.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

10 Oktober 2011

Jawatan : Anugerah atau Amanah??



~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم



Setelah sebulan saya menjejakkan kaki ke bumi ambiya ini, banyak yang dapat saya pelajari. Hidup ini tidak seindah yang disangka. Kadang kala kita diatas, kadang kala kita dibawah. Sebelum saya menjejakkan kaki ke sini, ramai yang mengingatkan saya tentang pelbagai perkara. Ada yang mengingatkan saya tentang tarbiyahnya, ada tentang kepimpinan dan macam-macam lagi. Dan apa yang mereka ingatkan pada saya itu benar-benar berlaku.

Pada mulanya saya menyangka alam memegang jawatan itu terhenti di KUIS sahaja, rupa-rupanya sebaliknya berlaku. Memegang jawatan ini adalah suatu perkara yang amat saya takuti. Takut andai diterima saya tidak mampu untuk lakukan yang terbaik. Memegang jawatan ini bukan suatu perkara yang mudah. Ianya suatu amanah yang sangat berat untuk kita pikul, bukannya satu anugerah yang perlu kita bangga-bangga.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah mengingatkan kita supaya jangan didambakan jawatan, usah ditagihkan kedudukan kerana jika ianya terjadi, Allah akan bebankannya dengan perkara yang lebih berat. Sebaliknya jika amanah itu diberikan kepada kita ttanpa kita memintanya, maka Allah akan membantu kita untuk menyempurnakan amanah berkenaan.

Memang tidak dinafikan setiap manusia dilahirkan sebagai pemimpin, sekalipun ianya hanya terhadap dirinya sendiri. Sekiranya kita gagal dalam memimpin diri sendiri, maka yang akan lahir itu bukanlah seorang manusia yang berjaya. Apa yang harus kita ketahui, menjadi pemimpin tidaklah sesukar mana pun tetapi yang sukar adalah menjadi pemimpin yang baik kepada orang yang dipimpin.

Memegang jawatan adalah satu amanah dan tanggungjawab. Semua ini akan ditanya dan ditagih didepan Allah tentang apa yang telah kita lakukan sama ada baik ataupun sebaliknya. Kita juga akan ditanya tenttang apa yang kita perkataan sewaktu menjadi pemimpin dahulu. Apa yang kita perlu ingat menjadi pemimpin ini bukannya mendapat hadiah, elaun bulanan, tiket pulang ke malaysia, tetapi yang kita dapat adalah penat, sakit, dan sebagainya. Tetapi jangan kita lupa menjadi pemimpin ini juga memberikan kita seribu satu kekuatan, soft skill, kemahiran bercakap, berbahasa, dan pahala diakhirat nanti.

Namun begitu, kita sebagai manusia tentunya tidak sempurna dalam semua perkara. Oleh sebab itu, lakukanlah yang terbaik dalam jawatan yang kita pegang walaupun bukan kita minta jawatan tersebut. Berusahalah sebaiknya untuk menyempurnakan amanah yang diberi, biarpun ada sedikit kekurangan dan cacat cela didalamnya. Mana yang baik kita ambil sebagai rujukan bersama dan yang buruk kita sama-sama perbaiki, dan janganlah dihina dan dicaci.

Sama-samalah kita renungkan dan fikirlah dengan akal dan buatlah keputusan berdasarkan pertimbangan iman sebelum merebut sesuatu jawatan itu, agar suatu hari nanti kita terselamat ddari merebut jawatan dalam keadaan kita tidak layak memikulnya.

Ingatlah bahawasanya seseorang pemimpin yang baik, sekiranya diberikan jawatan dia akan menganggapnya sebagai suatu amanah. Tetapi pemimpin yang kurang baik akan menganggapnya sebagai suatu anugerah.

Marilah kita sama-sama berusaha menjadi insan yang terbaik dan merubah diri kita kearah yang lebih sempurna. Jika ada yang tersilap, tegurlah dan peringatkanlah saya. Jangan biarkan saya memimpin dalam keadaan yang hanyut dan alpa dengan jawatan yang disandang. Sebesar manapun jawatan yang akan kita pikul, ingatlah semua itu akan ditanya oleh Allah s.w.t. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Saya memohon seribu kemaafan andai sepanjang saya memikul amanah yang antum berikan saya mengecweakan antum semua. Saya mohon agar kita sama-sama perbaiki dan memperbaiki serta "TOPUP" mana yang perlu.

Wassalam...


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.