.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

28 Mac 2013

.: Perginya Kerana Dendam :.





~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


Aisyah Salsabila merupakan Mahasiswi Tahun Akhir Jurusan Undang-undang di Kolej Universiti terkemuka di Ibu Kota.  Aisyah seorang yang aktif  berpersatuan, mudah mempercayai orang lain dan seorang yang sangat ceria. Aisyah sering kali melibatkan diri sebagai fasilatator dalam kem-kem motivasi, kem pengawas sekolah dan sebagainya.  

Suatu hari tersebarnya satu fitnah yang melibatkan dirinya dan Persatuan Mahasiswa Islam. Fitnah itu membuatkan Aisyah berubah. Aisyah yang dahulunya ceria menjadi seorang yang pendendam dan adakalanya Aisyah suka menyindiri. Kerana ingin melupakan segala dendamnya, Aisyah membuat keputusan untuk pergi membawa diri ke luar Negara. 



………


HARI TERAKHIR 
 ~ 10 Mac 2011 ~



Hari ini merupakan hari terakhir bagi Aisyah Salsabila mahasiswi tahun akhir Jurusan Undang-undang di Kolej Universiti terkemuka di ibu kota. Disinilah dia harus menamatkan segala kedukaan yang dipikul selama bertahun-tahun. Aisyah berjalan bersendirian menuju ke Dewan Konvensyen Kolej untuk menduduki peperiksaan terakhir. Ditemani angin yang menghembus, kicauan burung-burung berterbangan Aisyah meneruskan langkahnya. Aisyah lebih selesa berjalan berbanding rakan-rakannya lain yang lebih gemar menaiki kenderaan. Menghirup udara segar dan menikmati pemandangan alam membuatkan Aisyah lebih tenang. Aisyah seorang yang sangat bertekad. Apa sahaja yang dilakukan pasti diselitkan dengan cita-cita dan keazamannya. 

 “Hanya berbaki beberapa jam sahaja lagi untuk aku berjuang disini. Mungkin hari ini adalah hari terakhir untuk aku berada disini. Aku akan pastikan kakiku tidak akan ke sini lagi. Aku tekad, kerana semuanya harusku buang dari memori ini!.

Tekad Aisyah makin membulat. Dendam kesumat yang disimpan sekian lamanya. Hanya kerana sebuah fitnah yang menimpanya membuatkan dia jadi sebegini.

“Aisyah Salsabila.. Termenung lagi ye.. Sudah-sudahlah tu.. Mari masuk dewan. Peperiksaan dah nak bermula ni. Bittaufiq wannajah Ya Habibti.. Jumpa dipintu dewan nanti ye..”

Syifa’ sahabat baik Aisyah sempat meninggalkan pesanan sebelum melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan. Aisyah hanya tersenyum. Syifa’ Yusra Binti Muhammad Sufi sahabat baik Aisyah dari tahun pertama beliau di kolej itu. Syifa’ seorang sahabat yang sangat memahami dan sering kali menjadi penghibur dikala kesepian.

“Syifa’ Yusra “Penawar Kesenangan”..  Kau memang sehebat namamu, seindah dirimu. Aku ingin jadi sepertimu yang sentiasa tawaduk, merendah diri, dan menyenangkan. Sesiapa sahaja yang bersamamu pasti mereka akan bahagia. Kau beruntung Syifa’.” Bisik hati Aisyah.

Ketua peperiksaan memulakan tugasnya. Speaker yang dipasang memecah kesunyian dewan. 

“Sila isi keratan kehadiran yang diberikan dan letak semula di sudut sebelah kiri.Pastikan nombor kad matrik dan nama pensyarah diisi.”

 “Sila lihat meja anda. Pastiakan kalian mendapat kertas soalan, kertas jawapan. Sila semak kertas soalan yang diberi. Kertas soalan mengandungi 15 halama bercetak. Bagi pelajar Undang-undang pastikan anda memperolehi satu buku perlembagaan Malaysia.”

“Jika tidak terdapat sebarang masalah dengan lafaz Bismillahirahmani Rahim kalian boleh mula menjawab.”

Begitulah rutin harian ketua Peperiksaan setiap kali peperiksaan ingin dimulakan. Ketua peperiksaan akan membacakan segala peratuan di dalam dewan dan sesiapa yang melanggarnya pasti akan dihalau keluar dari dewan.
………
“Aisyah, tunggu Syifa’!”

 Termengah-mengah Syifa’ berlari mendapatkan Aisyah yang berjalan sepantas kilat. Aisyah tidak pernah berubah, kalau berjalan semua orang akan ditinggalkannya.

“Aisyah.. Lupa ye apa Syifa’ cakap tadi? ” Syifa’ geram mencengkak pinggang.

“Eh Syifa’ pesan apa? Aisyah tak dengar pun. Bila? ” Aisyah kehairanan melihat Syifa’.

“Syifa’ kan suruh Aisyah tunggu Syifa’ dipintu dewan selepas habis exam!” Syifa’ merajuk.

“Astgfirullahalazim.. Maafkan Aisyah. Aisyah betul-betul terlupa. Aisyah lapar la Syifa’.. sebab tu Aisyah lupa.. Cuba Syifa’ dengar lagu apa yang bergendang diperut Aisyah?.” Aisyah cuba memujuk Syifa’.

“Awak ni nakal la Aisyah! Ada-ada sahaja. Sampai hati tinggalkan Syifa’ kerana lapar.” Syifa’ sengaja mengenakan Aisyah.

“Ok ok.. Syifa maafkan Aisyah tak andai Aisyah belanja Syifa makan tengahhari? ”Aisyah cuba memujuk dan dalam tidak sedar Syifa’ sedang mengenakannya.

“Cantiklah! Kalau macam ni, memang Syifa’ maafkan. Tapi Syifa nak bungkus sekali.. hehe..”
“Apa saja untuk Syifa’.. Lagipun mungkin hari ni hari terakhir Aisyah dapat belanja Syifa’.”Aisyah tiba-tiba merasa sedih.

“Alah.. mula la tu Aisyah.. nak touching la tu.. mengada-ngada. Macam la kita tak dapat jumpa lagi”. Mengomel Syifa’.

Aisyah termenung sekali lagi. Fikirannya terbang entah kemana. Syifa’ Yusra yang sedang mencedok lauk pauk sempat mengerling kearah Aisyah. Begitulah Aisyah setiap hari. Selepas fitnah yang menimpa dirinya dan persatuan, Aisyah selalu sahaja termenung. Tidak mengira masa dan tempat, sedang berjalan juga dia boleh termenung sendirian. Apa tidak dapat dilupakan Syifa’ ketika mana Aisyah termenung sambil berjalan, ketika itu Aisyah hampir saja dilanggar kereta.

“ Tin!! Tin!! Tin!!" Pemilik kenderan cuba menekan hon sekuat mungkin tetapi Aisyah tetap tidak menyedarinya.

"Aisyah Salsabila kereta!! ” Jerit seorang lelaki.

"Allahuakbar!" Sebuah kereta Lancer hampir melanggar Aisyah.

“Aisyah Salsabila.. Kenapa dengan awak ni?! Dah tak nak hidup ke?!” Umar Al-Muttaqin Mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam memarahi Aisyah. 


Bersambung.........

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.