.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

30 Julai 2010

MEMAKAI SELUAR BAGI WANITA

Kali ini saya ingin berkongsi kepada semua bagaimana yang dibenarkan dalam Islam bagi perempuan yang memakai seluar. Seluar yang dimaksudkan disini adalah pakaian yang boleh menutup pusat dan dua lutut dan bahagian diantaranya. (al-mu'jam al-Wasit, jilid 1, hlm 430). Wanita tidak dilarang memakai seluar, diharuskan kepada mereka berbuat demikian, ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. :

بينما النبي صلى الله عليه وسلم جالس على باب من أبواب المسجد مرت امراة على دابة ، فلما حاذت بالنبي صلى الله عليه وسلم عثرت بها فأعرض النبى صلى الله عليه وسلم، وتكسفت فقييل : يا رسول الله ، أن عليها سراول ، فقال : رحم الله المتسرولات

Ertinya :
"Nabi pernah duduk pada salah satu pintu masjid, tiba-tiba lalu seorang wanita dengan menunggang seekor binatang. Ketika wanita itu lalu dihadapan Nabi s.a.w binatangtunggangannya membuat hal lalu wanita itu jatuhke tanah. Nabi s.a.w berpaling daripada melihat wanita itu. Dikatakan kepada Rasulullah s.a.w : "Wahai Rasulullah, wanita itu memakai seluar". Sabda baginda : 'Mudah-mudahan Allah merahmati wanita-wanita yang memakai seluar' ". (Al-Baihaqi, Syu'ab al-Iman, Bab Fi Hijab al-Nisa' Wa Taghliz Fi Sitrhinna, hadis no. 7562)

Ketika mengulas hadis ini, al-Munawi menyatakan Allah s.w.t merahmati wanita-wanita yang memakai seluar dengan tujuan menutup aurat. Hukum memakainya bagi mereka adalah sunat muakad demi mejaga aurat mereka sedaya upaya yang mungkin.

Ini menunjukkan harus dari segi syarak bagi wanita memakai seluar bahkan digalakkan berbuat demikian, kerana dengan doa Nabi s.a.w yang memohon rahmat daripada Allah s.w.t untuk wanita-wanita yang memakai seluar mengambarkan kepada kita yang memakai seluar dibenarkan kerana menutup aurat.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah pernah mengulas :

"Kaum wanita di zaman rasulullah s.a.w memakai pakaian yang mempunyai ekor yang panjang. Pakaian seumpama itu belum tentu dapat menutup aurat. Sekiranya wanita memakai seluar, itu lebih menepati menutup aurat."(Al-Qastalani, Syarah Sahih al-Bukhari, jil 10, hlm. 252)


Walaubagaimanapun, satu perkara perlu diingatkan, seluar yang dibenarkan untuk dipakai oleh wanita adalah seluar yang dilitupi pakaian lain seperti jubah labuh, baju kurung dan seumpamanya. sebaliknya jika seorang wanita itu memakai seluar , sebagaimana yang dipakai oleh kaum lelaki pada zaman ini, tanpa memakai sebarang pakaian lain diatasnya atau jubah labuh, hukumnya tidak harus. ini kerana seluar yang kebiasaannya yang dipakai oleh lelaki pada zaman ini adalah sempit dan menampakkan bentuk tubuh badannya. Bermakna yang memakai seluar seumpama ini, menyerupai pakaian kaum lelaki yang dilarang dalam Islam, berdasarkan hadis diatas. jika seorang wanita memakai seluar yang besar, tebal dan tidak menampakkan bentuk tubuh, malah seluar itu panjang sehingga menutup buku lalinya, tidak menjadi masalah dan tidak menyerupai pakaian kaum lelaki yang dilarang dalam Islam, apalagi jika sudah menjadi kebiasaan kepada sesuatu kkelompok masyarakat. (Abd al-Karim Zaidan, al-Mufassal Fi Ahkam al-Mar'ah, jil. 3, hlm. 343)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.