.

Syurga itu di bawah tapak kaki Ibu.


Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku ( Nabi s.a.w) di dalam syurga.

Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


*Jadi, janganlah sesekali kita menjadi lemah. Wanita sebenarnya yang membuat lelaki itu kuat. itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

SUATU KISAH PERCINTAAN

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian
mereka
berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian
si
isteri bertanya kepada
sisuami. Ini dialog mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya?
mengapa abang cintakan saya?



Suami : Abang tidak boleh menerangkan
sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan
abang tidak boleh
menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi
abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak
abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-
kawan saya yang lain yang mempunyai suami
dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan
mengapa mereka mencintai.
Dalam bentuk puisi dan syair lagi! kenapa abang
tidak boleh terangkan sebabnya??

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang
cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu.
Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah
cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan
penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri
mengalami kemalangan dan
koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk
surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil
isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai
mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu..
Jika disebabkan kasih sayangmu dan ingatanmu
terhadapku,aku mencintai mu...sekarang
bolehkah
engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu...
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu,
sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu..
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai
mu,
sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika cinta memerlukan
SEBAB seperti sekarang,maka aku tidak lagi
mempunyai sebab untuk mencintai mu!!!
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku
masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab
kerana
kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan
dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam HATI"

kadang2 cinta itu sukar diterjemahkan...ianya terlalu abstrak.terpulang pada individu untuk menilainya..
yang pastinya..hanya cinta padaNya yang KEKAL ABADI..... Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
mu!!!
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku
masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab
kerana
kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan
dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam HATI"

kadang2 cinta itu sukar diterjemahkan...ianya terlalu abstrak.terpulang pada individu untuk menilainya..
yang pastinya..hanya cinta padaNya yang KEKAL ABADI....

rAhsia taUgeH

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.
Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.


Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.

Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi,

JOM kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.