.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

09 September 2013

OKU

~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم





Pernah suatu ketika dahulu, sewaktu saya berumur 13tahun.. 

Saya bergaduh dengan seorang doktor dr sebuah hospital.. Semuanya hanya disebab "KAD OKU"..

Ketika itu saya sedang menjalani terapi di unit fisioterapi.. Saya dipindahkan dari satu hospital ke hospital-hospital yg lain.. 

Pada saat saya sedang membuat terapi,doktor datang menghampiri.. Doktor bertanyakan 1soalan kepadaku..

"Kenapa kamu ke hospital sendirian? Dimana ibu dan ayah kamu?"

Saya menjawab "Mereka dirumah.. Sy yg minta utk pergi sendirian.. Sy dh besar, knp perlu dihantar..Biar mrk berehat dirumah..kenapa?"

Doktor tersenyum dan berkata :
"Ada perkara yg sy nak bincangkan dgn family kamu.." 


Saya menjawab : "Jika ianya berkaitan dgn diri sy doktor ckp je.."

Doktor memulakn bicaranya..
"Begini.. Melihat kpd keadaan kamu yg sy fikir agak sukar utk diubati dan jika dilakukan pembedahan, sy cadangkan utk kamu isi borang permohonan keahlian OKU.. Bukan sy nak kata kamu OKU, tapi sy fikir ianya akan kekal sebegitu.."

Sy pd ketika itu terkejut dan sgt tidak percaya dengan apa yg dikatakan terus menjawab..

"OKU?! NO!! Doktor fikir dgn mengisi borang OKU ianya akn dpt merubah apa2?!Tidak doktor! "
Doktor dgn separa menunduk cuba menjawab..
"Sekurang2nya dpt menjamin masa depan kamu.."

"Masa depan apa! Doktor ingt dgn mohon kad OKU mudah utk sy dpt kerja?! tgk sy skrg! Tgk! Apa kecacatan sy terlalu zahir?! Doktor ingt sy xblh mampu utk buat kerja?! Sory doktor! Sy xkn mohon OKU smpai bila2! Muktamad! Faham!"

"tapi..."

"Tapi apa lagi?dah habis ikhtiar ke doktor ni?! Dah mati ke semua doktor pakar kt malaysia ni smpai perlu sy mohon jadi OKU?! Jawablah!! Knp senyap!!"

Dalam tidak sedar,air mata sy mengalir deras...
Sy sangat kecewa ketika itu.. Apa yg sy mahukan ketika itu, doktor memberikan sedikit harapan kpd sy walaupan terpaksa menipu..

Sekarang bru sy sedar, dah 7tahun peristiwa itu berlalu.. Terkadang sy mahu berterima kasih pd beliau,krn dgn kata-katanya membuatkan saya bergerak jauh sehingga skrg.. Krn katanya itu juga membuatkan sy lebih berdikari...Sy tidak mahu krn kekurangan itu menjadi penghalang utk sy terus berjaya...

|Saya bahagia dengan keadaan saya sekarang.. ~Surah At-taubah : 16|

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.