.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

10 Ogos 2010

Secarit Memori Bersama Arwah Mohd Firdaus Abd. Kahar


Secarit Memori Bersama Arwah Mohd Firdaus Abd. Kahar

1 Ramadhan 1431 H… bersamaan 11 Ogos 2010…

Bismillahirahmannirrahim.....


Kalam ini aku mulakan sebagai pembuka bicara…sebelum aku meneruskan kata, eloklah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah..semoga arwah ditempatkan bersama orang –orang yang soleh…amin…al-fatihah…


6 Ogos 2010..tarikh dimana aku kehilangan sahabat yang disayangi.. Pemergian arwah tidak dapat aku lupakan. Walaupun telah 5 hari berlalu rasa terkilan dihati, kecewa, sedih masih aku rasai.. Aku tidak menyangka pemergian salah seorang warga kuis adalah arwah.. Pada hari pemergian arwah, hati aku menolak sekeras-kerasnya bahawa firdaus yang dikatakan lemas itu adalah orang yang aku kenali.. Hati aku tergerak untuk pergi melihat arwah dihospital..meronta-ronta untuk turut menyembahyangkan arwah..tetapi aku batalkan niatku..Aku takut sekiranya benar firdaus yang dimaksudkan itu adalah sahabatku itu.. Aku takut aku tidak mampu menerima kenyataan ini.. tetapi sebaliknya berlaku….


Sewaktu aku berjalan ke kelas, aku terpandang sehelai kertas yang tertampal dipintu masuk bangunan akademi isalm.. Hatiku memaksa untuk melihat kertas tersebut.. Alangkah terkejutnya aku, sewaktu aku melihat gambar yang terpampang itu adalah benar-benar gambar sahabatku “Al-Marhum Mohamad Firdaus bin Abd. Kahar” .. Aku hampir-hampir pitam… aku segera mengawal diriku.. air mataku hampir tumpah ke bumi.. aku terdiam.. fikiranku melayang entah kemana… aku tidak dapat menumpukan perhatian ku terhadap pelajaran yang diajar pada hari itu..Rupanya-rupanya jenazah yang disembahyangkan itu banar-benar sahabatku… Ingin sungguh aku menjerit sekuat hati…Aku harus akui bahawa setiap yang hidup pasti akan mati..aku harus meredhai pemergian sahabatku ini.


"Kau Sahabat Kau Teman"


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


Hari demi hari aku mengimbas kenangan ketika aku bersama arwah… Aku benar –benar merasai kehilangan arwah.. Arwah lah yang banyak membantu aku dalam kebajikan mahasiswa kuis.. Beliau sering bersama kami semua sewaktu kami dilanda pelbagai masalah.. Awrah merupakan partner aku dalam mengkaji masalah berkaitan wirelest kuis.. Dari awal sehingga akhir , arwah bersama kami… Sepayah mana tugas yang aku berikan kepadanya, beliau tetap tersenyum… Senyumannya membuatkan kami kuat… Seandainya pelajar kuis tahu arwah yang membantu aku dalam memansuhkan wirelest ini, mesti mereka turut merasai kehilangannya…… Sehingga ke hari ini, aku benar-benar tidak dapat melupakannya… Pemergiannya satu kehilangan yang amat besar …Hanya Allah yang mampu membalas jasa beliau…Al-fatihah buat arwah Mohamad Firdaus bin Abd. Kahar

Semoga Allah Mencucuri Rahmat Keatas Roh Beliau…

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.