.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

09 April 2011

Rintihan Hati Kerana Mengeluh dan Putus Asa

Saban hari ak sering keletihan.. keletihan tanpa bersebab. semuanya mungkin kerana mengeluh dan putus asa.. sejak kebelakangan ini aku sering kali rasa jatuh.. Semangat aku makin menghilang.. kadang-kadang aku biarkan sahaja diriku sebegini.. dalam keadaan lemah dan putus asa..

ku tanya pada diriku.. mengapa aku jadi sebegini.. mungkinkah kerana hatiku kosong??

Ya! itulah jawapan yang tepat.. Hati aku kosong.. terlalu banyak kelompongannya.. lubang-lubang kelihatan, lopak-lopak disana sini.. itulah membuatkan aku sering mengeluh dan putus asa..

Tentu syaitan bertepuk tangan bukan.. gembira melihat aku sebegini.. gembira melihat cucu-cucu adam dan hawa yang dibencinya itu jatuh.. apakah yang berlaku sebenarnya???

Ada sesuatu yang aku cari, tetapi setiap kali ku jejaki aku tidak temui.. sinarnya datang tapi apabila aku hampir untuk mengapai ianya hilang.. mungkin kerana kesungguhanku untuk mengejar itu tidak disusuli tawakal..

Setiap kali mengejar, aku sering menangis.. tiada air mata yang jatuh tapi hati ku sebak.. hati ku meronta-ronta.. aku cuba mengapai apa yang hilang.. aku cuba mengejar, tetapi ia terlalu jauh berlari.. semakin aku kejar ianya semakin pergi meninggalkan aku... mengapa ianya terjadi???

Apa yang telah berlaku pada diriku?? kemana hilangnya semangatku?? kemana hilangnya keyakinan diriku?? aku bertatih ingin menyintaiMu.. ingin memahamiMu, ingin juga mencintai bahasa keagunganMu.. tetapi aku kalah ditengah jalan.. tersungkur dan tersadung...

Ujian demi ujian sering kali datang menjenguk. melihat manusia itu tahu bersyukur atau tidak.. agaknya kerana aku sering kali terlupa, ianya datang menjenguk ku.. datang menyapa ku.. ingin menguji iman ku.. mungkin juga ingin mengingatkan.. Mahu berubah bukanlah sukar. Namun yang sukar itu adalah beristiqamah dalam perubahan. Berbekalkan doa dan semangat mujahadah,Memang mujahadah itu sukar. Mujahadah itu pahit. Kerana dikehidupan abadi ( akhirat) , syurga yang manis menanti kita.

Aku mohon pertolonganMu.. tunjukkan aku apa yang terbaik buat diriku.. apa yang terbaik untuk aku lebih mencintaiMu.. Bantulah aku untuk mengenal diriMu.. Bantulah aku agar aku dapat mencintaiMu..






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.