.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

01 Julai 2011

Mengubati Perasaan Duka @ Stress


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

Saya berminat dengan artikel didalam satu blog ini. Didalam blog tersebut ada tertulis berkaitan doa mengubati perasaan duka atau stress.. Bolehlah saya berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian. Semoga ianya menjadikan kita lebih tabah.


اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي

Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.


Petua Beramal
Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka , maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi saw ini . Tatkala Nabi saw selesai mengajar doa ini, seorang sahabat bertanya kepada baginda saw : Wahai RasululLah , orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini ? Jawab baginda saw Ya ! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia . Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah swt akan menghilangkan dukacitanya dan memanjangkan perasaan senangnya.

Doa Sakit Kepala

Rangkaian doa yang perlu diamalkan:

1. Al-Fatihah


2. Selawat Syifa’

Terjemahan:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w., yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

3. Doa sakit kepala (Surah Al-Waqiah: Ayat 19)

Nota:

1. Setelah dibacakan rangkaian doa tersebut ditiupkan pada tapak tangan dan disapukan dikepala. Amalkan bacaan tersebut selepas solat dan juga sebelum tidur. Juga boleh dibacakan dan ditiup pada air mineral untuk diminum.

2. Sila dapatkan nasihat doktor untuk tindakan selanjutnya.

3. Kita hanya berikhtiar, Allah jualah yang memiliki kesembuhan.

Doa Gastrik


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

Bagi mereka yang mengalami sakit perut atau gastrik bolehlah kita gunakan untuk perkongsian bersama dan bolehlah diamalkan. Untuk rawatan Gastrik mereka perlulah mengamalkan :

1) Surah Al-Fatihah
2) Selawat Syifa'
3) Doa sakit perut dan gastrik (rujuk gambar tersebut)


Semoga ianya memberikan sahabat sekalian kesembuhan dan yakinlah denganNYA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.