.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

08 April 2011

.: KAU PEMILIK HATIKU :.



Hari ini serba tak kena dibuatnya aku.. Dilema yang menghantui diri membuatkan aku terlalu kusut. Ini tak kena, itu tak kena.. Dulu ada juga aku mengimpikan untuk ke luar negara.. Menuntut ilmu disana, mencari pengalaman. Adakalannya aku rasa sebenarnya aku ingin membawa diri.. Berdikari di tempat orang,.

Baru-baru ini aku ada menerima emil daripada Pensyarahku tentang tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Aku jadi binggung. Kelewatan demi kelewatan menyebabkan aku tidak mampu untuk berfikir... banyak yang perlu diuruskan sekiranya aku hendak ke sana. sekiranya aku mempunyai wang yang mencukupi, tentu aku telah kesana.

Aku terlalu ingin hendak ke sana tetapi persediaan yang ada pada diriku belum mencukupi. Bahasa pun tunggang langgang lagi.. bagaimana aku hendak kesana.. Ada sahabatku menyuruh aku terus kesana. kerana disana nanti kita akan belajar sendiri untuk mengenalinya, memahami dan mencintai bahasanya.. Sungguhpun begitu, aku masih ragu-ragu.. keinginan ku kuat untuk ke sana tetapi hatiku berat.. terlalu berat untuk meninggalkan segalanya disini. Perlu ke aku korbankan segala keinginan ku, impian ku hanya kerana Sayang???

tentu mak sedih.. adikku ingin ke Mesir,. tiba-tiba aku pula ingin ke Jordan. Mak izinkan tak kalau aku nak pergi?? adik yang hendak ke mesir itu pun terlalu berat untuk dilepaskan apatah lagi aku.. Apabila aku menyuarakan hasratku hendak ke sabah pun dia mengeluh, apatah lagi hendak ke jordan..

Agaknya mak kesunyian berseorangan dirumah tanpa ada yang menemaninya berbual, memasak dan bekebun.. Sejak aku ada dirumah mak gembira, gemuk dia.. Bahagia agaknya aku ada di depan matanya.. Selama ini aku jarang pulang ke rumah. Kerana kesibukan belajar, aku tidak pulang..

Mak... anak mak seorang ini, teringin hendak merantau.. membawa diri jauh nun sana... agaknya mak bagi atau tidak?? Aku dah kesuntukan masa, aku perlu memilih sebelum terlambat...


Ya Allah.. kau berikanlah aku kekuatan dan ketenangan hati.. kerana KAU PEMILIK HATIKU..



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.