.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

26 November 2011

Muharam ~ Bulan Penghijrahaan




~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


Selingan sedikit tentang Muharram

Mari kita berhijrah sebentar ke dalam bahasa inggeris.
Muharram (Arabic: المحرّم) is the first month of the Islamic calendar. It is one of the four sacred months of the year in which fighting is prohibited. Since the Islamic calendar is a lunar calendar, Muharram moves from year to year when compared with the Gregorian calendar.
Muharram is so called because it is unlawful to fight during this month; the word is derived from the word haram, meaning "forbidden". It is held to be the most sacred of all the months, excluding Ramadan. Some Muslims fastduring these days. The tenth day of Muharram is called Yaumu-l 'Ashurah, which is known by Shia Muslims as 'the day of grief'.

09 November 2011

.: Hinanya Kita Mencintai Nabi Tanpa Mengenalinya :.






~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


Marilah kita merenung sejenak dalam diri kita, muhasabah kembali adakah kita benar-benar mencintai nabi. Kita sering kali mengaku mencinta Nabi, tetapi kita tidak sedar bahawa dalam kita mengaku kita mencintai Nabi, kita sebenarnya tidak mengenali Nabi. Ana terdetik untuk membicarakan tentang persoalan ini apabila ana menghadiri progam BAKSIS (anak-anak sabah) di IRBID. Ana ke sana atas tujuan menemani sahabat ana.

Didalam program tersebut ada diselitkan permainan KOTAK BERACUN. Apa yang menarik minat ana ialah tentang soalan-soalan yang diberikan kepada mereka yang memegang kotak tersebut. Soalan yang diberikan membuka mata ana, selama kita mengaku kita mencintai baginda kita alpa untuk mengambil tahu tentang peribadi baginda, kesukaan baginda, haiwan kesayangan baginda dan sebagainya. Soalan yang diberikan amat mudah tetapi kita tidak dapat untk menjawabnya.


21 Oktober 2011

.:l SERABUT : Semuanya telah terjawab.. l:.



~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


"SERABUT!!" itulah status yang ana sering kali tulis di wall facebook ana sejak kebelakangan ini.. Kadang-kadang ana terfikir, apa sebenarnya yang ana serabutkan.. "Hal Remeh Temeh" itu juga yang sering kali datang mengunjungi ana. Gerak hati yang tidak menentu.. Risau dan Rindu.. ana sering teringatkan mak dirumah.. Terasa ingin mendail nombor di telefon bimbit ana tetapi ana batalkan jua niat itu.. terasa menyesal apabila ana memilih untuk menbatalkan niat menelefon ke rumah..

Ana cuba untuk mengabaikan perasaan itu.. Ana sibukkan diri ana dengan kuliah, toturial, program dan pelbagai kerja lagi tetapi setiap kali ana cuba untuk melupakan perasaan risau itu, ana tewas. Ana diuji lagi dengan pelbagai masalah-masalah lain, yang mana kadang-kadang masalah itu sebenarnya masalah yang remeh..tetapi ana tidak terfikir sebenarnya masalh yang datang mengunjung itu petanda sesuatu..

Petang tadi, selepas solat jumaat kami dibahagian muslimat mengadakan liqa batch..didalam liqa tersebut pelbagai perkara yang diingatkan semuanya berkaitan kerja dan kerja.. dalam masa yang sama diselitkan juga berkaitan hati dan rohani... Bermula detik itu kerinduan ana pada keluarga semakin mencurah-curah.. terkadang ana cuba untuk berlagak kuat, tetapi ana TEWAS.. Akhirnya, tepat jam 5.30 petang, ana gagahkan jua untuk mendail nombor abah.. Ana menanti dengan penuh debaran.. Setelah telefon didail "TRUTTT.... TRUTTT..." terdengar suara emak memberi salam..


18 Oktober 2011

Jawatan : Anugerah atau Amanah??




~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم



Setelah sebulan saya menjejakkan kaki ke bumi ambiya ini, banyak yang dapat saya pelajari. Hidup ini tidak seindah yang disangka. Kadang kala kita diatas, kadang kala kita dibawah. Sebelum saya menjejakkan kaki ke sini, ramai yang mengingatkan saya tentang pelbagai perkara. Ada yang mengingatkan saya tentang tarbiyahnya, ada tentang kepimpinan dan macam-macam lagi. Dan apa yang mereka ingatkan pada saya itu benar-benar berlaku.


17 Oktober 2011

RAPUH




Opick - Rapuh


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

10 Oktober 2011

Jawatan : Anugerah atau Amanah??



~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم



Setelah sebulan saya menjejakkan kaki ke bumi ambiya ini, banyak yang dapat saya pelajari. Hidup ini tidak seindah yang disangka. Kadang kala kita diatas, kadang kala kita dibawah. Sebelum saya menjejakkan kaki ke sini, ramai yang mengingatkan saya tentang pelbagai perkara. Ada yang mengingatkan saya tentang tarbiyahnya, ada tentang kepimpinan dan macam-macam lagi. Dan apa yang mereka ingatkan pada saya itu benar-benar berlaku.

Pada mulanya saya menyangka alam memegang jawatan itu terhenti di KUIS sahaja, rupa-rupanya sebaliknya berlaku. Memegang jawatan ini adalah suatu perkara yang amat saya takuti. Takut andai diterima saya tidak mampu untuk lakukan yang terbaik. Memegang jawatan ini bukan suatu perkara yang mudah. Ianya suatu amanah yang sangat berat untuk kita pikul, bukannya satu anugerah yang perlu kita bangga-bangga.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah mengingatkan kita supaya jangan didambakan jawatan, usah ditagihkan kedudukan kerana jika ianya terjadi, Allah akan bebankannya dengan perkara yang lebih berat. Sebaliknya jika amanah itu diberikan kepada kita ttanpa kita memintanya, maka Allah akan membantu kita untuk menyempurnakan amanah berkenaan.

Memang tidak dinafikan setiap manusia dilahirkan sebagai pemimpin, sekalipun ianya hanya terhadap dirinya sendiri. Sekiranya kita gagal dalam memimpin diri sendiri, maka yang akan lahir itu bukanlah seorang manusia yang berjaya. Apa yang harus kita ketahui, menjadi pemimpin tidaklah sesukar mana pun tetapi yang sukar adalah menjadi pemimpin yang baik kepada orang yang dipimpin.

Memegang jawatan adalah satu amanah dan tanggungjawab. Semua ini akan ditanya dan ditagih didepan Allah tentang apa yang telah kita lakukan sama ada baik ataupun sebaliknya. Kita juga akan ditanya tenttang apa yang kita perkataan sewaktu menjadi pemimpin dahulu. Apa yang kita perlu ingat menjadi pemimpin ini bukannya mendapat hadiah, elaun bulanan, tiket pulang ke malaysia, tetapi yang kita dapat adalah penat, sakit, dan sebagainya. Tetapi jangan kita lupa menjadi pemimpin ini juga memberikan kita seribu satu kekuatan, soft skill, kemahiran bercakap, berbahasa, dan pahala diakhirat nanti.

Namun begitu, kita sebagai manusia tentunya tidak sempurna dalam semua perkara. Oleh sebab itu, lakukanlah yang terbaik dalam jawatan yang kita pegang walaupun bukan kita minta jawatan tersebut. Berusahalah sebaiknya untuk menyempurnakan amanah yang diberi, biarpun ada sedikit kekurangan dan cacat cela didalamnya. Mana yang baik kita ambil sebagai rujukan bersama dan yang buruk kita sama-sama perbaiki, dan janganlah dihina dan dicaci.

Sama-samalah kita renungkan dan fikirlah dengan akal dan buatlah keputusan berdasarkan pertimbangan iman sebelum merebut sesuatu jawatan itu, agar suatu hari nanti kita terselamat ddari merebut jawatan dalam keadaan kita tidak layak memikulnya.

Ingatlah bahawasanya seseorang pemimpin yang baik, sekiranya diberikan jawatan dia akan menganggapnya sebagai suatu amanah. Tetapi pemimpin yang kurang baik akan menganggapnya sebagai suatu anugerah.

Marilah kita sama-sama berusaha menjadi insan yang terbaik dan merubah diri kita kearah yang lebih sempurna. Jika ada yang tersilap, tegurlah dan peringatkanlah saya. Jangan biarkan saya memimpin dalam keadaan yang hanyut dan alpa dengan jawatan yang disandang. Sebesar manapun jawatan yang akan kita pikul, ingatlah semua itu akan ditanya oleh Allah s.w.t. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Saya memohon seribu kemaafan andai sepanjang saya memikul amanah yang antum berikan saya mengecweakan antum semua. Saya mohon agar kita sama-sama perbaiki dan memperbaiki serta "TOPUP" mana yang perlu.

Wassalam...


07 Oktober 2011

.:l Susahnya Nak Menjaga Hati : Salamatus Sodri l:.




~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم



Hati adalah suatu benda yang amat sukar untuk kita jaga. Bercakap soal hati itu mudah tetapi menjaganya amat payah sekali. Contoh yang mudah adalah menjaga hati dari segala sangkaan. Susah bukan untuk kita lakukan. Begitu juga dengan makanan. hidup di Malaysia terkadang kita lihat terlalu banyak makanan yang menjerumus kita ke arah syubahat. "tgk makanan ni de kod E4?? la.. xblh nk makan ni..".. tetapi adakah sekadar bercakap sahaja? "eh makanan ni kne boikot la.. jgn beli!!" adakah kita benar-benar tidak membelinya? tepuk dada tanya iman.
Apa yang ingin saya katakan adalah jauhilah syubahat iaitu sesuatu yang kita ragui keatasnya.
Rasulullah SAW bersabda,
“ Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)”
Itu adalah sabda Rasulullah SAW mengenai sesiapa yang mengambil sesuatu yang haram dan memasukkan ke dalam tubuhnya.
Hari ini, manusia bergerak tanpa menitik beratkan perkara ini. Manusia berjalan tanpa memandang akan besarnya perkara ini. Mereka makan apa yang mereka mahu, mereka mengambil duit dari segala sumber tanpa mempunyai sensitiviti dalam perkara halal haram.
Hakikatnya, memasukkan perkara-perkara haram, seperti makanan, mahupun membeli makanan dari sumber duit yang haram, akan memberikan kesan kepada hati kita.
Rasulullah SAW bersabda, “Hati itu dibina dengan apa yang dimakan.”

06 Oktober 2011

Kepimpinan Melalui Teladan


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

Wujudnya konsep khalifah dalam Tamadun Islam sudah cukup menggambarkan betapa pentingnya aspek kepimpinan dalam tamadun manusia. Didalam Al-Quran dijelaskan bahawa manusia ditugaskan sebagai khalifah untuk membangunkan dunia dan seluruh isinya. Sementara selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan umat islam ketika itu melantik saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah Islam yang pertama diikuti dengan perlantikan saidina Umar Al-Khattab, saidina Uthman Al-Affan dan saidina Ali Abi Talib. Pembentukan kerajaan Islam Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah selepas itu, sememangnya selaras dengan tuntutan konsep Khalifah.

Kepemimpinan adalah suatu seni. Untuk itu pemimpin perlu mengenal watak orang-orang yang dipimpinnya. Dari situlah dia dapat memainkan seni kepemimpinan dengan mengadakan pendekatan-pendekatan tertentu secara individu dan secara kelompok; mengetahui bahawa sikap manusia itu berpunca daripada kepentingan diri. Maka apabila pemimpin pandai memainkan seninya, menyentuh kepentingan orang-orang yang dipimpinnya, dia akan mendapat reaksi yang baik.

Dalam hal kepemimpinan, Islam membawakan contoh kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Itulah yang sebenarnya kepemimpinan Islam; pada diri Nabi s.a.w. terdapat contoh teladan yang baik dalam segala hal kehidupan manusia.

PENDEKATAN KEPIMPINAN

Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan pendekatan individu dan pendekatan kelompok dalam memimpin. Dia selalu menyamakan dirinya dengan orang lain. Jika o0rang lain susah, dia juga susah seperti mereka. Apabila bertemu dengan kelompok dia menonjolkan kegembiraan: setiap kelompok yang ditemunya digembirakan terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan catatan nasihat atau permintaan. Dia mengadakan variasi bila menghadapi kelompok yang berlainan: pelajar, ulamak, orang-orang miskin, orang-orang kaya, wanita, kanak-kanak dan sebagainya. Perbicaraan dibawa ke arah mereka. Dengan demikian terasa bahawa kehadiran mereka diperlukan.

Berdasarkan contoh itu, pemimpin perlu mengetahui keadaan agar dia boleh menjadi pemecah masalah. Pemimpin tidak boleh sekali-kali mematahkan semangat tetapi harus selalu menggembirakan.

Walaupun orang yang dipimpin itu melakukan kesalahan, pemimpin perlu menggunakan kebijaksanaan agar dia tidak kecewa tetapi sebaliknya timbul keinginan untuk berbuat yang lebih baik lagi.

Dalam keadaan yang lain pula, pemimpin perlu menitikberatkan pengabdian. Dia harus suka memberi dan kurang suka menerima. Ini memerlukan keikhlasan. Dengan melihat sifat baik yang seperti ini berterusan, banyak orang yang akan mengakuinya. Prestasinya meningkat. Dia dipercayai. Kewibawaannya akan bertambah. Dari sini dia lebih mudah menjalankan kepemimpinannya. Orang akan senang mengikutnya. Dalam masa yang sama harus diingat bahawa mengajak ke arah kebaikan itu lebih berkesan dengan perbuatan. Pemimpin sebagai orang yang paling menonjol selalu diperhatikan. Perbuatannya meninggalkan kesan yang mendalam di kalangan orang yang dipimpinnya.

Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. adalah dengan melakukan sesuatu lebih baik daripada orang lain. Dia menyuruh orang lain sembahyang lima kali sehari, sedangkan dia sendiri berbuat lebih daripada itu. Dia menyuruh orang lain berpuasa sebulan dalam setahun, sedangkan dia saban hari berpuasa. Keberhasilan kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. terletak pada sekurang-kurangnya empat perkara:

  1. Memimpin dengan berbuat, tidak cuma bercakap. Dia tidak hanya memerintah orang lain berbuat sesuatu, tetapi dia sendiri melaksanakannya.
  2. Memegang prinsip keadilan. Kepentingan orang-orang yang dipimpin adalah yang utama. Nabi Muhammad s.a.w. mampu menjadi kaya tetapi dia tidak ingin kepada kekayaan; dia lebih suka sama dengan orang-orang yang dipimpinannya.
  3. Penggunaan pendekatan yang tepat: cara inividu dan cara kelompok.
  4. Ketiadaan benteng pemisah: tidak ada sekatan antaranya dengan orang ramai. Suasanan kekeluargaan dan persaudaraan lebih diutamakan. Perhubungan tidak terlalu formal.

Begitu jugalah kepada seorang pemimpin Islam: sekurang-kurangnya empat perkara itu patut ada pada dirinya. Dalam pada itu harus pula diingat tentang prinsip umum Islam: apabila melaksanakan kepemimpinan ini, keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi perlu dipelihara. Jika satu dipentingkan manakala yang satu lagi dibiarkan runtuh, kehancuran akan terjadi. Islam bukanlah terletak pada ciri-ciri Islam semata-mata. Untuk apa ciri kalau pada pelaksanaannya tidak mencerminkan keislaman.

Orang-orang Barat menganggap Nabi Muhammad s.a.w. berhasil dalam kepemimpinannya kerana prinsipnya mencakupi keduniaan; terdapat perseimbangan dan pengaturan yang baik antara material dan spritual.

Dua ajaran dari Barat tidak sedemikian. Karl Marx berpegang bahawa kesejahteraan itu bergantung kepada pemenuhan keperluan perut. Sigmund Freud pula mengatakan kesejahteraan bergantung kepada pemuasan nafsu, terutamanya nafsu seks. Pegangan-pegangan ini berbeza dengan ajaran Islam. Dalam Islam kebahagiaan adalah hasil daripada mengikuti ajaran Allah dan Rasulnya. Kebahagiaan adalah sesungguhnya spritual, dan material merupakan keperluan. Kedua-duanya mempunyai hubungan yang rapat. Bagaimana akan bahagia kalau keperluan tidak dipenuhi? Dan seperti yang nyata sekarang, jika cuma keperluan material sahaja yang dipenuhi, sedangkan keperluan spiritualnya terbiar, kebahagiaan tidak diperolehi.

SIFAT PEMIMPIN ISLAM

Seorang pemimpin Islam perlu mempunyai beberapa sifat terpuji: 1. Istiqamah Ini bererti mempunyai pendirian yang teguh dan diikuti dengan keperibadianyang mantap. Pendirian ini tercermin pada perkataan dan perbuatan, iaitu sesuatu yang diyakini dipertahankan sungguh-sungguh dengan tidak terumbang-ambing oleh pengaruh apa pun.

2. Memelihara diri Keadaan diri sendiri dihitung dan dianalisis. Apabila terjadi sesuatu kegagalan diri sendiri diperhatikan terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain.

Rasullah pernah bersabda: “Berbahagialah orang yang suka meneliti kelemahan dirinya dan tidak mempunyai masa untuk mencari kelemahan diri orang lain; dia bersedia memberi rezekinya yang lebih, serta bersedia mencegah kelebihan ucapannya”.

3. Bijaksana Ini bererti membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak. Langkah yang dipilih tidak menyinggung orang lain.

4. Tenang Dengan ketenangan, pilihan yang diambil tidak mudah keliru. Orang-orang bawahan juga tidak hilang kepercayaan terhadap pemimpin.

5. Sabar Sabar bererti kuat menahan diri agar tidak melakukan sesuatu yang tidak bijak. Dengan bersifat sabar seseorang boleh menang dalam banyak hal.

6. Tidak takbur Ini bererti tidak membanggakan diri berlebihan-lebihan sama ada dengan perbuatan, perkataan atau sikap. Allah telah berfirman dalam surah Luqman,ayat 18: “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu, mememekkan orang lain, dan jangan pula engkau berjalan di bumi ini dengan bongkak; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang bongkak dan angkuh”

Allah juga berfirman dalam surah Assyura, ayat 215: “Hendaklah kamu bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin, pengikutmu”.

7. Tidak mungkir janji Segala janji yang dibuat ditunaikan. Kalau pemimpin mungkir janji, kepercayaan orang terhadapnya akan hilang.

8. Adil Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempat yang semestinya dan memberi samarata. Kewajipan, pembahagian tugas, hukuman dan sebagainya, dilaksanakan dengan wajar.

Rasulullah telah bersabda: “Hati-hatilah kalian terhadap doa orang-orang yang teraniaya, sebab tidak ada tabir pemisah antara doanya denga Allah, walau dia orang kafir sekalipun”.

9. Tabah Tabah bererti keras kemahuan dan diikuti dengan usaha yang cukup serta tidak cepat putus asa. Orang yang tabah mempunyai keperibadian yang kuat.

10. Tawakkal kepada Allah Pemimpin yang tawakkal rela akan apa yang ditakdirkan Allah ke atasnya. Dia yakin akan kebijaksanaan Allah. Dia berserah diri sepenuhnya kepada Allah setelah berusaha sedaya mungkin.

Allah telah berfirman dalam surah Al-Ma’idah ayat 100: “Katakanlah, tidak akan mengenai kami, kecuali apa yang telah ditentukan Allah ke atas kami. Allah yang menguasai kami. Dan hanya kepada Allah hendaknya orang mukmin berserah diri”.

CIRI-CIRI PROFESIONAL MUSLIM

Satu daripada makna perkataan “profess” dalam Bahasa Inggeris ialah “mengaku percaya secara mendalam mengenai sesuatu perkara” atau “mengaku benar-benar tahu atau pakar dalam sesuatu hal”. “Profession” pula bermakna “sesuatu jenis pekerjaan yang dijalankan oleh seseorang yang menghasilkan upah”.

Apabila dilihat daripada makna kedua-dua perkataan ini, maka profesional bolehlah diertikan sebagai seseorang yang menjalankan sesuatu tugas yang dibayar upah, yang pakar dalam bidang itu yang yakin akan keunggulan pekerjaan yang dijalankannnya jadi tersirat dalam perkataan “profesional” adalah ciri-ciri berikut:

1. Kecekapan 2. Rasa tanggunjawab yang tinggi 3. Dedikasi 4. Pengorbanan 5. Kepakaran (Ibrahim Mamat, 2001:231)

Sejarah telah membuktikan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya menyatukan bangsa Arab yang berpecah belah, mencipta perubahan dalam kehidupan mereka, mengeluarkan mereka dari ruang lingkup jahiliyyah kepada keimanan yang hakiki, membebaskan mereka dari perhambaan dan kezaliman serta membuka peradaban dan kehormatan serta kecemerlangan dalam menegakkan satu tamadun yang sampai ke hari ini masih lagi diperbicarakan tentang kehebatannya. Semua ini adalah disebabkan kerana wujudnya satu pedoman dalam kehidupan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sebagai garis panduan dalam mencari dan menggapai tahap kecemerlangan dalam kehidupan.

Menyedari tentang hakikat bahawa keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. merupakan sesuatu yang agung, maka penulis merasakan perlu dibuat satu penelitian tentang peribadi Rasulullah s.a.w dan kaitannya dengan sifat-sifat yang perlu ada kepada seorang pendidik samada pendidik tersebut bertindak sebagai seorang guru mahupun sebagai seorang pentadbir.

Penulisan ini akan dibahagikan berdasarkan bab-bab tertentu. Bab pertama akan membincangkan pendahuluan serta definisi konsep. Konsep yang dibincangkan ialah konsep khalifah dalam Islam serta ciri-ciri khalifah menurut Islam.

Manakala dalam bab kedua pula berkaitan dengan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. ini akan disorot dari sudut Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin masyarakat, Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin politik, Nabi Muhammad s.a.w. sebagai perancang ekonomi, dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin tentera. Bahagian ini dimulakan dengan bahagian pengenalan, diikuti dengan ulasan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai contoh ikutan kepada seluruh manusia. Semua perbincangan ini adalah sebahagian daripada pembuktian bahawa Nabi Muhammad adalah contoh ikutan bagi semua manusia dalam semua bidang kehidupan. Dengan kata lain , bab ini membahaskan tentang bagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan ajaran yang dibawanya mampu menunjukkan satu asas yang cemerlang dalam membina ketamadunan manusia yang gemilang.

Melihat kepada perbincangan di atas, satu penelitian perlu dilakukan untuk melihat perkaitan antara peribadi Nabi Muhammad s.a.w. dengan nilai-nilai yang sepatutnya diterapkan kepada setiap guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum melihat kepada perkaitan tersebut perlulah terlebih dahulu penelitian ini melihat kepada definisi konsep yang tertentu terutamanya konsep khalifah menurut kaca mata Islam.

KONSEP KHALIFAH

Menurut Afzalur Rahman dalam bukunya, Ensiklopedia Sirah, perkataan khalifah terdiri daripada tiga maksud yang berbeza. Pertama, ia merujuk kepada tanggungjawab terhadap kuasa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Dalam hal ini seluruh keturunan nabi Adam a.s. merupakan khalifah di muka bumi. Kedua, ia merujuk kepada orang yang mengetuai kerajaan Allah s.w.t. dan menggunakan segala kuasa khalifah di bawah syariat yang diturunkan oleh Allah s.w.t. melalui RasulNya.

Dalam hubungan ini hanya orang yang benar-benar beriman yang dapat dipanggil sebagai khalifah Allah di bumi ini. Ketiga, makna khalifah merujuk kepada penggantian seseorang atau umat yang mempunyai kuasa oleh seseorang atau umat lain.

Dua makna yang pertama berasal daripada perkataan khalifah yang bererti wakil, manakala yang ketiga adalah digunakan dalam erti kata mengambil alih atau mewarisi daripada seseorang atau satu-satu umat. Tegasnya, pengertian khalifah yang dinyatakan di dalam ayat yang telah dicatatkan di atas merujuk kepada kekuasaan kerajaan yang ikhlas dan benar-benar percaya kepada kerajaan Allah s.w.t. serta mengendalikan urusan Negara selaras dengan syariat yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Orang yang memahami istilah khalifah yang dinyatakan dengan maksud kekuasaan semata-mata mungkin akan membuat kesimpulan yang salah tentang institusi khalifah.

Prinsip khalifah seperti yang dijelaskan ini sebenarnya telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran yang bermaksud; ‘Allah s.w.t. menjanjikan orang yang beriman dan beramal salih daripada kalangan kamu (wahai umat Nabi Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa……….’

(al-Quran. Al-Nur. 24 :55)

Ayat di atas menjelaskan tentang tiga asas utama khalifah dalam Islam; a. Negara Islam diketuai oleh orang yang bergelar Khalifah. b. Gelaran khalifah diberi kepada seluruh masyarakat Islam bukan kepada mana-mana individu, kumpulan atau keluarga. c. Prinsip khalifah hanyalah untuk orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan amalan kebajikan. Dalam perkataan yang lain orang yang benar-benar baik dan bertakwa. Golongan ini benar-benar bebas daripada tuhan-tuhan yang lain serta mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan penuh keikhlasan dan mengakuiNya sebagai Tuan, Raja dan Pemilik kerajaan. Orang seperti ini adalah khalifah yang sebenarnya seperti yang dijanjikan di muka bumi ini dan bukannya orang yang mengabdikan dirinya dibibir mulut sahaja sedangkan amalan kebajikannya kosong. Orang yang seperti ini tidak layak menjadi khalifah dan janji Allah s.w.t. itu tidak sesuai untuknya. (Afzalul Rahman. 1993:1080)

CIRI-CIRI KHALIFAH MENURUT ISLAM

Konsep khalifah menurut Islam adalah berasaskan kepada tiga prinsip yang utama iaitu Tauhid (Keesaan Allah), Risalah (Kenabian) dan Khalifah (wakil atau pengganti). Ia mengakui realiti alam yang kekal iaitu ia dicipta, dipelihara dan ditadbirkan oleh Allah s.w.t. Yang Satu, Yang merupakan Pencipta, Pengawal serta Rajakepada seluruh makhluk. Dialah sahaja yang berhak menerima ketaatan daripada seluruh makhluk termasuk manusia. (Abul A’la Maududi, 1977 : 8)

Pada masa yang sama hukum-hukum dan kehendakNya disampaikan melalui Rasul-rasulNya di dalam bentuk Kitab yang menerangkan hukum dengan interpretasi serta contoh-contoh yang disampaikan oleh Rasul-rasul melalui contoh-contoh mereka daripada segi kata-kata dan perbuatan, yang akhirnya membentuk satu model sistem kerja. Khalifah bererti wakil manusia bertindak sebagai seorang wakil Allah di dunia dan menjalankan perintah Allah melalui kuasa yang diamanahkan oleh Allah kepadanya dalam batas-batas yang ditentukan olehNya.

Khalifah menggambarkan empat syarat penting sebagai fungsi wakil. Pertama, kuasa yang sebenarnya berada di tangan Allah; kedua, manusia hanyalah semata-mata pentadbir hukumNya; ketiga, pentadbiran hukum-hukumNya mestilah selaras dengan batas-batas yang telah ditetapkaNya; keempat, dalam mentadbir hukumNya manusia akan melaksanakan kehendakNya dan memenuhi tujuanNya. Oleh itu perlantikan manusia sebagai khalifah yang diwujudkan dalam kerajaan Allah adalah untuk memenuhi tujuan dan objektifNya di dalam batas-batas yang telah ditentukanNya. (Abul A’la Maududi, 1979 : 42)

Menurut Abul A’la Maududi lagi seluruh manusia diberi kuasa sebagai khalifah, bukan hanya satu kelas atau kumpulan manusia yang tertentu sahaja. Sesiapa sahaja yang bersediauntuk menerima syarat-syarat khalifah , akan memikul tanggungjawab khalifah untuk seluruh masyarakat. Ini merupakan titik permulaan demokrasi Islam yang setiap ahlinya menikmati hak-hak dan kuasa sebagai khalifah Allah s.w.t. Pada masa yang sama semua rakyat akan menikmati hak ini secara saksama, tanpa sebarang perbezaan. Agensi yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan urusan-urusan Negara akan dibentuk melalui persetujuan rakyat.

Berdasarkan kepada fakta inilah bolehlah disimpulkan bahawa kuasa seorang khalifah akan menjadi kuasa yang diamanahkan kepada orang yang memegang sesuatu tampuk pemerintahan atau kekuasaan.

Berdasarkan perbincangan di atas jelaslah menggambarkan bahawa seorang khalifah itu mestilah seorang yang memiliki perwatakan dan personaliti yang sangat tinggi dan menarik. Contoh yang paling agung bagi menggambarkan seorang khalifah yang tiada tolok bandingnya ialah Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Baginda adalah merupakan seorang negarawan yang sempurna samada sebagai seorang pemimpin masyarakat, pemimpin angkatan tentera, pemimpin politik, pendidik (guru), perancang ekonomi, ketua rumahtangga mahupun sebagai seorang sahabat.

15 September 2011

ANTARA 'BASYIR' (BERITA GEMBIRA) DAN 'NAZIR' (BERITA AMARAN)

~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~


السلام عليكم

Setiap Rasul diutuskan sebagai pembawa berita gembira (basyir) dan pemberi peringatan (nazir) kepada manusia. Menyampaikan berita gembira kepada mereka yang taat melakukan ibadat dan memberi peringatan dan amaran kepada mereka yang melanggar perintah Allah. Ini jelas diterangkan oleh Allah dalam Al-Quran Surah Fathir: 24.

Sebagai perutusan Allah, para Rasul mempunyai kebijaksaan dalam berdakwah bagi menangani kerenah masyarakat pada zaman itu. Mereka bijak menggunakan sama ada pendekatan 'basyir' atau 'nazir' terhadap orang yang mereka seru.

Kepada mereka yang terlalu 'khauf' dan kuat melakukan ibadat kerana takut kepada azab Allah, para Rasul memberikan berita gembira tentang syurga dan keseronokannya. Dengan cara ini, mereka berasa tenang, gembira dan tidak terlalu khauf tentang azab Allah. Para rasul adalah pakar motivasi dan kaunselor yang memberikan ketenangan jiwa kepada umatnya.

Sebaliknya kepada mereka yang ingkar dan kufur kepada Allah, para Rasul memilih pendekatan 'nazir' iaitu menyampaikan berita seksa dan pembalasan azab yang amat sangat di neraka. Dengan cara ini, mereka akan mengetahui kesalahan yang mereka lakukan dan betapa pedihnya azab Allah jika amalan itu diteruskan. Akibatnya mereka akan bertaubat dan mula mentaati Allah.

Sungguhpun begitu adakalanya Rasul menggunakan kombinasi 'basyir' dan 'nazir' bergantung kepada keadaan orang yang didakwah.

Demikianlah contoh teladan yang ditunjukkan oleh para rasul ketika berdakwah. Mereka yang terlalu 'khauf' digembirakan dengan berita syurga dan yang terlalu 'rajak' diancam dengan berita neraka. Begitu juga tentang hukuman bagi pesalah dirujuk pada Al-Quran tanpa memilih kasih. Masyarakat sekarang dilanda pelbagai penyakit sosial. Mereka perlu diberi rawatan dengan resepi perubatan yang mujarrab sesuai dengan penyakit yang dihidapi. Kenapa penyakit masyarakat semakin menjadi walaupun pelbagai pendidikan dan program 'Rakan Muda' diperkenalkan.

Jawapannya adalah kerana penyakit lain ubat yang diberi pula lain. Tegasnya, lain sakit lain pula ubatnya. Untuk mengubati penyakit, kita perlu mengetahui puncanya. Punca penyakit masyarakat masa kini ialah hilangnya perasaan khauf dan meluasnya perasaan rajak di dalam jiwa.

Berdasarkan huraian di atas, penyampaian bagaimanakah agaknya yang sesuai untuk golongan tersebut? Jawapan anda tepat iaitu dengan memberikan ancaman dan amaran tentang balasan dan azab yang bakal diterima di neraka. Pendekatan 'bashir' tidak sesuai bagi mereka.

Dalam Islam tiada kompromi tentang hukuman dan hudud. Hukum-hakam dalam Islam tidak berubah walaupun masa telah berubah. Hukuman berzina, mencuri misalnya tetap sama seperti hukuman yang dikenakan semasa zaman Nabi. Agama Islam telah lengkap dan tak perlu diubahsuai atau ditokok tambah. Demikian besarnya peranan yang perlu dimainkan untuk mengatasi masalah sosial yang semakin meruncing dewasa ini. Sekiranya pelaksanaan hukum dan hudud diperkenalkan selama ini, sudah tentu masalah sosial seperti yang berlaku sekarang ini tidak akan berlaku.

13 September 2011

Bukan Mudah untuk Menjadi Seorang yg Tabah


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~


السلام عليكم


" Bukan Mudah untuk Menjadi Seorang yg Tabah " satu title yg saya pilih untuk kali ini.. lama sangat dah tak update blog ni.. jari ni jadi kaku untuk menaip.. tapi dek kerana idea yang sejak dua menjak ni yg agak mencurah-curah.. mujur la handset ada office word.. blh menaip dlm handset je..
Insyallah untuk kali ini sy lebih gemar untuk bercakap sebegini.. heart to heart.. qalbi ila qalbi.. aiwah.. huhu. (penyakit "aiwah" dh smpai kt jordan).. ehmmm.. "

Bukan Mudah untuk Menjadi Seorang yg Tabah " kenapa ye agaknya?? mungkin ianya pada sy.. bukan mudah utk sy menjadi seorg yg tabah lagi-lagi bila kita berada di negara orang..
Pertama kali sy menjejakkan kaki ke jordan bermacam-macam ujian yg sy hadapi.. kadang kala sy kuat, kadang kala sy hampir terjatuh.. tetapi berbekalkan sedikit nasihat dan pengisian jiwa dr keluarga dan sahabat handai sy kembali bangkit..bukan mudah untuk hadapi ujian diperantauan ini.. negara sendiri tidak sama dengan negara orang..ujian yang datang pada kita berlainan..Apa yg hendak sy katakan, sy bersyukur sgt.. Allah telah memilih sy untuk diberikan ujian itu.. Alhamdulillah..

Bagi sy jatuh diawal lebih baik dari jatuh dipengakhiran.. msti anda tertanya-tanya mengapa sy berkata begitu.. mudah saja jawapannya andai kita jauth diawal kita akan lebih berhati-hati untuk ke maju kehadapan.. kita pasti tidak mahu perkara yg sama berulang kembali.. sabahat-sahabat mahu ke kita jatuh disetiap kali perjalanan ?? mesti tidak bukan?? boleh jadi gila nnt andai kita tidak berhati-hati.. nampak tak tabahnya disitu? hehe..

Sahabat-sahabat sekalian.. Peringatan yg Allah berikan pada kita itu bukan diberikan tanpa sebab yg munasabah.. dalam quran ada menyatakn bahawa Allah tidak akan menguji hambanya diluar tahap kemampuannya..Sy sangat bersyukur krn diberikan ujian sebegini oleh Allah.. Allah ingin berikan sy sedikit peringatan agar tidak mudah lupa diri..


Sahabat -sahabat ku yg dikasihi.. Ujian itu datangnya silih berganti.. tidak mengira pangkat, darjat, rupa atau sebagainya.. semuanya akan diuji... beruntunglah bagi mereka yg terpilih untuk dijui oleh Allah.. jadi apabila kita diuji sebutlah "Alhamdulillah..".. mudah bukan.. Dalam hadis ada diriwayatkn

"Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam Hadith Kudsi Allah berfirman, Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah pelbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya" (Hr Thabrani dari Abu Umamah)


tidak rugi jika kita bersyukur atas ujian yg Allah berikan.. Allah uji kita tandanya Allah sayangkn kita.. dan ianya menjadi salah satu bonus pada kita.. Kafarah dosa.. makin kita diuji makin banyak kafarah dosa kita.. bukannya bertambah dosa malah berkurangnya dosa kita.. jadi walaupun bukan mudah untuk kita menjadi seorang yg tabah, tapi bersabar la agar kita lebih tabah.. haha..

wallahu'alam... senyum selalu..

23 Ogos 2011

Keluhan Si Pendosa : Adakah Itu Kita?


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

Sahabat-sahabat.. Artikel ini copy dari I LuV Islam.. Banyak manfaat yang dapat kita lihat daripadanya.. Musahabah diri itu penting buat kita.. dan apabila kita meneliti kembali apa yang ditulis "Ya Tuhan, mengapa aku tergelincir di lembah dosa?" semua ini bakal terjawab melalui artikel ini.. Sama-sama kita hayati dan muhasabah diri..


Degup hati ku rasa semakin pantas mengatur gerak membawa petanda pasti bahawa esok bukan lagi milikku. Semalam hanyalah tinggal sejarah yang aku memorikan dalam lipatan kamus hidupku. Tiada lagi ritma melankolik si pungguk memuja kirana purnama, sirna sudah titisan cahaya membentuk cerlang si pelangi menghiasi atma sarwajagat.

Terimbau seribu palitan, denai yang aku tempuhi berlandaskan kejahilan, topeng kesyaitan yang begitu sebati di jiwaku. Betapa aku punya mata untuk menatap keajaiban Ilahi namun gagal aku menyaksikannya, betapa aku punya telinga untuk menghayati alunan zikrullah namun gagal aku mendengarkannya, betapa aku punya atma yang disisip Iman hanya pada Pencipta namun gagal aku menghidupkannya. Betapa akulah si pendosa yang gagal memanfaatkan pancaindera ke jalan redho-Mu.

Ya Tuhan, mengapa aku tergelincir di lembah dosa?

Berpalit antara nafsu dan noda bermaharajalela. Penyakit wahan telah lama bersarang di jiwa, menghambat sederas aliran haemoglobin darahku menghantar molekul oksigen ke segenap tubuhku atas perintah-Mu. Usah bercitra perihal tikar sejadah lusuhku, yang telah kemas ku sisip dalam almari berdebu, mungkin seanggar debu perbuatan dosa yang telah aku kerjakan. Usah bercitra perihal al-Quran dan hadis nabi-Mu, yang telah jauh ku lontar dari ingatanku. Mungkin sejauh masa lampau kesesatanku.

Ya Tuhan, mengapa aku tidak terfikir perlu aku mencintai-MU?

Mengabdi sebuah kehambaan hanya untuk-Mu, tika berderai titis tangisan hanyalah untuk-Mu, tika meratapi doa pohon pertolongan hanyalah kepada-Mu dan tika merasai halawatul Iman hanyalah dari-Mu. Bertelaku di tikar sejadah dengan kekesalan, meratib zikrullah dalam kekhusyukkan, bertaratil Quran penuh kesyahduan dan menghayati hadis pedoman diiring keinsafan.

Mengapa duniawi aku dambakan, sedang ukhrawi aku perlukan,
Mengapa ujian ku kesalkan, sedang nikmat aku kufurkan,
Mengapa hiburan aku agungkan, sedang zikrullah aku abaikan,
Mengapa harta ku tamakkan, sedang amalan aku tinggalkan.

Mengapa, Mengapa, Mengapa!!

Ya Tuhan, bagaimanakah aku di hadapan-Mu??
Aku tak sanggup melangkah ke alam kuburmu, kerna ku takut dibelit ular besar sehingga lebur,
Aku tak sanggup berdepan Nakir dan Munkar, kerna ku tahu aku golongan yang ingkar,
Aku tak sanggup menghadapi di al-Mizan, kerna ku pasti dosaku akan mengatasi amalan,
Aku tak sanggup meniti di Siratul Mustaqim, kerna ku yakin akan tergelincir di lembah al-Jahim,
Dan, aku tak sanggup berhadapan dengan-Mu, kerna ku tahu aku akan menghadapi murka-Mu dari redho-Mu..

Ya Allah, bolehkah engkau kurniakanku peluang kedua??

Bangkitlah aku dari kesempitan dan kegelapan kuburku, aku merayu ya Allah. Bangkitkanlah! Engkau tahu betapa sempitnya kubur ini sehingga kedua rusukku bertemu. Pedihnya tak terkata. Engkau tahu betapa gelap dan suram kubur ini sehingga aku berasa sangat takut menghadapinya. Takutnya tak terungkap.

Bangkitkanlah aku!!
Agar aku dapat menghambakan kecintaan hanya untuk-MU, agar aku dapat kuduskan ingatan hanya kepada-Mu dan agar aku dapat tuluskan doa keampunan hanya pada-Mu.

Syaitan akan ku tentang dengan perisai ibadahku, nafsu akan ku hapuskan dengan perisai kehambaanku, pergaulan akan ku bataskan dengan perisai takutkan Mu, Quran akan ku tartilkan untuk kesucian jiwaku, hadis ku jadikan pedoman untuk likuan kehidupanku, syiar akan ku tegakkan untuk kebangkitan agama-Mu, ukhwah akan ku pertahanku untuk kekuatan ummah nabi-Mu dan zikrullah akan ku ratibkan untuk santapan rohaniku.

Namun, aku sedar. Itu hanya harapan, tiada lagi peluang untuk aku dikembalikan, menyuci kembali fitrah kehambaanku dari sejarah dosa silam, saat nafsu aku adalah Tuhan dan Syaitan itu adalah teman. Berbahagialah kepada yang masih diberi peluang bernyawa dan beruntunglah sesiapa yang diberi peluang menghirup udara sebagai seorang Muslim dan hamba yang cinta pada-Nya. Dan aku si pendosa pasti menjadi penghuni tetap di Neraka. Moga atas rahmat-Nya, suatu hari akan diberi peluang menikmati Syurga-Nya walau penantian itu pastinya lama.

-Artikel iluvislam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.