.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

02 April 2010

PERTEMUAN YANG TIDAK DISANGKA...

“ Eh! Awak budak baru yang masuk hari itu bukan?” Aku selaku penolong ketua kelas menegur budak lelaki yang baru masuk mendaftar itu.

“ Ya, Kenapa? Awak siapa? ”jawab budak baru itu.

Lalu aku memperkenalkan diri selaku penolong ketua darjah 6melati. Tidak semena-mena aku mengarahnya untuk melakukan tugas harian kelas iaitu membersihkan bilik darjah. Dia akan bertugas mengelap tingkap pada hari selasa.

“ Awak, saya nak ingatkan hari ini awak bertugas mengelap tingkap. Awak bertugas dengan Azizul Hakim. Azizul sudah mengelap dibahagian depan, jadi awak bolehlah terus mengelap tingkap dibahagian belakang”. Arahku dengan mudah. Tiba-tiba dia menjawab,

“Tidak mahulah, saya tidak biasa”.Aku terkejut.

“Ha! Tidak biasa?” Pelik sungguh. “Baiklah awak buang sampah sahaja. Lagipun orang yang bertugas tidak hadir.” Dia tetap berdegil. Aku marah, lalu mengatakannya “Ah! Mengada-mengada awak ini. Kalau sudah memang anak manja memang begini. Sudahlah.”.Dia menarik muka dan baru aku tersedar yang aku telah menguris hatinya. Walaupun timbul rasa bersalah, aku tetap tidak mengendahkannya.

Mulai saat itu mula la tercetusnya perang diantara kami. Pantang sahaja berjumpa kami sering bergaduh. Bertekak seperti anjing dan kucing. Sampai kami mengelar satu sama lain dengan panggila yang kurang enak. Dia mengelar aku ‘gila’ bahkan aku pula mengelarnya ‘mangkuk’. Sampai begitu sekali.

Tiba-tiba, tidak sampai sebulan dia berada disekolahku dia berpindah. Aku sungguh terkejut. Mengapa dia pergi begitu sahaja tanpa bersua denganku. Aku agak terkilan juga kerana tidak sempat meminta maaf kepadanya.

Selepas dia berpindah kelas aku tidak seriuh dahulu. Tiba-tiba jam menunjukkan pukul 2.00petang dan loceng skolah berbunyi “KRINGGG!!!” ini menandakan waktu pembelajaran sudahpun bermula. Aku bangkit mengantikan ketua darjah yang tidak hadir.

“Bangun Semua…Assalamualaikum warahmatullahi wabarakhatu ustazah!” Lalu murid-murid yang lain juga turut menyahut.

“Walaikumussalam..Baik semua boleh duduk”.

Sesi pembelajaran matapelajaran tauhid dan akhlak akan dimulakan. Aku mengeluarkan buku tauhid terlebih dahulu. Setelah habis sesi pembelajaran ustazah memberikan satu pengumuman. Murid-murid yang berceloteh semuanya diam dan mendengar dengan teliti tentang apa yang hendak disampaikan oleh ustazah itu selaku guru kelas 6 melati.

“Baiklah, disini ustazah ada satu pengumuman. Sesiapa yang ingin memasuki pertandingan Amal Islami bolehlah mendaftarkan nama dan kelas kepada ustazah atau ustaz dibahagian senarai nama yang akan ditampal dipapan kenyataan sekolah”. kata guru kelasku itu.

Kedengaran rakan-rakanku berbisik-bisik mahu menyertai memasuki pelbagai acara. Ada yang ingin memasuki pertandingan nasyid, marhaban dan berzanji, azan, bercerita, syarahan bahasa arab, starahan bahasa melayu, syarahan bahasa inggeris, khat dan kaligrafi dan berbagai lagi. Aku hanya memilih untuk memasuki marhaban dan berzanji serta syarahan bahasa melayu. Bakat yang terpendamku itu datangnya dari ayahku sendiri. Sewaktu proses pemilihan aku berjaya memasuki kedua-dua acara yang aku pilih sendiri. Tiba disaat pertandingan aku bergitu gemuruh. Aku cuba untuk mengawalnya tetapi kelihatan sedikit menganggu sewaktu penyampaian syarahanku. Walaupun aku gemuruh aku tetap memenangi pertandingan tersebut. Aku mendapat tempat pertama dan mewakili sekolah ke peringkat daerah.

Tiba dihari pertandingan kami semua di bawa ke Sekolah Rendah Agama di Sohaerto. Tanpa diduga sewaktu sampai aku melihat kelibat orang yang cukup aku kenali.

“Ya. Dia budak baru itu. Disini kau rupanya” Aku bermonolog sendirian.

Tidak sangka bertapa gembiranya aku. Aku berharap aku dapat bertemua dengannya selepas habis petandingan. Akhirnya permintaan ku termakbul, aku berselisih dengannya disurau sekolah itu. Aku berniat hendak menegurnya dan ingin meminta maaf kepadanya tetapi..

bersambung.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.