.: Suka Kami :.

.: Silent Followers :.

08 Mei 2011

Bidadari Syurga




~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~


السلام عليكم

Siti Hajar
Ketika anak meraungkan tangisan,
hati ibu tidak keruan
Berlarilah Hajar dari Safa ke Marwah
Mencari petunjuk bantuan Allah
Hentakan kaki menerbitkan air Penghilang dahaga dan kering bibir Hajar..
hikayatmu merentasi kurun Menjadi ingatan turun temurun

Maryam
Akan tumbuhkah benih tanpa air yang menyiram?
Akan mekarkah bunga tanpa cahaya suria?
Maryam..engkau menjadi pilihan Allah
Membuktikan kudratNya yang Maha Kuasa

Aminah Binti Wahab
Semulia-mulia rahim yang mengandungkan bayinya
Semulia-mulia wanita yang mengandungkan rahmat
Tidak akan terulang lagi di dalam hikayat Kisah laksana
Aminah Binti Wahab Ibu pembawa berkat

Siti Khadijah binti Khuwailid
Ketika dia keseorangan,
engkau menjadi teman Ketika dia disisihkan,
engkau setia di sisinya Ketika dia terbuang,
engkau tetap menyayanginya Ketika dia kebuntuan,
engkau menjadi penunjuk jalan Wahai Khadijah…
Cintamu menjadi lagenda...

Saudah binti Zam’ah
Wahai Saudah
Kau utamakan yang lebih utama di hati Baginda
Walau dirimu berendam air mata
“Wahai Rasulullah,
biarkanlah aku terus menjadi isterimu kerana kedudukan itu lebih mulia dari seorang janda”

Siti Aisyah binti Abu Bakar
Khabar al-ifqi titik pemula
telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu ummahatul mukminin
Yang setanding al-mukatsirin

Hafsah binti Umar
Hafsah..
Dalam kelemahan sebagai manusia
Masih ada ruang memohon ampunNya
Kau satukan helaian wahyu Kalimah yg agung,
Menjadi lembar pedoman turun temurun

Zhainab binti Khuzaimah
Wahai ibu orang-orang miskin
Hatimu diciptakan Allah terlalu belas Kasihmu
tertumpah pada yang fakir
Simpatimu terlimpah pada yang daif

Ummi Salamah
Isteri cerdik yang solehah Penyejuk mata..
Penawar hati..Penenang fikiran Di rumah dia isteri..
Di jalanan dia kawan Sewaktu kita buntu..
Dia, penunjuk jalan..

Ramlah binti Abu Sufyan
Iman dan takwa ini begitu menusuk jiwanya
Hingga pujukan ayahnya gagal melenturkan hatinya
Ayahnya Musyrik..
Suaminya Nasrani..
Wahai Ramlah, kesabaranmu diganjar Allah
Ayahmu menjadi muslim Dan
suamimu kini Rasulullah SAW

Zainab binti Muhammad SAW
Di kiri kekufuran di kanannya iman
Disisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan diantara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi puteri Rasulullah
Ketika suamimu masih jahiliah

Siti Fatimah Az-Zahra
Dia bagaikan wangian bunga dari syurga
Mekar di hati ayahanda,
harum di hati umatnya
Siapa yang menginginkan pasangan semulia Ali
Jadilah bunga seindah Siti Fatimah Az-Zahra

Ratu Balqis
Mana lagi nak ditemu hikayat
Kisah Balqis dan Nabi Sulaiman
Disinarkan cahaya pada jahil sang ratu
Dan di dalam cahaya mereka bersatu

Zulaikha
Rayuan Zulaikha pada Yusuf
Beralih pada yang Maha Esa
Kerinduan pada dambaan hatinya
Bertukar pada yang Maha Qudus Wahai Zulaikha,
kau temui cinta Khaliqmu
Ketika mengejar cinta Yusuf

Yukabid binti Qahat
Hatinya gundah jiwanya resah
Anak yang lahir menjadi rahsia
Ketika Yukabid menghanyutkan anaknya
Hati rawannya tidak putus berdoa
Semoga selamat dan ditemu semula
Hanya Allah penentu segala

Masyitah
Siapakah yang dapat melupakan haruman Masyitah?
Wangian dari minyak yang panas mendidih
Menyambut pengorbanan Masyitah dan keluarganya
Sebelum disambut oleh wangian Syurga

Asiah binti Muzahim
Engkaulah permaisuri
Di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Istana bukan penjara
Nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata

Sumayyah
Dalam dirimu yang selembut sutera
kau miliki iman yang teguh
Bak lentera kau nyalakan obor agama
Tempuh jahiliah dengan berani
Semua makhluk menjadi saksi
Ketabahanmu dan keluarga
Semua malaikat menyambut ketibaan kalian
Di Syurga..

Halimah As-Sa’adiah
Senyum si yatim menyapa jiwa yang gundah
Kaki yang lesu kembali gagah
Biar tidak berganda upah
Asal diri terpilih menerima barakah
Engkaulah ibu susuan yang menatang hikmah

Barakah binti Tsa’labah
Wahai Barakah, wahai ummu Aiman
Si yatim ini kau asuh penuh kasih
Walau miskin tidak pernah engkau sisih
Tanpa sedar dirinya insan terpilih
Tak pernah sekali kau biarkan dia merintih
Nasibah binti Ka’ab
Tanpa gentar engkau berjuang
Penuh megah kau julang panji-panji Islam
Wahai Nasibah..
engkau adalah lambang Kegagahan seorang wanita.

Khaulah binti al-Azwar al-Kindi
Siapakah yg menerbangkan debu pasir
Dengan deruan kuda yang ditunggangnya
Selendang yang menutupi wajahnya
Menjadi pelindung hiasan indah dunia
Halus jemarinya menghunus senjata
Lembut tingkahnya bertukar perkasa

Asma’ binti Abu Bakar
Engkau digelar Dzatin-Nithaqain
Rela berkorban demi ayah tercinta
Biar ditampar, biar dihina
Rahsia tetap menjadi rahsia
Redha Allah sentaisa bersamamu
Wahai Asma’ binti Abu Bakar..

Nai’lah binti Al-Farafishah
Yang bijak,
yang anggun Yang tegas,
yang lembut
Dirimu pelengkap sifat wanita
Kesetiaanmu pada uthman tiada tandingan
Engkaulah hiasab sebaik permata

Zainab binti Ali bin Abu Talib
Engkau jadi saksi para syuhada
Yang gugur di medan Karbala
Engkau jadi saksi serakah manusia
Yang tamak mengejar gelar dan harta
Walau tanah berkuah darah,
semangatmu tidak pernah parah
Kerana engkau adalah serikandi agama

Rabiah al-Adawiyah
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
DariMu Tuhan Pencipta alam Rabiah al-Adawiyah,
Pengabdianmu jadi iktibar para sufi

Zubaidah binti Ja’fara
Setinggi-tinggi darjat wanita
adalah yang menenangkan jiwa penciptanya
Engkau Zubaidah Bagai cahaya di dalam hidup Harun Ar-Rasyid
Pembuka jalan melerai kebuntuan
Penyingkap tabir menyerlahkan kedamaian

Ainul Mardhiah
Engkau adalah bidadari hiasan syurga
Jadi pembakar semangat perwira
Sebagai ganjaran para syuhada

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comment

.:Tinggalkan Jejak Anda :.