.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

15 Julai 2012

Penghayatan Ramadhan Membina Insan Rabbani


PENGHAYATAN RAMADHAN MEMBINA INSAN RABBANI

 
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
يأيها الذين أمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
صدق الله العظيم
Maksudnya: 
"  Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana  telah diwajibkan ke atas  orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa. "
Al-Baqarah : 183

Sahabat-sahabat yang disayangi..

Dalam kita tidak sedar, kita semakin hampir kepada bulan Ramadhan dimana semua umat islam diwajibkan untuk berpuasa pada bulan itu. Hadirnya ramadhan ini sememangnya memjanjikan seribu rahmat buat kita semua. Terdapat pelbagai keistimewaan, hikmah dan rahmat yang diberikan kepada kita sebagai umat islam, tetapi adakah kita semua berusaha untuk mendapatkan keistimewaan dan rahmat yang diberikan itu? Sama-sama kita koreksi diri kita.

“Penghayatan Ramadhan Membina Insan Rabbani” Apa yang kita faham mengenainya? Adakah rabbani itu bermaksud kumpulan nasyid rabbani? atau Adakah semata-mata insan yang bernama Rabbani? Tidak sahabat-sahabat sekalian. Untuk menjadi insan yang rabbani ianya sangat menuntut seribu satu pengorbanan daripada kita sendiri. Kefahaman kita dalam menghayati bulan ramadhan itu sangat diperlukan bagi menjadi insan yang rabbani. Penghayatan itu membuatkan kita lebih bersungguh-sungguh dalam mengejar keistimewaan di bulan ramadhan.


Mari kita perbaiki segala kekurangan dan kelalaian akhlak kita sebagai tetamu Allah kerana tidak mustahil Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan terakhir yang akan kita jalani dalam kehidupan kita. Bulan Ramadhan ini perlu menjadi wasilah bagi kita untuk meningkatkan kualiti diri.

Pengertian Puasa  ( الصيام )

Dari segi bahasa;  menahan diri daripada melakukan  sesuatu.
Dari segi syara'; menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Seorang ulama' salaf berkata :
" Seringan-ringan puasa itu ialah meninggalkan makan dan minum, maka jika kamu puasa, hendaklah  pendengaran, penglihatan, dan lidahmu terpelihara daripada dusta dan semua yang haram dan mengganggu tetangga. "

Peringkat Puasa

a.        Puasa Umum :  Mencegah perut dan kemaluan daripada memenuhi keinginan.
b.       Puasa Khusus :  Menahan pancaindera daripada melakukan dosa disamping puasa umum di atas.
c.    Puasa Khusus Dari Yang  Khusus:   Puasa hati daripada segala jenis cita-cita yang hina dan fikiran duniawi serta menjurus-kan pemikiran terus kepada Allah Taala yang esa disamping puasa yang dua di atas tadi.


Keistimewaan Bulan Ramadhan

 Antara kelebihan dan keistimewaan bulan ini sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w :
 Daripada Anas R A katanya: Bersabda Nabi SAW :

1. ‘Tiada daripada seorang hamba apabila dia melihat sehari bulan Ramadhan lantas ia memuji Allah Taala ( الحمد لله ، حمدا لله  ) kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaannya. Kemudian dibacanya tujuh kali nescaya diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan itu.’

Sabda Rasulullah SAW:
  "  Orang yang berzikir ( ingat ) pada Allah di bulan Ramadhan, akan diampunkan baginya
dan orang yang meminta-minta pada Allah di dalamnya ,tidak akan kecewa.  "                                                                                                                                                                                                                                            
Attabarani dan Al-Baihaqi

 2. Adanya malam Lailatul-Qadar yang dirahsiakan sehingga mendapat keampunan dan pahala serta rahmat dan darjat tertinggi bagi orang yang berjaga malam dan dipenuhi dengan amal ibadat.

3.  Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya :
  • Barangsiapa menghadiri  majlis pengajian di bulan Ramadhan maka Allah mencatat setiap langkahnya sebagai ibadah satu tahun dan dia bersamaku di bawah panji Arasy.
  • Barangsiapa mengerjakan solat berjamaah di bulan Ramadhan, maka setiap rakaatnya akan diberi satu kota yang penuh dengan nikmat Allah Taala.
  • Barangsiapa menolong keperluan saudaranya di bulan Ramadhan, maka Allah akan menolong seribu keperluannya di hari kiamat.
  • Barangsiapa berbuat ihsan kepada ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dikasihi Allah dan dijamin masuk syurga.


Keutamaan Orang Yang Berpuasa

a)    Allah memerintahkan para malaikatNya,supaya mencatat hanya kebaikan sahaja dan tidak mencatat kelakuan buruk orang yang berpuasa dan Allah menghapuskan dosa mereka yang lalu disebabkan keberkatan bulan Ramadhan.
b)      Bau mulut orang yang berpuasa disisi Allah adalah lebih harum daripada bau kasturi.
c)      Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Syurga itu merindui 4 golongan manusia iaitu :
                                i.            Orang yang membaca Al-Quran
                              ii.            Orang yang menjaga lidahnya.
                            iii.            Orang yang memberi makan kepada orang yang lapar.
                            iv.            Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

Sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh Jum'ah Amin bahwa :

Mereka yang mencintai Allah swt ialah yang benar-benar memahami tugas, risalah dan matlamat kejadian setiap insan iaitu untuk beribadah kepada Allah swt yang Esa sebagaimana firmannya :

"Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku."
 (QS Az Zariaat : 56)

Mari kita isi Ramadhan ini dengan sebaiknya. Gunakanlah bulan Ramadhan ini sebagai wasilah peningkatan kualiti iman dan amal kita dalam melahirkan insan yang rabbani. 

“Ramadhan Dinanti Kemanisannya Dikecapi”
24 Syaaban 1433H

Ustazah Kejayaan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.