.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

21 Oktober 2011

.:l SERABUT : Semuanya telah terjawab.. l:.



~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


"SERABUT!!" itulah status yang ana sering kali tulis di wall facebook ana sejak kebelakangan ini.. Kadang-kadang ana terfikir, apa sebenarnya yang ana serabutkan.. "Hal Remeh Temeh" itu juga yang sering kali datang mengunjungi ana. Gerak hati yang tidak menentu.. Risau dan Rindu.. ana sering teringatkan mak dirumah.. Terasa ingin mendail nombor di telefon bimbit ana tetapi ana batalkan jua niat itu.. terasa menyesal apabila ana memilih untuk menbatalkan niat menelefon ke rumah..

Ana cuba untuk mengabaikan perasaan itu.. Ana sibukkan diri ana dengan kuliah, toturial, program dan pelbagai kerja lagi tetapi setiap kali ana cuba untuk melupakan perasaan risau itu, ana tewas. Ana diuji lagi dengan pelbagai masalah-masalah lain, yang mana kadang-kadang masalah itu sebenarnya masalah yang remeh..tetapi ana tidak terfikir sebenarnya masalh yang datang mengunjung itu petanda sesuatu..

Petang tadi, selepas solat jumaat kami dibahagian muslimat mengadakan liqa batch..didalam liqa tersebut pelbagai perkara yang diingatkan semuanya berkaitan kerja dan kerja.. dalam masa yang sama diselitkan juga berkaitan hati dan rohani... Bermula detik itu kerinduan ana pada keluarga semakin mencurah-curah.. terkadang ana cuba untuk berlagak kuat, tetapi ana TEWAS.. Akhirnya, tepat jam 5.30 petang, ana gagahkan jua untuk mendail nombor abah.. Ana menanti dengan penuh debaran.. Setelah telefon didail "TRUTTT.... TRUTTT..." terdengar suara emak memberi salam..


"Assalamualaikum. Siapa tu?"
Ana menjawab "ni saya mak, orang jauh.." dalam hati ana gagahi jua..air mata yang mengalirkan ku segera hapusi...
"JAH!! sihat?? Lama tak telefon rumah.. Sibuk belajar ye?? Makan apa kt sane?? duduk sebilik dengan siapa?? barang-barang jah mak tak pos lg.." pelbagai soalan yang ditanya oleh mak.. Ana cuba menjawab satu persatu..

"Alhamdulillah, saya sihat mak, saya bru je lps makan..Maaf mak, sibuk dengana kuliah" ana terpaksa berbohong, walaupun hakikatnya ana tidak sesibuk mana pun.. KESIHATAN.. itu juga ana terpaksa berbohong..

Maafkan saya mak, bukan niat saya untuk menipu, tetapi saya tidak mahu emak risau.. cukuplah mak risaukan Syifa' di mesir.. saya tidak mahu menambahkan kerisauan mak.. saya akan cuba kuat selagi mana saya terdaya..

"Jah, embah sakit..embah dah tak boleh jalan, asik terbaring je.. nk pergi masjid pn dah takk boleh jah. nak ke dapur pn asik jatuh-jatuh je.. embah asik muntah-muntah darah.." kata mak.
(embah panggilan bagi atuk untuk orang jawa)

Hati ana tersentap.. ana terdiam seketika.. air mata mengalir tanpa ana disedari.. "embah tak pergi buat pembedahan ke mak?? bila embah mula sakit balik??"

"lepas jah berangkat ke jordan..mak nak bg tahu jah, tp mak mana ada telefon, nak dail pn mak tak tahu.. abah lg la. tah mane simpan nombor telefon kamu.." ana hanya mampu untuk mendengar.. terdiam begitu sahaja..

"Jah, belajar elok-elok ye..nnt sijil diploma jah kt kuis, mak suruh abah yang naik pentas wakilkan untuk jah.. nnt mak suruh abg tangkap gambar. jangan sedih-sedih ye.. mak doakan jah berjaya. ada masa nnt telefon syifa kt mesir ye..Assalamualaikum.."

"Walaikumussalam.."

Membisu seribu kata.. itu sahaja yang mampu ana lakukan. kerisauan itu telah pun terjawab.."Sedih" itu sahaja yang mampu untuk ana katakan.. Apa yang mampu ana lakukan hanyalah berdoa..Doa dan terus berdoa.. Ana tidak boleh lemah, ana harus kuat.. Esok masih banyak kerja untuk Islam yang sedang menanti ana.. Ana harus bangkit. Apa sekalipun yang berlaku, Allah lebih menyayangi embah.. dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik..

NAJAH..
Jangan patah semangat dan jangan bersedih.. kau harus bangkit.. jika kau jatuh, kau harus bangun semula.. tiada siapa yang akan membangunkan kau melainkan diri kau sendiri.. Bangkitlah Najah ...... jika kau bersedih, ingatlah pada Allah yang selalu menemani kau.. Carilah DIA...





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.